DURIAN...
Thursday, September 29, 2011
Hidung saya dan kawan satu khemah awal pagi itu ditusuk dengan bau durian yang kuat. Sambil menggosok mata saya sempat menyuluh jam tangan...baru pukul 6 pagi. Gelap pekat menyelubungi tapak perkhemahan kaki gunung Tahan ini.
"Kau ada bau tak?". "Ada, aku ada bau durian kuat ni!" "Ada pokok durian ke area ni?". "Aku nak gi cari lah"..
Lalu kawan saya terus capai lampu suluh dan menghilang dalam kegelapan. Saya biarkan dia pergi sendiri dalam kegelapan Taman Negara dan saya melayan mata yang masih mahu pejam. Dingin pagi di pergunungan membuatkan saya lebih berminat menarik selimut kembali. Tiba-tiba saya dengar bunyi ranting dan daun di tepi khemah iglu kami. Rupa-rupanya kawan saya kembali dari pencariannya. Dua biji durian sederhana besar di tangannya. "Aku dah kata dekat sini ada pokok durian!". Jerit kawan saya agak kuat. Seronok sungguh dia dengan durian Taman Negara. "Wah, boleh makan durian la kita!". Saya senyum kerana saya tahu itupun bakal jadi 'rezeki' saya juga.... Selesai solat subuh, kawan saya tak sabar lagi nak bersarapan dengan durian. Belum sempat durian dikerjakan, tiba-tiba saya terlihat kelibat lelaki menuju ke khemah kami. Jelas kedengaran suara rungutan yang saya tak faham langsung. Kepalanya berpaling kiri dan kanan bagai mencari sesuatu. Kawan saya dengan pantas membaling dua biji durian di depan kami ke dalam semak! Baru saya faham orang asli itu mencari durian. Barangkali dia hairan gila bila tidak ada durian yang gugur pada pagi itu! Kecut perut saya memandang lelaki asli bertubuh sasa dan tak senyum itu. Dia terus memandang saya dan kawan tanpa berkata apa-apa. Nasib baik sungguh kerana dia dia berlalu tetapi suara merungut yang tidak henti-henti.
Peristiwa yang dah lama saya alami itu muncul kembali di ingatan saya. Seorang rakan sejawat dari Jerantut mengirimkan durian kepada saya. Terharu sungguh dengan ingatannya. Sayangnya durian itu bukan rezeki saya untuk kali ini. Bukan dimakan oleh orang asli tetapi durian itu menjadi rezeki rakan-rakan yang saya sayangi jua.....kerana saya bertugas di luar pejabat.
CATATAN:
-Durian bukan ukuran sebuah persahabatan..namun ingatan menjadi ikatan sebuah silaturrahim. Terima kasih Pinah....
AN INSPIRATIONAL...
Saturday, September 24, 2011
Petang tadi saya dan keluarga menonton TV. Satu rancangan baru yang menarik. Idea yang dihidangkan menarik
dan patut diberi sokongan. Satu program yang memberi pengikhtirafan dan penghargaan kepada individu dan kanak-kanak yang
hebat sebagai ikon negara. Saya tertarik dengan pemilihan Adik Mia Sara, seorang pelakon kanak-kanak yang sangat luar biasa
bakat lakonannya. Turut dipilih sebagai 'THE MOST INSPIRATIONAL IDOLS' ialah Datuk Dr. Sheikh Muszaffar (Angkasawan Negara).
Dr. Muszaffar seperti lazimnya muncul dengan penuh segak dan kemas serta berhemah, sempat mendukung Mia Sara.
Ketokohannya terserlah. Beliau memang layak untuk menerima penghargaan sedemikian.
Tumpuan saya terencat seketika apabila sebuah kumpulan penyanyi tiga orang dipilih sebagai "THE MOST INSPIRATIONAL ARTIST".
Penampilan mereka dengan pakaian selekeh dengan salah seorang daripada mereka berambut ala 'Mohican' mencacatkan pandangan.
