Dalam Kasih Ibu (I), saya telah perihalkan ringkasan dan dapatan sesi kaunseling saya dengan si anak. Saya terima beberapa sms dari rakan-rakan yang sempat membacanya. Rakan-rakan memberikan harapan semoga saya terus menyambung perkongsian realiti hidup ini. Sebenarnya tiada niat tersembunyi yang negatif. Nawaitu saya ialah semoga rakan-rakan pembaca akan dapat jadikan perkongsian ini sebagai suri teladan. Saya dan rakan-rakan pembaca punya keluarga, anak-anak, anak didik yang pastinya kita semua inginkan yang terbaik untuk mereka.
Saya telah mengadakan sesi kaunseling dengan klien saya (ibu). Dapatannya juga mengejutkan saya. Klien ini mahu saya membantu supaya dapat diusahakan anaknya dimasukkan ke sekolah pemulihan akhlak. Begitu terdesak si ibu.Harapan anaknya akan 'selamat' daripada dipengaruhi oleh kawan-kawan yang rosak akhlak. Rumit juga permintaan ibu ini. Si anak mahu ibunya mati dahulu dan semua 'masalah' akan selesai! Si ibu pula mahu masukkan anak ke sekolah pemulihan akhlak supaya masalahnya selesai!!!
Boleh rakan-rakan pembaca bantu saya untuk menyelesaikan persoalan ini? Tak perlulah saya ceritakan dengan terperinci segala alternatif dan pilihan ke arah membantu klien dan anaknya ini. Kecuali rakan-rakan kaunselor yang ingin berkongsi atau memberi cadangan. Hubungilah saya melalui emai: ashraffku@yahoo.com.
Apa yang ingin saya kongsikan, inilah antara corak keluarga atau rumahtangga dalam masyarakat kita. Gusar juga hati bila terkenangkan pesanan, 'jika kita ingin ketahui bagaimana corak pemimpin masa depan, lihat pemuda hari ini. Keadaan hari akan menggambarkan situasi masa depan.'
KASIH IBU ( I )
Wednesday, January 27, 2010
Kasih ibu membawa ke syurga.... ungkapan ini meniti setiap dari kita sejak zaman berzaman. saya tidak berniat untuk mengupas ungkapan 'evergreen' itu kerana itu bukan kepakaran saya.
Apa yang ingin saya kongsikan ialah kisah salah seorang klien yang mendapatkan khidmat kaunseling daripada saya baru-baru ini.
Klien saya ini ialah seorang ibu yang mempunyai dua orang anak (sepasang). Masalah klien bermula apabila anak lelakinya yang berusia 16 tahun tidak dapat menerima kehadiran bapa tiri dalam famili mereka.
Si ibu ini tidak menjangka respon anak lelaki begitu negatif sehingga mengeluarkan kata-kata tidak mahu mengakui klien sebagai ibu.
Keadaan menjadi semakin teruk apabila anak klien saya ini mula menunjukkan tingkah laku protes yang melampau. Mula membahasakan diri sebagai 'aku' dan sebagai 'mu' untuk ibunya. Mula bermalam di rumah raka-rakan dan tidak pulang ke rumah berhari-hari.
Kebimbangan dan kerisauan seorang ibu memuncak kerana dikhuatiri si anak akan terjerumus ke arah tingkah laku devian dan penyalahgunaan dadah.
Saya katakan kepada ibu (klien), mungkin saya akan dapat membantu dengan lebih berkesan jika saya dapat berinteraksi dengan anaknya sendiri.
Tanggungjawab saya sekarang ialah cuba membantu si ibu sebagai klien saya dan 'memanusiakan' si anak (pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah agama).
....bersambung nanti.
Akhirnya saya dapat juga bertemu dan berinteraksi dengan anak klien ini. Andainya berada di tempat saya pasti anda akan terperanjat besar dengan respon yang diberikan.
Oleh kerana anak ini bukannya klien 'sukarela' (dipaksa datang oleh pakciknya), saya dapat lihat reaksi penolakan yang ketara. Anda pun tentunya faham bagaimana situasi berhadapan dengan orang yang tidak rela berkomunikasi.
Saya menggunakan instrumen ringkas dalam usaha 'memaksa' anak ini memberikan respon. Instrumen tersebut ialah gambarajah 'significant others'. Berupa gambarajah bulatan yang mewakili semua ahli familinya yang paling rapat. Tidak terkecuali ibu dan bapa tirinya.
