Sunday, January 17, 2010
Televisyen tidak bantu pelajar Utusan Malaysia 4 Oktober 2006


CHICAGO: Remaja Amerika Syarikat yang menonton televisyen pada hari biasa akan menunjukkan prestasi buruk di sekolah berbanding mereka yang tidak menonton pada hari berkenaan, tetapi menonton pada hujung minggu memberi kesan lebih negatif terhadap kerja sekolah mereka, kata penyelidik semalam.

Kajian terhadap 4,508 pelajar sekolah menengah berumur antara 9 hingga 15 tahun juga mendapati kerja sekolah terjejas di kalangan mereka yang dibenarkan menonton rancangan dewasa, filem dan rangkaian kabel membabitkan program dewasa.

“Data sokongan kami mendapati ibu bapa yang membataskan televisyen pada hari biasa dan masa permainan video kurang dari sejam dan menyekat media dewasa dengan membataskan pendedahan terhadap rangkaian filem kabel dan filem dewasa serta video,” kata penulis kajian, Dr Iman Sharif dari Kolej Perubatan Albert Einstein di Bronx, New York.

Pelajar yang tidak menonton televisyen ketika hari biasa, separuh menunjukkan kecemerlangan di sekolah, kata kajian. – Reuters

0 comments:

Post a Comment