'LINUS'

Tuesday, January 26, 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada 26 Januari 2010, saya berkongsi input yang bertajuk "Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku" kepada 75 pendidik tahun satu dari PPD Kuala Krai dan Gua Musang.
Sesungguhnya saya kagum dengan komitmen guru-guru ini. Mengajar dan mendidik murid-murid awal persekolahan sememangnya memerlukan kesungguhan, pengorbanan serta kesabaran yang tinggi. Tidak hairanlah di negara Barat, tenaga pengajar peringkat awal persekolahan terdiri daripada pemegang ijazah sarjana dan juga Phd!
Sebenarnya guru-guru ini dilatih khas untuk mendidik serta membantu murid tahap 1 supaya mereka dapat menguasai kemahiran 'literasi dan numerasi' atau singkatannya 'LINUS'.
LINUS adalah program khas Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Melihat segala Alat Bantu Mengajar (ABM) yg dihasilkan oleh peserta bengkel, saya merasa amat teruja dengan kreativiti yang ditunjukkan.
Harapannya, jika segala ABM ini dipergunakan semaksima mungkin, saya amat yakin anak-anak didik 'LINUS' akan menguasai literasi dan numerasi seperti yang diimpikan. InsyaAllah.

Terima kasih saya kepada PPD Kuala Krai, PPD Gua Musang dan JPN Kelantan yang memberi peluang kepada saya untuk turut sama membantu menjayakan kursus dan bengkel LINUS ini.

Apa yang pasti, saya amat bangga kerana para peserta kursus gembira dan sangat 'sporting' ketika saya minta mereka melakukan 'chicken's dance!!!' ( Aplikasi belajar sambil berhibur dalam bilik darjah). Malah ada peserta minta saya 'upload' lagu 'chicken's dance' untuk dikongsikan.

Sampai jumpa.

0 comments:

Post a Comment