Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??
Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.
Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.
Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!
Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.
Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.
Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.
Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?
Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.
Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.
Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.
Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?
Aku: Ya, aku percaya. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.
Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!
Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23.
Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.
Aku: Aku sekarang bukan aku yang dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.
Mu: Kau betul-betul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan,tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian... ... .."
CATATAN :
1. Terima kasih kepada pelajar Sains yang memerah minda untuk 'sebatian cinta' ini.
2. Kepada pelajar yang keliru tentang istilah-istilah sains dalam petikan ini, rujuklah kepada yang lebih faham.
3. Kepada pelajar yang mempunyai kefahaman melulu tentang cinta, renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah.
4. Sesungguhnya CINTA akan tetap ada untuk kita walaupun mungkin ia MASIH BELUM kita milikki kini atau TAK DAPAT kita milikki akhirnya....
SEBATIAN CINTA UNTUK PELAJAR
Wednesday, September 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
tuan kaunselor, ada soalan!
sebuah empangan sudah tidak dapat menampung isipadu air yg meningkat secara mendadak akibat fenomena la nina.
bagaimana ya..ia harus diselesaikan untuk mengelak berlakunya teori domino ke atas empangan tersebut yang bakal meruntuhkannya dengan sekelip mata.
malapetaka empangan runtuh itu tentu sekali akan mengakibatkan banjir besar sepertimana yang sedang berlaku di pakistan, sudah berminggu-minggu pun masih belum pulih, hingga menimbulkan kesengsaraan major, krisis kekurangan makanan dan berlaku epidemik yang sukar diatasi.
perlu ke pintu empangan tersebut dibuka? kalau dibuka, ke mana perlu disalurkan isipadu air bertekanan tinggi itu untuk keluar dari empangan?
atau, perlu ke soalan ni saya tujukan kepada profesor yang lebih arif tentang perihal dinamik? tentu sekali jawapan yang ditangani dengan hemah mengikut cabang ilmu fizik berkaitan pergerakan dan tenaga yang menggerakkan itu boleh sama-sama kita kongsi di sini sebagaimana ilmu sebatian cinta di atas!
Post a Comment