Beberapa orang rakan pembaca terus berharap supaya saya 'bercerita' juga tentang kisah ibu dan anak itu.
Demi untuk dijadikan sebagai teladan dan sempadan, saya cuba teruskan perkongsian ini.
Saya cuba berbincang dengan klien ini (ibu) bahawa menyerahkan anaknya ke sekolah pemulihan akhlak bukanlah satu tindakan yang terbaik. Di situ ada 2 kemungkinan yang bakal terjadi. Pertama, mungkin anaknya akan lebih bercelaru kerana bergaul dengan anak-anak yang pelbagai tingkah laku. Impaknya akan lebih teruk daripada sekarang. Keduanya, mungkin juga anaknya akan bertambah insaf dan menjadi baik. Itupun jika si anak tidak 'mencair' dalam kumpulan anak-anak begitu.
Akhirnya, si ibu ini akur bahawa dia terlalu mengikut emosi dan rasa bimbang dengan tingkah laku anak yang tidak terduga. Saya mencadangkan (setelah diminta) supaya klien memberi peluang dan memberikan lebih perhatian kepada anaknya. Saya katakan bahawa si anak pernah memberitahu saya bahawa ibunya tidak peduli tentang diri dan keperluannya. Si ibu menafikan. Saya juga akur dengan penafian itu.
Sukar sungguh jika kita cuba nak mengubah prinsip dan tingkah laku seseorang. Memang benar, seorang koboi tidak akan mampu 'memaksa' kuda tunggangannya supaya minum air. Kecuali kuda itu sendiri yang merasa haus dan membawa koboi ke pinggir air!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment