SETITIS SUMBANGAN......

Saturday, March 5, 2011
Hari ini saya ke Bandar KK. Cuti hari minggu membenarkann saya memilikki 'QUALITY TIME' bersama keluarga. Sepanjang minggu mengikuti slot-slot pembentangan sungguh melelahkan. Bertahun meninggalkann suasana kelas dan kini tercongok lagi berminggu-minggu dengan aksi 'budak sekolah'. Kepenatan fizikal dan mental bercampur baur. Belum pun hilang penat berkereta 6-7 jam setiap Ahad, terpaksa pula mengikuti pelbagai rutin memenatkan minda pula! BUKAN SENANG NAK SENANG..rupanya....
"Assalamualaikumm cikgu!", seseorang menyapa saya.
"Waalaikumusalam..", balas saya.
Seorang gadis berbaju kurung sudah berada dekat di hadapan saya. Tersenyum ke arah saya. Otak saya memproses memori cuba mencari wajah ini. Di mana ye? Saya gagal mengingati gadis ini. Lalu saya berikan senyuman dan menyapanya. Cuba untuk dapatkan maklumat tanpa perlu dia sedar bahawa saya kabur tentang dirinya....
Akhirnya dia menerangkan, " Saya bekas pelajar SMKSYP1 3 tahun lepas, cikgu. Cikgu yang beri ceramah motivasi di sekolah saya dulu. Terima kasih cikgu, saya dah tahun dua di UITM, ambik perakaunan".
Terkedu saya dengan keramahan dan ingatan gadis ini terhadap saya. Tiga tahun terlalu lama untuk saya ingat pelajar yang mengikuti ceramah saya. Dia masih mengingati saya walaupun 3 tahun telah berlalu.
Setelah gadis itu berlalu, saya tersenyum sendiri dan menarik nafas panjang. Berfikir apalah sangat sumbangan saya hingga pelajar itu masih kenal dan menghormati
saya.
CATATAN:
1. Cikgu...dulu, kini dan selamanya.....
2. Menghargai bukan semestinya dengan material. Senyum dan ucapan salam sudah cukup membahagiakan.

1 comments:

nie said...

jika dirujuk salah satu daripada Definisi Baru Guru oleh Tony Buzan,

"provider of worthwhile daydreams and shepherd who helps the students make it come true"

sangat pasti menurut catatan ini, 3 tahun lepas melalui ceramah motivasi tersebut, anda telah pun berjaya memberi angan-angan bermakna dan membimbing pelajar itu merealisasikan angan-angannya..tahniah!

Post a Comment