PERGINYA SEORANG SAHABAT....
Saturday, October 29, 2011
>"I warded kat hosptal putrajaya. ada jangkitan kuman pd saluran paru-paru. wad 4b" (25 Oktober 20110).
"Alhamdulillah. Ct scan semlm tdk menunjukkan apa2 kelainan. so takdelah mild stroke tu." (26 Oktober 2011).
SMS jawapan saya, " Alhamdulillah. Semoga U akan sihat walafiat dan cergas seperti dulu. Amin ya Rabbal alamin". (26 Oktober 2011)
Petang ini ketika memandu pulang, saya mengucap panjang berkali-kali. Sesak dan perit dada saya mendengar suara tangisan Puan Halawiyah (BPSK), "Jun dah tak ada.. dia dah meninggal! sekejap tadi!". Terhenti seketika di tepi jalan bagaikan tidak percaya dengan apa yang saya dengar. Namun itulah kenyataan. Jun, kawan baik saya sejak 12 tahun dulu telah lebih dahulu dijemput Allah SWT...Teman berkongsi cerita suka dan duka. Nasib saya dan arwah hampir serupa. Menjadi anak yatim sejak usia kecil. Bangkit dan membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. Terlalu banyak yang dilalui demi mengharungi kehidupan. Perjuangannya bermula sebagai seorang guru sekolah rendah. Kemudiannya menyambung ke peringkat diploma dan ijazah. Dia tidak berhenti di situ sahaja malah terus berjaya menyelesaikan pengajian peringkat Sarjana. Sebentar tadi Prof Zuria (UKM) beritahu saya yang arwah baru sahaja berbincang untuk menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah.... Sayangnya dia pergi terlalu awal.. Dengan jelas saya dapat dengar suara sebak Prof Zuria...Banyak sungguh kenangan dan peristiwa yang saya lalui bersama arwah. Dia seorang sahabat dan motivator yang sukar untuk dicari ganti. Seorang yang periang dan mudah mesra dengan kawan-kawan. Sifatnya yang suka membantu kawan-kawan tentunya akan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Hari ini Jun pergi dengan membawa segala cerita dan kisah hidupnya yang penuh dengan liku-liku... Semoga Allah SWT menempatkan rohnya bersama roh orang-orang beriman dan beramal soleh.. Amin ya Rabbal alamin.
CATATAN:
-Tak dapat saya bayangkan bagaimana anak kecil almarhumah, Iman(6 tahun) menerima kenyataan yang mamanya telah tiada...
- Al fatihah untuk almarhumah Puan Junaidah binti Hj Apandi..
KEMAHIRAN MENDENGAR
Friday, October 28, 2011
Saya amat kagum dengan dia. Benar-benar kagum. Seorang anak muda yang berpendirian dan tabah hatinya. Saya tahu bila dia yang baru sahaja saya kenali sanggup mengajak saya bertemu.. saya tahu dia serius. Sebagai anak muda yang celik ICT, kemahuannya mencari info saya melalui internet membuat saya terharu. Hati saya berkata saya mesti berjumpa dengan anak muda ini. Kami bersarapan di warung nasi berlauk di pinggir Bandar KK.
Benar, wajah tidak akan berbohong tentang sesuatu. Dia masih sangat muda tetapi wajahnya cukup menggambarkan apa yang terpaksa dialami. Hampir dua jam saya mendengar dan mendengar dia... Sungguh berat ujian dan dugaan yang dihadapi. "Saya tak pernah ceritakan kisah dan masalah yang saya alami ini kepada orang lain", katanya. Saya katakan bahawa saya sangat menghargai kepercayaan yang telah diberikan.
Calang-calang remaja yang mampu menghadapi semua ujian dan dugaan perit seperti dia. Silap-silap haribulan tewas di pertengahan jalan. Namun pemuda ini begitu hebat bagi saya. Dia mampu menamatkan pengajiannya di IPT dan IPG untuk menjadi seorang guru. Kali ini saya tidak bersedia untuk berkongsi dengan pembaca ceritanya kerana saya tahu dia juga mula mengikuti blog kecil ini...
Sesungguhnya saya tidak banyak pun bantuan yang saya berikan kepada remaja ini. Saya pun tahu kekuatannya terletak pada hati dan dirinya sendiri. Dia tidak berharap masalahnya diselesaikan oleh saya. Dia cuma memerlukan seseorang untuk 'berkongsi' cerita perit yang dialami. Saya pasti dia telah mula membina kekuatan diri untuk bangkit dari kepedihan dan kesedihan yang dialami.
Saya puas kerana saya berjaya mendengar seketika....
CATATAN:
-HALF OF THE PROBLEMS CAN BE SOLVE BY SHARING....
-ALLAH SWT TIDAK MENGUJI HAMBANYA DI LUAR KEMAMPUAN MEREKA....
BARANG NAIK......
Wednesday, October 26, 2011
>"Penjawat awam belum pun mandapat manfaat gaji naik dan bonus, peniaga dah mula ambil kesempatan...", kata Omar Osman (Presiden Cuepacs).
Isteri saya merungut lagi. Katanya setiap kali berbelanja barang keperluan, ada saja barang-barang yang naik harga. Paling terasa bila harga susu tepung 'Superboy' kami pun turut naik. Belum dikira lagi barangan dapur atau barangan mentah keperluan memasak. Maka menyerulah sang Presiden Cuepacs minta para penjawat awam memboikot peniaga yang naikkan harga barang. Cara protesnya ialah dengan mengurangkan kekerapan ke pasar! Bukan maksud saya ingin sentuh tentang cara yang dicadangkan. Relevan atau tidak cadangan itu. Saya cuma ingin berbicara tentang nasib pengguna rakyat marhaen di Malaysia kini. Menghadapi hidup seharian dengan harga barangan keperluan yang tidak berhenti meningkat memang memeritkan. Barangkali derita ini tidak dirasai oleh sang menteri yang sering berkata, "Kita akan pastikan dan kawal supaya harga barangan keperluan tidak akan dinaikkan oleh peniaga..". Itulah ayat klise yang sering kedengaran di media elektronik. Namun ia tak sedikitpun mampu menahan badai kenaikan harga barangan. Persoalannya siapa yang patut dipersalahkan? Sang peniaga kapitalis yang hanya tentang mahu untung semata-mata? Atau sang penguatkuasa di lapangan yang belum cukup usaha dan kerja mengawal kenaikan harga? Ataupun sang penguasa yang milikki kuasa namun bagaikan tidak berbuat apa-apa?
Catatan:
Apabila para sahabat bertanya kepada Abdul Rahman bin Auf, "Bagaimana kamu mendapat untung berniaga unta sedangkan kamu menjual dengan harga yang sama kamu beli? (Maksudnya tidak ada untung langsung). Jawab Abdul Rahman bin Auf, " Aku hanya mengambil untung daripada jualan tali unta sahaja..". (Abdul Rahman bin Auf adalah salah seorang sahabat Nabi S.A.W. yang kaya raya. Terkenal dengan sifat pemurah sehingga sanggup menyerahkan semua hartanya demi memperjuangkan Islam).
SANGAT JAUH BEZANYA DENGAN SIKAP PARA PENIAGA DI MALAYSIA TERCINTA INI, YANG SANGAT TAMAK DAN HALOBA.
DARI JIWA..........
Monday, October 24, 2011
Memang benarlah kata-kata Pak Samad Said, "menulis itu perlu dari hati dan jiwa...". Menulis melalui hati dan jiwa mengalir bagaikan air lancar alirannya. Susah benar saya rasakan untuk menulis di ketika jiwa dihambat kekalutan...hati yang berbalam-balam. Barangkali terlalu banyak yang perlu difikirkan. Atau saya yang kehilangan fokus dalam kembara kehidupan ini...
Dia Yang Maha Penyayang... sentiasa memberikan penawar dan kesembuhan. Memandang wajah-wajah suci anak-anak generasi di SMK Kamil dan SMK Alor Pasir sememangnya memberi ketenangan. Semuanya tulus dan ikhlas mendambakan bimbingan dan perkongsian buat bekalan menghadapi SPM dan STPM. Mungkin mereka sudah muak dengan bebelan dan nasihat yang berjela-jela. Pastinya mereka memerlukan motivasi ekstrinsik daripada orang lain seperti saya. Paling penting ialah mengejutkan motivasi intrinsik yang ada dalam hati dan diri mereka. Perubahan sikap manusia perlu bermula dari dalam diri sendiri terlebih dahulu. Itu yang saya cuba lakukan kerana sesetengah pelajar masih belum menemukan motivasi ekstrinsik yang mampu mencetuskan motivasi intrinsik. Jika motivasi intrinsik telah mula wujud, manusia akan mula merubah sikap ke arah yang lebih positif. Secara mudahnya, pelajar (remaja) akan lebih mudah bermotivasi jika keinginan untuk belajar dan berjaya telah wujud dari jiwa....Belajar dari jiwa dan hati yang rela pasti impaknya kejayaan yang berganda.
Catatan:
Hari ini saya kembali menulis dari jiwa.....
BADAN & HATI..
Monday, October 17, 2011
November ini akan genap setahun saya bertugas di Genting. Penat dan lelah berulang alik setiap minggu bagaikan sudah lali. Gua Musang, Merapuh, Pagar Sasak, Kechau, Benta, Kuala Lipis, Raub, Mempaga, Bentong bla bla bla bla..... Setiap minggu menghafal jarak dan daerah. Menurun ke kampung terasa cepat dan ceria.. Kembali menongkah pergunungan setiap Ahad terasa begitu menyiksakan. Namun ikatan jiwa pada komitmen kerjaya membuat hati masih tetap bertahan dan bertahan... Walaupun runtunan hati menjerit memikirkan keluarga...Sampai bila? Hanya Dia Yang Maha Pengasih dan Penyayang mengetahuinya.