Saya tertanya sendiri apakah jenis inspirasi yang boleh diberikan kepada kanak-kanak yang menonton dan anak-anak seluruh Malaysia.
Adakah itu idola yang sepatutnya anak-anak Malaysia ikuti? Apakah kriteria istimewa yang mereka ada? Beginikah rupa bentuk individu
yang diharapkan untuk mewarisi negara? Sangat menyedihkan.....
NYAWA DI HUJUNG PEDANG...
Friday, September 23, 2011
Sejak kecil saya dengar orang bercerita tentang kisah kekejaman tentera Jepun sewaktu menjajah Tanah Melayu.
Gerun hati mendengar kisah begitu. Ketika di bangku sekolah rendah, saya 'bertemu' dengan sebuah novel berjudul
'Nyawa di Hujung Pedang' (saya lupa nama pengarangnya). Kisahnya sarat dengan kisah percintaan di zaman Jepun.
Fitnah digunakan untuk mendapatkan cinta yang tidak berbalas. Akhirnya si hero novel itu akhirnya ditangkap Jepun dan dikenakan
siksaan-siksaan yang dahsyat. Dipaksa minum air sabun, diikat di pokok kelapa dan dilumurkan kerengga, di pukul badan dengan kayu,
diikat dengan tangan ke belakang serta digantung di pokok... memang dahsyat. Seingat saya novel itu berakhir dengan
'happy ending'. Sang heronya di bawa oleh tentera Jepun untuk dipancung kepala di sebuah lubang. Ketika bilah pedang tajam Jepun hampir jatuh
ke leher sang hero, berita Jepun menyerah kalah menjadi penyelamat. Akhirnya sang hero itu selamat dengan izin Allah SWT jua akhirnya.
Saya menziarahinya pada hari raya ketiga. Uzur benar keadaannya. Syukur dia sedar dan tahu
saya yang hadir di situ. Saya ambil pemotong kuku dan potong kuku tangan dan kakinya perlahan-lahan dan cukup berhati-hati.
'Ayah, zul datang ni ayah... Zul mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan, maklumlah Zul kerja jauh loni...'..
Saya lihat airmatanya mengalir di kedua matanya.... Itulah bakti terakhir saya untuknya. Dua hari selepas itu abang sulung arwah ayahanda
saya pergi buat selamat-lamanya. Dan dialah satu-satu ahli keluarga saya yang merasai pukulan, siksaan dan hampir dipancung kepalanya
oleh tentera Jepun. Dia pergi bersama dengan pengalaman hidup dan ilmu-ilmu yang sungguh tidak ternilai.
Sampai kini saya tak pasti adakah ilham novel 'Nyawa di Hujung Pedang' itu di tulis berdasarkan kisahnya.. wallahualam.
CATATAN:
- Menyedihkan apabila seorang ilmuan sejarah (kononnya) berkata bahawa Malaysia tidak pernah dijajah.. adakah ini kenyataan BODOH ataupun
petanda NYANYUK seorang manusia?
SUDU OH SUDU...
Wednesday, September 14, 2011
Sudu
Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung...
Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop)
Pak Pandir : Pening kepala, sakit dada….. doktor.
Doktor : Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari.
Pak Pandir : Terima kasih.
Seminggu kemudian…..
Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak?
Pak Pandir : pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil mengerang…)
Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke?
Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDDDU doktor…….
Doktor : Kenapa dengan sudu?
Pak Pandir : (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor!
Doktor : ???????
Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung...
Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop)
Pak Pandir : Pening kepala, sakit dada….. doktor.
Doktor : Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari.
Pak Pandir : Terima kasih.
Seminggu kemudian…..
Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak?
Pak Pandir : pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil mengerang…)
Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke?
Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDDDU doktor…….
Doktor : Kenapa dengan sudu?
Pak Pandir : (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor!
Doktor : ???????
Subscribe to:
Posts (Atom)