Nyata sekali anak ini meletakkan kedudukan ibu dan bapa tirinya jauh dari kedudukan dirinya! Instrumen itu membantu saya memahami (walaupun dia tidak beritahu) bahawa anak ini mengalami konflik emosi dan perasaan membenci yang serius.
Menghadapi klien yang 'tidak mesra pelanggan' ni, saya perlu mempelbagaikan teknik penerokaan. Jadi, saya berikan instrumen yang kedua. Ternyata saya jadi 'menggelabah puyuh' bila dapatan hasil penerokaan kedua ini!!!
Nantikan sambungannya....
Rasa bagaikan tak percaya seorang anak (pelajar sekolah menengah agama) membuat kenyataan supaya ibu dan bapa tirinya mati dahulu! Alasannya, kerana si ibu banyak menyusahkannya, menyekat kebebasannya.. Mati kutu saya bila mendengar kenyataan yang keluar dari mulut anak remaja ini. Saya tahu anak ini mengalami konflik diri yang sukar untuk difahami tetapi saya tak menjangka sama sekali hingga sejauh itu pemikirannya.
Saya asyik terfikir apa perasaan si ibu jika turut sama mendengar kenyataan ini... Jika anda seorang ibu bapa yang membaca catatan ini, mungkin anda dapat meneka perasaan saya ketika itu.
Tidak mungkin saya akan menerangkan seluruh proses sesi kaunseling saya di ruangan sempit ini.
Saya ingin lontarkan persoalan kepada anda, bagaimana mungkin seorang anak yang belajar di sekolah agama yang menekankan nilai-nilai ketuhanan ini boleh bertindak sedemikian rupa?
InsyaAllah, saya akan berkongsi dengan anda berkenaan sesi saya dengan sang ibu pula.

'LINUS'
Tuesday, January 26, 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada 26 Januari 2010, saya berkongsi input yang bertajuk "Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku" kepada 75 pendidik tahun satu dari PPD Kuala Krai dan Gua Musang.
Sesungguhnya saya kagum dengan komitmen guru-guru ini. Mengajar dan mendidik murid-murid awal persekolahan sememangnya memerlukan kesungguhan, pengorbanan serta kesabaran yang tinggi. Tidak hairanlah di negara Barat, tenaga pengajar peringkat awal persekolahan terdiri daripada pemegang ijazah sarjana dan juga Phd!
Sebenarnya guru-guru ini dilatih khas untuk mendidik serta membantu murid tahap 1 supaya mereka dapat menguasai kemahiran 'literasi dan numerasi' atau singkatannya 'LINUS'.
LINUS adalah program khas Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Melihat segala Alat Bantu Mengajar (ABM) yg dihasilkan oleh peserta bengkel, saya merasa amat teruja dengan kreativiti yang ditunjukkan.
Harapannya, jika segala ABM ini dipergunakan semaksima mungkin, saya amat yakin anak-anak didik 'LINUS' akan menguasai literasi dan numerasi seperti yang diimpikan. InsyaAllah.
Terima kasih saya kepada PPD Kuala Krai, PPD Gua Musang dan JPN Kelantan yang memberi peluang kepada saya untuk turut sama membantu menjayakan kursus dan bengkel LINUS ini.
Apa yang pasti, saya amat bangga kerana para peserta kursus gembira dan sangat 'sporting' ketika saya minta mereka melakukan 'chicken's dance!!!' ( Aplikasi belajar sambil berhibur dalam bilik darjah). Malah ada peserta minta saya 'upload' lagu 'chicken's dance' untuk dikongsikan.
Sampai jumpa.

Sunday, January 24, 2010
BERITA HARIAN 13 MAC 2007
Usaha berterusan, doa resipi kejayaan pelajar
Dorongan ibu bapa turut bantu pencapaian cemerlang SPM
KUALA LUMPUR: Kesungguhan, tumpuan di dalam kelas, dorongan dan galakan ibu bapa serta berdoa adalah antara resipi kejayaan beberapa pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, meskipun ada antara mereka tidak pun mengikuti kelas tuisyen.
Mengulang kaji pelajaran secara konsisten, belajar secara berkumpulan dengan rakan sekelas serta cabaran daripada anggota keluarga yang sudah berjaya juga menjadi ramuan kejayaan mereka. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam (SMKTBM), Yeo Jie Ming, yang muncul pelajar terbaik di Pulau Pinang dengan memperoleh 16 1A, mengakui dorongan dan galakan ibu bapa memberi sumbangan besar terhadap kejayaannya.
Katanya, dia memberi tumpuan ketika dalam kelas, selain belajar selama tiga jam sehari di rumah bermula jam 8 malam dengan bantuan ibu bapanya. Sementara itu, Nadia Rohani Malik Panter Brick dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Nurul Ittifaq, Kuala Besut berjaya mendapat 14 1A berikutan cabaran kuat daripada abangnya.
“Kejayaan ini sebenarnya menyahut cabaran abang saya, Ahmad Jamil yang sering mencabar supaya dapat mengatasi keputusan 13 1A yang diperolehnya dalam peperiksaan SPM," katanya yang tinggal di Kampung Benting Lintang, sebuah perkampungan nelayan kira-kira 25 kilometer dari Kuala Besut dan berulang alik ke sekolah setiap hari.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Ahmad Maher, Kota Bharu, Siti Aisyah Hussin, yang mendapat 14 1A, berkata beliau memberi tumpuan kepada subjek kritikal dan mengulang kaji setiap hari.
"Saya pulang lewat setiap hari kerana mengulang kaji pelajaran dan belajar berkumpulan di sekolah bagi membincangkan subjek yang agak kritikal.
"Saya berdoa setiap kali solat dan meminta restu ibu bapa agar saya mudah mentelaah pelajaran menjelang peperiksaan SPM yang lalu. Abah dan emak pendorong utama kejayaan saya, selain abang dan kakak yang berjaya dalam bidang mereka termasuk menjadi doktor perubatan," katanya.
Chee Shew Fei dari SMK Ave Maria Convent muncul pelajar terbaik SPM Perak dengan mencatat 14 1A, belajar dua hingga tiga jam sehari ketika awal tahun dan menambah masa belajar hingga lima jam sehari ketika peperiksaan semakin hampir.
Pelajar Sekolah Menengah Sultan Alam Shah (SAS), Syed Danial Syed Ahmad, yang memperoleh 12 1A, beri tumpuan teknik belajar berkumpulan dan membuat latih tubi soalan ramalan. Katanya, beliau dan beberapa rakan sering melakukan perbincangan dalam kumpulan lebih kecil selepas waktu sekolah.
“Saya dan rakan juga sentiasa menunaikan solat hajat dan berzikir bagi mendapat ketenangan dan berkat sebelum peperiksaan. Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana berkat doa ibu bapa, guru-guru serta rakan-rakan saya mendapat keputusan sebaik ini,” katanya.
T Naveeyindren, 17, yang pernah melangkau kelas dari Tahun 3 hingga Tahun 5 selepas lulus Penilaian Tahap Satu (PTS) pada 1999, muncul pelajar terbaik SMK King George V, Seremban, apabila mendapat 12 1A, hasil kerja keras mengulangkaji pelajaran dari tengah malam hingga awal pagi selepas gagal mencatat keputusan baik pada peperiksaan percubaan sebelum itu.
Dua pelajar Maahad Johor, yang bersahabat baik sejak di Tingkatan Satu, Muhammad Syafiq Safuan Harith dan Esby Islami Rifai mencapai keputusan Mumtaz Sofi (cemerlang) dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2006 memperoleh 10 1A hasil usaha mengulang kaji pelajaran sepanjang masa dan membaca surah serta doa penerang hati.
Muhammad Syafiq berkata, menjaga kesihatan juga amat penting dalam memastikan pelajaran tidak terganggu dan paling utama ialah tidak merokok.

Monday, January 18, 2010
Menonton TV tidak membantu pelajar, merendahkan prestasi akademik
Oleh SM Mohamed Idris (Presiden CAP) Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa ibu bapa supaya mengehadkan waktu tontonan televisyen anak-anak mereka memandangkan kesan negatif televisyen terhadap perkembangan prestasi akademik pelajar.
Laporan akhbar tempatan baru-baru ini mendedahkan bahawa remaja Amerika Syarikat yang menonton televisyen pada hari biasa akan menunjukkan prestasi buruk di sekolah berbanding mereka yang tidak menonton pada hari berkenaan, tetapi menonton pada hujung minggu memberi kesan lebih negatif terhadap kerja sekolah mereka.
Kajian terhadap 4,508 pelajar sekolah menengah berumur antara sembilan hingga 15 tahun juga mendapati kerja sekolah terjejas di kalangan mereka yang dibenarkan menonton rancangan dewasa, filem dan rangkaian kabel membabitkan program dewasa.
Data sokongan mendapati ibu bapa yang membataskan televisyen pada hari biasa dan masa permainan video kurang daripada sejam dan menyekat media dewasa dengan membataskan pendedahan terhadap rangkaian filem kabel dan filem dewasa serta video.
Pelajar yang tidak menonton televisyen ketika hari biasa, separuh menunjukkan kecemerlangan di sekolah, demikian menurut kajian terbaru yang dibuat oleh Dr Iman Sharif dari Kolej Perubatan Albert Einstein di Bronx, New York.
Sejak beberapa tahun yang lalu CAP telah menyuarakan kesan TV terhadap perkembangan anak-anak kita lebih-lebih lagi Akademi Pediatrik Amerika sendiri menggesa supaya diharamkan televisyen bagi kanak-kanak di bawah usia dua tahun.
Menonton TV boleh menjadikan kanak-kanak kurang cerdik kerana TV mampu membunuh IQ, membekukan otak, menyekat kreativiti, menghalang daripada berfikir secara mendalam, mencuri masa, mengganggu tidur, merampas waktu bermain dan banyak keburukan lagi.
Beberapa kajian mendapati menonton televisyen lebih berbahaya dan berpotensi merosakkan otak kanak-kanak yang sedang membesar berbanding apa yang dipaparkan di televisyen.
Menghabiskan banyak masa di depan televisyen menjadikan sukar untuk kanak-kanak belajar membaca, memberikan tumpuan yang berterusan dan cemerlang dalam peperiksaan di sekolah.
Apabila kanak-kanak menghabiskan banyak masa dengan menonton televisyen, mereka tidak melibatkan diri di dalam aspek-aspek pembelajaran lain seperti bermain, membaca, menulis, belajar atau bergaul.
Sejak tahun 1977 lagi banyak amaran telah diberikan bahawa menonton televisyen menjadikan kanak-kanak bersikap pasif dan berat mulut, ia tidak dapat bermain, mengeluarkan idea atau berfikir dengan jelas.
Menurut laporan 1994 dari Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat, pencapaian akademik jatuh dengan ketara bagi kanak-kanak yang menonton lebih daripada 10 jam seminggu atau purata dua jam sehari.
Kajian tahun 1980 pula yang dilakukan oleh Jabatan Pendidikan California yang mengkaji tabiat menonton televisyen dan markah ujian bagi sesetengah juta kanak-kanak menunjukkan terdapat hubungan langsung di antara jumlah masa seseorang kanak-kanak menonton televisyen dengan jumlah markah yang diperolehi dalam ujian pencapaian yang diseragamkan, lebih banyak televisyen ditonton kanak-kanak, lebih rendah pencapaiannya.
Sehubungan itu, CAP menggesa ibu bapa supaya bersikap lebih tegas terhadap tabiat menonton TV anak-anak mereka memandangkan televisyen sering membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan. - lanh

Sunday, January 17, 2010
Televisyen tidak bantu pelajar Utusan Malaysia 4 Oktober 2006
CHICAGO: Remaja Amerika Syarikat yang menonton televisyen pada hari biasa akan menunjukkan prestasi buruk di sekolah berbanding mereka yang tidak menonton pada hari berkenaan, tetapi menonton pada hujung minggu memberi kesan lebih negatif terhadap kerja sekolah mereka, kata penyelidik semalam.
Kajian terhadap 4,508 pelajar sekolah menengah berumur antara 9 hingga 15 tahun juga mendapati kerja sekolah terjejas di kalangan mereka yang dibenarkan menonton rancangan dewasa, filem dan rangkaian kabel membabitkan program dewasa.
“Data sokongan kami mendapati ibu bapa yang membataskan televisyen pada hari biasa dan masa permainan video kurang dari sejam dan menyekat media dewasa dengan membataskan pendedahan terhadap rangkaian filem kabel dan filem dewasa serta video,” kata penulis kajian, Dr Iman Sharif dari Kolej Perubatan Albert Einstein di Bronx, New York.
Pelajar yang tidak menonton televisyen ketika hari biasa, separuh menunjukkan kecemerlangan di sekolah, kata kajian. – Reuters

Subscribe to:
Posts (Atom)