DURIAN...
Thursday, September 29, 2011
Hidung saya dan kawan satu khemah awal pagi itu ditusuk dengan bau durian yang kuat. Sambil menggosok mata saya sempat menyuluh jam tangan...baru pukul 6 pagi. Gelap pekat menyelubungi tapak perkhemahan kaki gunung Tahan ini.
"Kau ada bau tak?". "Ada, aku ada bau durian kuat ni!" "Ada pokok durian ke area ni?". "Aku nak gi cari lah"..
Lalu kawan saya terus capai lampu suluh dan menghilang dalam kegelapan. Saya biarkan dia pergi sendiri dalam kegelapan Taman Negara dan saya melayan mata yang masih mahu pejam. Dingin pagi di pergunungan membuatkan saya lebih berminat menarik selimut kembali. Tiba-tiba saya dengar bunyi ranting dan daun di tepi khemah iglu kami. Rupa-rupanya kawan saya kembali dari pencariannya. Dua biji durian sederhana besar di tangannya. "Aku dah kata dekat sini ada pokok durian!". Jerit kawan saya agak kuat. Seronok sungguh dia dengan durian Taman Negara. "Wah, boleh makan durian la kita!". Saya senyum kerana saya tahu itupun bakal jadi 'rezeki' saya juga.... Selesai solat subuh, kawan saya tak sabar lagi nak bersarapan dengan durian. Belum sempat durian dikerjakan, tiba-tiba saya terlihat kelibat lelaki menuju ke khemah kami. Jelas kedengaran suara rungutan yang saya tak faham langsung. Kepalanya berpaling kiri dan kanan bagai mencari sesuatu. Kawan saya dengan pantas membaling dua biji durian di depan kami ke dalam semak! Baru saya faham orang asli itu mencari durian. Barangkali dia hairan gila bila tidak ada durian yang gugur pada pagi itu! Kecut perut saya memandang lelaki asli bertubuh sasa dan tak senyum itu. Dia terus memandang saya dan kawan tanpa berkata apa-apa. Nasib baik sungguh kerana dia dia berlalu tetapi suara merungut yang tidak henti-henti.
Peristiwa yang dah lama saya alami itu muncul kembali di ingatan saya. Seorang rakan sejawat dari Jerantut mengirimkan durian kepada saya. Terharu sungguh dengan ingatannya. Sayangnya durian itu bukan rezeki saya untuk kali ini. Bukan dimakan oleh orang asli tetapi durian itu menjadi rezeki rakan-rakan yang saya sayangi jua.....kerana saya bertugas di luar pejabat.
CATATAN:
-Durian bukan ukuran sebuah persahabatan..namun ingatan menjadi ikatan sebuah silaturrahim. Terima kasih Pinah....
AN INSPIRATIONAL...
Saturday, September 24, 2011
Petang tadi saya dan keluarga menonton TV. Satu rancangan baru yang menarik. Idea yang dihidangkan menarik
dan patut diberi sokongan. Satu program yang memberi pengikhtirafan dan penghargaan kepada individu dan kanak-kanak yang
hebat sebagai ikon negara. Saya tertarik dengan pemilihan Adik Mia Sara, seorang pelakon kanak-kanak yang sangat luar biasa
bakat lakonannya. Turut dipilih sebagai 'THE MOST INSPIRATIONAL IDOLS' ialah Datuk Dr. Sheikh Muszaffar (Angkasawan Negara).
Dr. Muszaffar seperti lazimnya muncul dengan penuh segak dan kemas serta berhemah, sempat mendukung Mia Sara.
Ketokohannya terserlah. Beliau memang layak untuk menerima penghargaan sedemikian.
Tumpuan saya terencat seketika apabila sebuah kumpulan penyanyi tiga orang dipilih sebagai "THE MOST INSPIRATIONAL ARTIST".
Penampilan mereka dengan pakaian selekeh dengan salah seorang daripada mereka berambut ala 'Mohican' mencacatkan pandangan.
Saya tertanya sendiri apakah jenis inspirasi yang boleh diberikan kepada kanak-kanak yang menonton dan anak-anak seluruh Malaysia.
Adakah itu idola yang sepatutnya anak-anak Malaysia ikuti? Apakah kriteria istimewa yang mereka ada? Beginikah rupa bentuk individu
yang diharapkan untuk mewarisi negara? Sangat menyedihkan.....
NYAWA DI HUJUNG PEDANG...
Friday, September 23, 2011
Sejak kecil saya dengar orang bercerita tentang kisah kekejaman tentera Jepun sewaktu menjajah Tanah Melayu.
Gerun hati mendengar kisah begitu. Ketika di bangku sekolah rendah, saya 'bertemu' dengan sebuah novel berjudul
'Nyawa di Hujung Pedang' (saya lupa nama pengarangnya). Kisahnya sarat dengan kisah percintaan di zaman Jepun.
Fitnah digunakan untuk mendapatkan cinta yang tidak berbalas. Akhirnya si hero novel itu akhirnya ditangkap Jepun dan dikenakan
siksaan-siksaan yang dahsyat. Dipaksa minum air sabun, diikat di pokok kelapa dan dilumurkan kerengga, di pukul badan dengan kayu,
diikat dengan tangan ke belakang serta digantung di pokok... memang dahsyat. Seingat saya novel itu berakhir dengan
'happy ending'. Sang heronya di bawa oleh tentera Jepun untuk dipancung kepala di sebuah lubang. Ketika bilah pedang tajam Jepun hampir jatuh
ke leher sang hero, berita Jepun menyerah kalah menjadi penyelamat. Akhirnya sang hero itu selamat dengan izin Allah SWT jua akhirnya.
Saya menziarahinya pada hari raya ketiga. Uzur benar keadaannya. Syukur dia sedar dan tahu
saya yang hadir di situ. Saya ambil pemotong kuku dan potong kuku tangan dan kakinya perlahan-lahan dan cukup berhati-hati.
'Ayah, zul datang ni ayah... Zul mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan, maklumlah Zul kerja jauh loni...'..
Saya lihat airmatanya mengalir di kedua matanya.... Itulah bakti terakhir saya untuknya. Dua hari selepas itu abang sulung arwah ayahanda
saya pergi buat selamat-lamanya. Dan dialah satu-satu ahli keluarga saya yang merasai pukulan, siksaan dan hampir dipancung kepalanya
oleh tentera Jepun. Dia pergi bersama dengan pengalaman hidup dan ilmu-ilmu yang sungguh tidak ternilai.
Sampai kini saya tak pasti adakah ilham novel 'Nyawa di Hujung Pedang' itu di tulis berdasarkan kisahnya.. wallahualam.
CATATAN:
- Menyedihkan apabila seorang ilmuan sejarah (kononnya) berkata bahawa Malaysia tidak pernah dijajah.. adakah ini kenyataan BODOH ataupun
petanda NYANYUK seorang manusia?
SUDU OH SUDU...
Wednesday, September 14, 2011
Sudu
Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung...
Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop)
Pak Pandir : Pening kepala, sakit dada….. doktor.
Doktor : Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari.
Pak Pandir : Terima kasih.
Seminggu kemudian…..
Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak?
Pak Pandir : pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil mengerang…)
Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke?
Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDDDU doktor…….
Doktor : Kenapa dengan sudu?
Pak Pandir : (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor!
Doktor : ???????

UCAPAN HARI RAYA..
Wednesday, August 31, 2011
Kuih paling gangster - LOMPAT TIKAM
Kuih paling sexy - PUTERI MANDI
Kuih paling keji - TAHI ITIK
Kuih bajet cute - CEK MEK MOLEK
Kuih untuk awet muda - SERI MUKA
Kuih paling alim - KUIH KETAYAP
Kuih suka pukul - KUIH LOMPANG
Kuih dalam zoo - BADAK BERENDAM
Kuih nelayan kaya - JALA EMAS
Kuih yang bangun sendiri - KUIH BANGKIT
Kuih orang tak mandi - BAU-LU!!
Kuih paling tenteram - KUIH MAKMUR
Kuih paling lembab - KUIH SIPUT
MAAF ZAHIR DAN BATIN...
Kuih paling sexy - PUTERI MANDI
Kuih paling keji - TAHI ITIK
Kuih bajet cute - CEK MEK MOLEK
Kuih untuk awet muda - SERI MUKA
Kuih paling alim - KUIH KETAYAP
Kuih suka pukul - KUIH LOMPANG
Kuih dalam zoo - BADAK BERENDAM
Kuih nelayan kaya - JALA EMAS
Kuih yang bangun sendiri - KUIH BANGKIT
Kuih orang tak mandi - BAU-LU!!
Kuih paling tenteram - KUIH MAKMUR
Kuih paling lembab - KUIH SIPUT
MAAF ZAHIR DAN BATIN...
SALAM AIDIL FITRI...
Tuesday, August 30, 2011
JIKA HATI SEJERNIH AIR, JANGAN BIARKAN IA KERUH..
JIKA HATI SEPUTIH AWAN, JANGAN BIAR IA MENDUNG...
JIKA HATI SEINDAH BULAN, HIASI IA DENGAN IMAN..
ANDAI HATI TERGURIS, TERHIRIS, TERLUKA,
SUCIKANLAH IA DENGAN KEMAAFAN..
WALAU LANGKAH TAK BERTEMU, TANGAN TAK BERJABAT, UCAPAN TAK DIDENGAR,
MATA TAK BERTENTANG.. NAMUN..
IZINKAN HATI MEMOHON KEMAAFAN ZAHIR DAN JUA BATIN...

