PERGINYA SEORANG SAHABAT....
Saturday, October 29, 2011
>"I warded kat hosptal putrajaya. ada jangkitan kuman pd saluran paru-paru. wad 4b" (25 Oktober 20110).
"Alhamdulillah. Ct scan semlm tdk menunjukkan apa2 kelainan. so takdelah mild stroke tu." (26 Oktober 2011).
SMS jawapan saya, " Alhamdulillah. Semoga U akan sihat walafiat dan cergas seperti dulu. Amin ya Rabbal alamin". (26 Oktober 2011)
Petang ini ketika memandu pulang, saya mengucap panjang berkali-kali. Sesak dan perit dada saya mendengar suara tangisan Puan Halawiyah (BPSK), "Jun dah tak ada.. dia dah meninggal! sekejap tadi!". Terhenti seketika di tepi jalan bagaikan tidak percaya dengan apa yang saya dengar. Namun itulah kenyataan. Jun, kawan baik saya sejak 12 tahun dulu telah lebih dahulu dijemput Allah SWT...Teman berkongsi cerita suka dan duka. Nasib saya dan arwah hampir serupa. Menjadi anak yatim sejak usia kecil. Bangkit dan membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. Terlalu banyak yang dilalui demi mengharungi kehidupan. Perjuangannya bermula sebagai seorang guru sekolah rendah. Kemudiannya menyambung ke peringkat diploma dan ijazah. Dia tidak berhenti di situ sahaja malah terus berjaya menyelesaikan pengajian peringkat Sarjana. Sebentar tadi Prof Zuria (UKM) beritahu saya yang arwah baru sahaja berbincang untuk menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah.... Sayangnya dia pergi terlalu awal.. Dengan jelas saya dapat dengar suara sebak Prof Zuria...Banyak sungguh kenangan dan peristiwa yang saya lalui bersama arwah. Dia seorang sahabat dan motivator yang sukar untuk dicari ganti. Seorang yang periang dan mudah mesra dengan kawan-kawan. Sifatnya yang suka membantu kawan-kawan tentunya akan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Hari ini Jun pergi dengan membawa segala cerita dan kisah hidupnya yang penuh dengan liku-liku... Semoga Allah SWT menempatkan rohnya bersama roh orang-orang beriman dan beramal soleh.. Amin ya Rabbal alamin.
CATATAN:
-Tak dapat saya bayangkan bagaimana anak kecil almarhumah, Iman(6 tahun) menerima kenyataan yang mamanya telah tiada...
- Al fatihah untuk almarhumah Puan Junaidah binti Hj Apandi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment