FALSAFAH CINTA MARKISA...

Wednesday, September 22, 2010
M - Mencari mimpi indah di hujung sepi
A - Andai kelukaan dan kesakitan yang ditemui 
R - Rindu yang tidak berkesampaian
K - kasih sayang yang tidak termeterai
I - Impian yang meniti di batas ilusi
S - Sayang yang bukan mendamaikan malah meruntun jiwa
A - Angan ku jua yang terbang melayang tinggi....

Catatan : Semoga anda dan saya memilikki cinta yang sepatutnya TIDAK MEMUSNAHKAN.

SALAM UNTUK CALON UPSR 2010 !

HARI INI (23 SEPTEMBER 2010) ADALAH HARI TERAKHIR UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR). SEMOGA SEMUA MURID TAHUN 6 YANG MENGAMBIL UJIAN INI AKAN BERJAYA MENCAPAI TARGET DAN IMPIAN 5A. INSYAALLAH.
CATATAN : ACHIK... AYAH TAHU KAMU TELAH BUAT YANG TERBAIK. I'M PROUD OF YOU!

SEBATIAN CINTA UNTUK PELAJAR

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.
Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.

Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaya. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23.

Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yang dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Mu: Kau betul-betul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan,tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian... ... .."

CATATAN :
1. Terima kasih kepada pelajar Sains yang memerah minda untuk 'sebatian cinta' ini.
2. Kepada pelajar yang keliru tentang istilah-istilah sains dalam petikan ini, rujuklah kepada yang lebih faham.
3. Kepada pelajar yang mempunyai kefahaman melulu tentang cinta, renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah.
4. Sesungguhnya CINTA akan tetap ada untuk kita walaupun mungkin ia MASIH BELUM kita milikki kini atau TAK DAPAT kita milikki akhirnya....

AKU & CINTA... mengapa....

Thursday, September 16, 2010
Beberapa orang pemantau atau 'follower' bertanya mengapa saya tidak 'up-date' blog sepanjang minggu lepas. Biasalah, kesibukan berhari raya tidak mengizinkan saya untuk mengadap komputer. Sekarang saya percaya dengan kata-kata seorang teman, memastikan blog sentiasa di 'up-date' memang memerlukan komitmen yang tinggi.
Saya akan berkongsi dalam Episod-episod AKU & CINTA tentang cerita-cerita cinta. Semoga niat saya untuk menjadikan petikan kisah-kisah benar ini sebagai panduan dan pengajaran dapat diterima oleh para pembaca. Selagi bernama manusia, pasti akan mempunyai cinta. Hakikatnya cinta itu adalah ANUGERAH dan bukan HAK MILIK. Untuk MEMANUSIAKAN MANUSIA, perlu ada CINTA dalam hati manusia.
Catatan : Kisah-kisah yang akan paparkan adalah berdasarkan cerita benar, melibatkan pengalaman teman-teman, klien dan mungkin juga pengalaman peribadi.

AKU & CINTA

Monday, September 6, 2010
CINTA... KINI KAU DATANG JUA
MELANDA DUA INSAN... DIRI MU DIRIKU..
CINTA.. SUNGGUH INDAH CITRAMU
DUNIA TERASA HAMPA BILA KAU TIADA...
HATI-HATI CINTA JUGA BISA MEMBAWA DUKA
BATAS LINGKARAN YANG BISA MEMBAWA SUKA...
(Petikan lirik lagu Broery Marantika & Dewi Yull)

CUTI RAYA VS HARI PEPERIKSAAN

Sunday, September 5, 2010
Rakan-rakan pendidik tahun enam di sekolah rendah semakin bimbang bersempena cuti sekolah/cuti hari Raya Aidil Fitri kali ini. Apa tidaknya, murid tahun akan mendudukki UPSR sejurus selepas hari UPSR! Bercuti Hari Raya dan bersambung dengan cuti tambahan mungkin akan menyebabkan calon-calon UPSR kali 'HILANG TUMPUAN'. Faktor asyik menyambut Hari Raya mungkin mengalihkan tumpuan murid-murid. Selama berbulan-bulan guru tahun enam menyediakan murid supaya bersedia dengan penuh kesunnguhan. Tapi sayangnya...HANYA CIKGU @ GURU yang berasa 'demam' atau dilanda 'exam fever'. Sedangkan murid @ calon UPSR sendiri belum 'demam' pun!
Catatan:
1. Tahniah kepada rakan-rakan guru yang mengambil inisiatif  dengan mengadakan kelas tambahan.
2. Murid tahun enam masih dalam kategori kanak-kanak awal remaja yang sangat perlu didorong dan disokong. Orang yang mampu laksanakan tugas itu ialah IBUBAPA dan guru-guru.
3. Tidak dinafikan bahawa ramai murid tahun enam sudah pun mempunyai motivasi diri yang tinggi. Murid sebegini tentunya akan memberikan tumpuan yang bersungguh-sungguh untuk menghadapi UPSR.
Peringatan:
1. Guru-guru dan ibubapa perlu mempastikan supaya murid awal remaja ini tidak mengalami tekanan atau 'STRESS' yang teruk.... kerana tidak semua murid semuda ini mempunyai kemahiran pengurusan stress. 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SEMUA. MAAF ZAHIR DAN BATIN

Wednesday, September 1, 2010