PERGINYA RAMADHAN...
Sunday, August 28, 2011
Ramadhan membawa seribu cerita suka dan duka. Permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan penghujungnya kebebasan dari api neraka. Itulah janjiNya. Sungguh benar bahawa Ramadhan itu bulanNya. Kerana Dia yang Maha Mengetahui tentang kebenaran puasa hamba-hambaNya. Hamba-hambaNya juga amat tahu dan pasti sejauh mana kebenaran puasa tahun ini. Samaada KPI puasa menepati SKT (Sasaran Kerja Tahunan)atau tidak, hanya kita juga yang dapat merasainya...
WAHAI ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG..
AMPUNILAH SEGALA DOSA-DOSA KU, KEDUA IBUBAPAKU, DATUK NENEKKU, SAUDARA MARAKU, ORANG-ORANG YANG KU KASIHI DAN CINTAI, MUSLIMIN MUSLIMAT, SAMA ADA YANG MASIH HIDUP ATAU PUN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA...AMIN YA RABBAL ALAMIN....

PENJARA VS MANJA
Friday, August 26, 2011
Salah satu isu hangat di dada media sepanjang bulan ini ialah tentang penjara. Sekumpulan pelajar menengah dan ibubapa tidak puas hati kerana penjara. Segalanya bermula apabila pihak sekolah dan PIBG mengambil daya usaha mencipta program untuk pendidikan anak-anak. Usaha dan niat murni untuk memberikan pendidikan dan pengajaran ini disokong oleh Jabatan Penjara. Semua pihak pastinya bersetuju dengan satu tujuan iaitu mendidik anak-anak generasi. Program seumpama kem motivasi yang menempatkan pelajar-pelajar terpilih di penjara telahpun diadakan sebelumnya. Menjalani kehidupan dalam penjara beberapa hari untuk sekurang-kurangnya guna melembutkan hati remaja. Remaja pelajar yang umumnya bersikap 'rebellius' dan hidup bagaikan berkata "Dunia ini kami yang punya!". Lalu bagaimana cara terbaik untuk melembut dan melunakkan jiwa mereka? Memang tidak ada cara terbaik yang khusus. Namun yang pasti ada kaedah tertentu yang sesuai dan mujarab digunakan kepada individu tertentu. Dengan kata lainnya, usaha untuk mendidik dan membantu remaja bermasalah memerlukan pelbagai pendekatan yang berbeza-beza.
Saya masih ingat ketika masih bertugas di sekolah dahulu. Bermacam-macam idea menarik yang rakan-rakan guru lontarkan untuk menimbulkan 'celik akal' pelajar bermasalah. Salah satu idea menarik ialah membawa pelajar ke kawasan perkuburan di waktu malam! Pelajar-pelajar ditinggalkan di kawasan kubur secara sendirian. Tanpa disedari oleh pelajar berkenaan, guru-guru bertugas ada berhampiran untuk memastikan keselamatan. Beberapa tugasan diberikan kepada pelajar. Menulis perasaan hati, refleksi dan muhasabah diri dalam kelam malam perkuburun tentunya ada impaknya kepada pelajar itu sendiri. Paling menarik keesokan harinya semua pelajar yang terlibat meluahkan rasa insaf dan berkata bahawa program itu sangat memberi kesan mendalam kepada mereka.
Justeru, sebagai seorang pendidik saya merasa kecewa apabila isu ini timbul. Saya ingin bertanya kepada ibubapa yang tidak mahu anaknya dididik.
-Mengapa ibubapa tidak mengajar sendiri anak-anak?
-Mengapa ibubapa sering mengeluh dan bagaikan putus asa dalam usaha mendisiplinkan anak-anak?
-
Jawapannya mudah sahaja... kerana IBUBAPA BUKANLAH PAKAR DALAM SEGALA HAL. Makanya ibubapa perlu bergantung dan berharap kepada orang yang pakar dalam bidangnya iaitu PENDIDIK!
CATATAN:
Saya teringat seorang bapa yang dengan rela hati meminta bantuan Ketua Polis Daerah untuk menangkap anaknya yang semakin liar. Agendanya mudah sahaja. Polis menangkap pelajar itu dan dimasukkan ke dalam lokap polis untuk semalam. Kemudian bapa berkenaan di'hubungi' oleh Polis untuk berurusan. Ketika ziarah itu berlangsung, sang bapa dengan penuh emosi menangis dan mengeluh kerana tak mampu untuk membuat jaminan. Pengalaman semalaman di lokap polis itu amat memberi impak kepada minda sedar dan emosi si anak. Dia berubah serta merta selepas itu. Si bapa mengucapkan terima kasih kepada kerjasama Polis.
INILAH MAKSUD SAYA, BAHAWA MANUSIA ITU UNIK DAN SEMESTINYA KAEDAH YANG UNIK JUGA PERLU DIGUNAKAN. DAN BUKANNYA KAEDAH MEMANJA-MANJA SEHINGGA ANAK-ANAK MENJADI LEMBUT DAN LEMBIK BAGAIKAN SAYUR KANGKUNG DICELUR AIR PANAS!b>

SANI EKSPRES, PUTRAJAYA & ALAMANDA....
Wednesday, August 17, 2011
Liat memang terasa bila sahaja mengambil keputusan menggunakan Sani Ekspres. Risau pun ada bila terkenangkan tragedi dahsyat yang berlaku melibatkan bas. Lebih-lebih lagi bulan puasa begini. Ternyata pengalaman pertama dengan Sani tidak menghampakan. Perjalanan yang lancar dan selesa sepanjang malam. Berhenti bersahur di sebuah restoran tanpa bintang di Ketari. Meriah juga bila melihat penumpang bas berpusu ke arah menu semalam. Terhad selera melihat lauk pauk yang pastinya disediakan sejak awal petang. Menjeling jam hampir 4.35 pagi..entah berapa lama lauk pauk itu menjadi pameran. Tiada pilihan kecuali pilih seketul ayam goreng buat bekalan untuk berpuasa esok. Aduhh... beginilah perantau..
Sang Kenari menanti bersama kepanasan pagi Putrajaya. Saya mengambil keputusan untuk ke Masjid 'Besi' yang tersergam di tepi Tasik Putrajaya. Memang canggih dengan ruang letak kereta yang luas. Nyaman sungguh membersihkan diri dalam kesunyian 'Masjid Besi'. Sangat berbeza berbanding masjid Putra yang penuh dengan pelancong. Kedinginan Masjid Besi menggamit mata saya menjadi berat seketika. Namun apa daya, lawatan ke Bahagian Sekolah bakal bermula jam 9 pagi.
Ramadhan di Alamanda biasa-biasa sahaja. Cuma tak upaya untuk menjamu selera setelah penat berjalan. Di sana sini poster dan iklan jualan murah yang tentunya bertemakan hari raya. Lucunya apa yang saya lihat iklan jualan murah atau 'diskaun' itu akan ada sepanjang waktu! Saya pun hampir tergoda bila seorang Pakistani menawarkan 'diskaun' yang sangat menarik. Satu set catur buatan batu marmar Pakistan yang harganya RM340 ditawarkan RM120 dan kemudiannya menjadi RM90!!! Hanya untuk hari ini sahaja, Tuan!
Saya senyum kepadanya dan ucapkan terima kasih. Dia kata ok, dan tak kisah pun bila saya beredar dari tempat jualannya. Tiba-tiba bau enak menusuk ke hidung ketika melintasi kedai 'roti boy'... Wahai perut, tuan kamu berpuasa hari ini, bersabarlah....
Sani Ekspres yang sama, Putrajaya dan Alamanda tetap yang sama juga...apa yang sangat berbeza ialah Ramadhan.. Berbeza sungguh Ramadhan tahun ini..
Wahai Allah Yang Maha Pengampun...

KEMBALI KE LELUHUR KU....
Thursday, August 11, 2011
Melewati Kota Jembal ke SMK Sering membuakkan rasa sebak dan rindu.. Lepasi SMK Raja Sakti menerbitkan satu rasa rindu kepada leluhur. Wahai leluhur ku... hari ini cicitmu kembali ke tanah bertuah dan berdaulat, Kota Jembal.
Bagaikan tak terasa penat atau letih berpuasa, saya berinteraksi bersama calaon-calon SPM SMK Sering. Sebelunnya saya diberitahu bahawa 120 pelajar tingkatan 5 ini dari kelas hujung. Tiada motivasi dan keyakinan diri, apa lagi kesungguhan untuk menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia hujung tahun ini.
Saya terima permintaan dan cabaran ini. Peluh menitis di belakang dan tengkuk saya. Bercakap dengan nada suara yang lantang berlatarkan suhu dewan yang hangat amat merangsang liang peluh saya. Inilah keberkatan Ramadhan. Saya tidak merasa haus pun. Semangat saya membara kerana di hadapan saya anak-anak bangsa seagama yang suci dan tidak bersalah. Mereka perlukan bimbingan dan pertolongan daripada insan-insan bergelar pendidik. Hampir dua jam, saya tidak melihat seorang pun daripada anak-anak itu tertidur! Alhamdulillah. Mereka menerima saya sebagai seorang pendidik dan pembimbing yang niatnya mahu membantu. Membantu mereka celik akal dan hati bahawa Allah tidak akan mengubah nasib kecuali mereka sendiri yang menngubahnya.
Selamat berjaya wahai anak-anak SMK Sering, anak-anak Kota Jembal.. Saya harus cepat kerana di SM Vokasional, Tanah Merah, telah menunggu 140 insan-insan bergelar guru. Syukur, atas kurniaan kudrat ini... Alhamdulillah.

HILANGKAN NGANTUK SEKETIKA...
Friday, August 5, 2011
MENGGALI PETIKAN KATA-KATA SANG MOTIVATOR.
Seorang Motivator berkata: "Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah istri ku."
Hadirin terkejut dan terpaku...
Ia kemudian menambah , "Ia adalah ibuku."
Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.
Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, ia berkata dengan lantang di depan istrinya di dapur,
"Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan istriku."
Ia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator... Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rwatan akibat siraman air panas...
Moral of the story:
Don't copy, if you can't paste.
----sumbangan: Mamat

TERBANGLAH SAMPAI KAMU LELAH...
Tuesday, August 2, 2011
Teringat saya kepada seorang rakan guru tiga tahun lepas. Dia datang ke pejabat saya bertanyakan pendapat. Dia berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah kedua. Kekangannya pada masa itu ialah keluarga. Bukan calang-calang bagi seorang ibu yang mempunyai anak seramai 9 orang. Saya katakan bahawa kejayaan yang terhasil daripada kepayahan dan keperitan akan lebih berganda kemanisannya. Alhamdulillah, saya dapat berita dia telah berjaya mendapat ijazah sarjananya baru-baru ini.
Semalam seorang rakan yang jauh lebih muda daripada saya menghubungi. Nada ceria memberitahu saya bahawa dia dalam semester 3 pengajian peringkat PhD. Dia yang saya kenal memang hebat dan sentiasa bermotivasi. Berusia awal 30 tahun. Semoga dia berjaya.. itu doa hati kecil saya.
Saya mengharapkan seorang lagi insan yang dekat di hati saya tetap tabah dan gagah. Hanya beberapa langkah sahaja lagi dia bakal menyelesaikan pengajian. Teruskanlah.. terbanglah sampai kamu lelah.. pasti puncak itu akan jadi milikmu..
Saya?...mungkin saya telah lelah.

SALAM RAMADHAN PENUH KEBERKATAN..
Monday, August 1, 2011
Anak saya yang kedua sedikit merungut kerana tarikh peperiksaan percubaan PMRnya datang serentak bersama datangnya Ramadhan. Saya tahu dia bukan merungut tentang Ramadhan. Saya faham hatinya mungkin memikirkan tentang 'dugaan' yang akan di hadapi sempena Ramadhan tahun ini. Tahun ini Angah akan menghadapi peperiksaan PMR. Saya sudah melihat bibit-bibit keresahan dan mungkin stres yang dialami. Perkembangan normal ini mungkin sahaja dialami oleh setiap anak-anak tingkatan tiga. Cuma yang membezakan mereka ialah bagaimana cara dan kemampuan mereka menempuhi situasi ini.
Minggu lepas saya hadir pada majlis penyerahan buku laporan bulanan di sekolahnya. Rata-rata rakan-rakan ibubapa yang mula merasai kerisauan dan mereka sendiri pun stres! Itu juga normal kerana ibubapa juga insan biasa. Insan yang mengharapkan hanya yang terbaik untuk anak-anak. Saya juga risau namun saya cuba sedaya upaya untuk tidak terikut gelombang stres itu. Apa yang penting melayani kerenah dan keupayaan anak dalam usaha membantu mereka menyerap stres yang dialami.
Lapan bulan saya mendaki bukit tujuh dan tanah tinggi Genting yang melelahkan... Ramadhan dengan sejuta rahmat Allah. Ada rahmat yang kelihatan di mata. Ada rahmat yang insan perlu berfikir dan merenung muhasabah. Setelah 2 bulan diberi cuti, saya kembali bertugas. Rahmat Allah datang bersama Ramadhan rupanya.
Angah, ayah akan bersama Angah di sepanjang Ramadhan ini..berjuanglah untuk PMR Oktober ini. Semoga 'quality time' selama sebulan penuh barakah ini akan memberikan kekuatan kepada Angah dan kita sekeluarga.

MENGAPA WANITA BERUBAH HATI?
Monday, July 4, 2011
Anda mungkin banyak dengar tentang lelaki yang berbohong tentang sifat-sifat fizikal mereka. Manakala wanita sering berbohong atas sebab menyembunyikan emosi mereka. Tentunya ada kebenaran tentang kedua-duanya. Berikut adalah pandangan sebenar daripada tinjauan yang dilakukan di kalangan wanita. Mengapa mereka berpaling daripada teman lelaki mereka? Banyak sebab yang mereka berikan. Cuba kita baca pandangan wanita-wanita ini.
1. Tiada keghairahan
Saya mengenali John kira-kira 3 tahun. Dia seorang lelaki yang sangat baik. Saya senang bersamanya. apa yang tidak ada pada John ialah sikap keghairahan atau romantik. Apabila John dinaikkan pangkat, saya terpaksa ke Australia bersama seorang rakan kongsi. Sepanjang perjalanan itu, saya dapat rakan kongsi saya itu begitu romantik dan mengambil berat tentang saya. Saya berasa sangat seronok sepanjang perjalanan saya (yang selama ini tidak pernah saya alami). Setelah pulang, saya memutuskan hubungan saya dengan John.
Stacy, 30. Lexington.
2. Melambatkan perpisahan
Sejurus sebelum saya memutuskan perhubungan dengan teman lelaki (Sean), dia telah meletakkan anjing kesayangannya di tempat tidur saya. Saya menunggu sebulan untuk melihat perubahan yang lebih baik. Malangnya dia pula hilang pekerjaan. Ketika itu saya bertemu dengan seseorang dan saya harus berfikir tentang masa depan. Tanpa beritahu Sean akhirnya saya keluar dengan teman lelaki baru itu.
Tamara, 29. Portland
3. Tiada di sisi membuat hati berubah
Saya dan teman lelaki saya, Geg telah mengambil keputusan untuk sambung belajar kira-kira 200 batu dari tampat tinggal kami. Beberapa bulan berjalan dengan baik. Setelah itu saya menjadi rapat dengan rakan semakmal saya. Kami berhubungan melewati batas-batas fizikal. Setelah beberapa lama, saya rasa bersalah kepada Greg. Tanpa memberitahu Greg saya tidak lagi berhubung dengan rakan semakmal saya itu.
Jen, 28, Oak Park, Il.
4. Berpisah untuk bina yang lebih baik
Dulu saya punya teman lelaki, Ethan. Sikapnya sangat kritikal terhadap saya. Sering mengkritik saya tentang betapa bodohnya saya, betapa selekehnya saya.. Keluarga dan kawan-kawan saya tidak bersetuju dengan pilihan saya itu. Di suatu hari minggu, saya keluar dan bertemu dengan Will. Sifat dan sikapnya sangat berbeza sekali berbanding Ethan. Will seorang yang mesra, baik, manis dan tidak memperlekehkan saya. Pada saya, inilah satu hubungan yang matang. Saya menjalin hubungan bersama Will selama 3 tahun dan kini kami berkahwin.
Allison, 30, New York.
5. Mencari keserasian
Saya berasal dari Florida. Kehidupan saya ialah bot, pantai dan laut. Namun teman lelaki saya Chris seorang ‘budak bandar’. Dia tidak pernah suka cara kehidupan sebegitu. Kami sering bertentangan ketika memilih lokasi untuk bersama. Selalunya Chris akan menang dengan pilihannya. Setelah 8 bulan, saya bersama rakan menyewa sebuah bot untuk bercuti di laut. Pengendali bot itu seorang ‘budak laut’ sejati. Dia begitu mahir dan minat dengan suasana pantai dan laut, seperti saya. Selepas itu saya sering keluar bersama dan menikmati minat yang sama. Saya tidak pernah beritahu Chris tentang itu. Saya juga ‘degil’ seperti Chris. Akhirnya saya membuat keputusan yang ‘budak laut’ itulah pasangan saya.
-Lizze, 32, Chichago.
Chelsea Kaplan is a Senior Editor at The Family Groove. Her blog, “I’m Somebody’s Mother?” can be found at www.rumymother.blogspot.com. For the other side of the story, read Confessions: 8 reasons men cheat.
CATATAN:
1. Bahan petikan yang saya kongsikan ini hanya sebagai bacaan dan renungan tentang manusia semata-mata. Bukan bertujuan untuk bersetuju dengan cara hidup atau nilai-nilai amalan Barat yang amat bertentangan dengan Timur.
2. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

MUARA & LAGUNA, IMPAK MAKSIMA, ICE-CREAM......
Tuesday, June 28, 2011
Saya sering mengimpikan bercuti di lokasi-lokasi indah dan menenangkan jiwa. 'Bercuti' sebulan cara begini dengan tangan bersimen fiber sungguh memeritkan. Ada kawan-kawan yang bertanya khabar dan berkata tentu saya seronok lama bercuti. Saya katakan bukan cuti sebegini yang saya harapkan!! Saya mengharapkan bercuti di muara yang tenang atau di laguna yang tenang airnya...tanpa gangguan dan persoalan tugas yang menanti di pejabat....
Sukar nak saya padamkan memori kemalangan tempoh hari. Ia sering datang bagaikan tayangan filem. Avanza saya yang terbabas dan menghempas longkang besar itu bagaikan satu IMPAK MAKSIMA terhadap tubuh saya. Sebulan lebih telah berlalu namun kesakitan masih terasa hingga kini...
Jemu dan tepu bagaikan gambaran perasaan saya ketika ini. Duduk dan berehat lama begini bukan pilihan saya. Mahu rasanya terus mula bertugas dan melupakan kejemuan ini. Apa daya, kemampuan sangat terbatas dengan tangan bersimen ini. Wahai hati.. bersabarlah..
p.s. Mungkin saya harus nikmati ice-cream yang saya dan anak-anak cukup gemar..lebih-lebih lagi di musim panas ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)