KASIH IBU ( II )

Friday, January 29, 2010
Dalam Kasih Ibu (I), saya telah perihalkan ringkasan dan dapatan sesi kaunseling saya dengan si anak. Saya terima beberapa sms dari rakan-rakan yang sempat membacanya. Rakan-rakan memberikan harapan semoga saya terus menyambung perkongsian realiti hidup ini. Sebenarnya tiada niat tersembunyi yang negatif. Nawaitu saya ialah semoga rakan-rakan pembaca akan dapat jadikan perkongsian ini sebagai suri teladan. Saya dan rakan-rakan pembaca punya keluarga, anak-anak, anak didik yang pastinya kita semua inginkan yang terbaik untuk mereka.


Saya telah mengadakan sesi kaunseling dengan klien saya (ibu). Dapatannya juga mengejutkan saya. Klien ini mahu saya membantu supaya dapat diusahakan anaknya dimasukkan ke sekolah pemulihan akhlak. Begitu terdesak si ibu.Harapan anaknya akan 'selamat' daripada dipengaruhi oleh kawan-kawan yang rosak akhlak. Rumit juga permintaan ibu ini. Si anak mahu ibunya mati dahulu dan semua 'masalah' akan selesai! Si ibu pula mahu masukkan anak ke sekolah pemulihan akhlak supaya masalahnya selesai!!!


Boleh rakan-rakan pembaca bantu saya untuk menyelesaikan persoalan ini? Tak perlulah saya ceritakan dengan terperinci segala alternatif dan pilihan ke arah membantu klien dan anaknya ini. Kecuali rakan-rakan kaunselor yang ingin berkongsi atau memberi cadangan. Hubungilah saya melalui emai: ashraffku@yahoo.com.


Apa yang ingin saya kongsikan, inilah antara corak keluarga atau rumahtangga dalam masyarakat kita. Gusar juga hati bila terkenangkan pesanan, 'jika kita ingin ketahui bagaimana corak pemimpin masa depan, lihat pemuda hari ini. Keadaan hari akan menggambarkan situasi masa depan.'

0 comments:

Post a Comment