HATI 1
Saya tahu dia kecewa dan sangat sedih dengan keputusan itu. Menggalas harapan yang menggunung tinggi daripada ayah adan ibu. Biarpun wajahnya nampak tenang dan gagah menerima keputusan sebegitu, ada tsunami dalam hatinya. Saya pun kagum melihat bagaimana dia mampu kelihatan tabah menghadapi kekecewaan ini. Dia bukan gagal malah mendapat kepujian dalam semua subjek. Saya katakan padanya bahawa masa depan terbentang luas di hadapan. Hidup belum berakhir. Perjuangan mesti diteruskan jua...
HATI II
Sukar sungguh bila nak berbicara tentang hati. Kata orang, seluruh hidup pun tidak mampu mentafsirkan hati seseorang. Kata seorang teman, "Aku pun tak faham tentang hati aku ni.." Sesetengah orang hatinya hiba dan sedih namun wajahnya tampak ceria. Tidak semua orang begitu. Ada orang yang wajahnya tidak mampu sembunyikan gelojak hati. Jika hatinya sedih, jelas terpapar di wajahnya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
"walau aku senyum bukan berarti aku slalu bahagia dlm hari.." ~ sountrack dlm filem Ketika Cinta Bertasbih
Post a Comment