'Kasih sayang terlalu indah untuk di kenang,
Selamanya takkan pernah kau buat,
Kasih sayang tiada pernah kenal usia,
Tua muda akan menikmati...
Namun jangan engkau lupa
akan akibat masa nanti,
Engkau dapat menderita,
kerana terlena rasa cinta,
Kasih sayang,
Terlalu pahit dan menyakitkan,
dan membuat REMAJA patah hati...
Bait-bait indah di atas ialah lirik lagu kumpulan D'llyod yang popular dari Indonesia sekitar 70an. Mengapa saya pilih lirik ini?
Hampir semua tulisan saya sebelum ini adalah berkisar tentang kasih, sayang, cinta, dan benci. Saya kira lirik lagu ini sangat sesuai untuk menjadi topik kali ini.
Wahai remaja, bercinta tidak salah. Tetapi bercintalah kerana Allah dengan mematuhi peraturan yang telah di tetapkan olehNYA. Paling menyedihkan dan menakutkan sekarang ialah sang gadis menawarkan tubuhnya untuk mendapatkan cinta... si teruna pula menawarkan cinta untuk mendapatkan sebuah tubuh!!!
Lebih 30 tahun dahulu Kumpulan D'llyod telah mengingatkan remaja tentang cinta dan kasih sayang ini. Tentang akibat daripada cinta yang sesat dan merosakkan. Tentang derita yang akan ditanggung jika 'terlena' rasa cinta yang tidak dikawal dengan keimanan.
Saya yakin 'derita' yang terjadi kerana cinta 'terlena' ini amat besar dan panjang akibatnya.
Remaja seperti klien saya (rujuk topik sebelum ini) akan menderita segala-galanya. Derita kerana terpaksa menjadi ibu dalam usia 16 tahun. Derita kerana terganggu pelajarannya. Derita kerana menahan kutukan dan kejian masyarakat. Derita hati kerana bayi yang dilahirkan terpaksa diserahkan kepada orang lain...bla bla bla blaa...
Pada saya, inilah maksud 'derita cinta yang terlena'!! Remaja yang hebat dan bermotivasi tidak akan mudah terlena dengan 'cinta yang derita' ini.
Catatan : Ada kawan saya suka ubah lirik akhir lagu D'llyod dengan "Orang tua patah hati"!!
KASIH SAYANG DAN CINTA
Friday, February 26, 2010SAYANG ANAK (II)
Wednesday, February 24, 2010
Sebenarnya klien saya ini telah melahirkan seorang anak perempuan hasil hubungan terlarang. Apa yang memilukan ialah sebaik sahaja beliau melahirkan, anaknya diserahkan kepada sepasang suami isteri yang tidak mempunyai zuriat sendiri.
Sebelum melahirkan, klien ini telah bersetuju (demi kebaikannya juga) untuk menyerahkan anaknya. Keputusan itu diambil setelah dipersetujui oleh keluarga. Saya diberitahu klien telah berjanji untuk berubah dan ingin meneruskan pelajarannya.
Itulah yang saya ingin sampaikan kepada para pembaca sekelian. Walau senaif mana sekalipun remaja ini, dia masih mempunyai naluri seorang ibu yang sangat kuat! Dia tak mampu meneruskan azam dan janjinya kerana rindu dan kasih kepada anaknya. Berbeza sekali jika dibandingkan dengan 'si pembakar' bayi!! (rujuk tulisan saya yang lepas).
Sesi kaunseling dengan klien ini tidak berlaku seperti yang dirancangkan. Tujuan asalnya saya berharap membantu mengembalikan motivasi klien untuk meneruskan pelajarannya. Seterusnya saya terpaksa membantu klien untuk merasionalkan klien tentang alternatif yang ada di hadapannya.
Setiap insan mempunyai hak untuk membuat pilihan. Sayangnya, bukan insan yang menentukan. Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang menentukan segalanya. Lalu saya katakan kepada klien saya bahawa 'kita tidak akan dapat semua yang kita ingin dan impikan...', kerana kita hambaNya yang banyak kesilapan, kesalahan, kelemahan, dan banyak dosa........

SAYANG ANAK......
Sunday, February 21, 2010
Selamat bertemu kembali.
Sukar sungguh sebenarnya untuk menjelaskan tentang kasih dan sayang, cinta dan benci dalam kehidupan ini.
Dalam topik yang lepas saya, saya percaya para pembaca pasti bersetuju dengan saya tentang pendirian mengutuk ’kasih sayang’ yang membawa ke tong sampah.
Kali ini saya nak berkongsi dengan pembaca tentang rasa kasih sayang seorang remaja, ya, sangat muda iaitu 16 tahun!
Pada bulan lepas, seorang klien (pelajar 16 tahun) telah dirujuk kepada saya oleh ketua jabatan. Klien tersebut datang bersama dengan ibu dan ibu saudaranya. Saya diberitahu bahawa isu atau kes klien ini ialah melakukan salah laku seks dan memohon untuk bertukar ke sekolah lain.
Sekali lagi tisu di atas meja saya menjadi amat berguna kepada klien ini. Tanpa kata-kata, hanya air mata yang memulakan sesi kaunseling. Saya tidak memberi apa respon atau desakan kerana air mata klien mengalir laju. Satu demi satu tisu lembut di atas meja saya diambil untuk mengesat mata dan hidung!
Saya terus berikan waktu dan peluang kepada klien. Saya yakin air mata klien akan memberikan ruang ketenangan dan kekuatan untuk memulakan sesi selepas ini.
Selepas beberapa ketika, klien nampak lebih tenang dan ibu klien memulakan perbincangan. ”Saya nak minta tolong encik berikan motivasi kepada anak saya ni. Memang dia telah lakukan kesalahan besar. Tapi dia beritahu saya, dia nak lupakan semua salah lakunya dan nak belajar di sekolah lain. Nak mula hidup baru’, terang si ibu.
Saya bertanya, ”Apa kesalahan besar yang telah dilakukan oleh anak ni?”.
Saya berharap klien itu sendiri akan memberikan jawaban. Si ibu pula terus menjawab, ”Nak buat macam mana, cikgu... dan nasib dia dan kami sekeluarga jadi lagu nih!”.
Ketika saya berpaling kepada klien dengan tujuan mendapatkan responnya, klien menangis semula. Kali ini saya minta klien bertenang dan ambil masa untuk bercakap. Saya tak mungkin dapat membantu atau teruskan jika klien terus menangis. Secara tiba-tiba dengan air mata yang masih mengalir, klien berkata, ”Saya sayang sangat-sangat kepada anak saya!!!”.
Ayat klien saya itu menjadi ’kunci’ penting kepada saya. Seterusnya, Alhamdulillah saya berjaya meneruskan sesi kaunseling dalam usaha membantu remaja malang ini.

KASIH IBU MEMBAWA KE TONG SAMPAH!
Monday, February 15, 2010
Selamat kembali….
Negara gempar lagi dengan kejadian seorang bayi yang tidak berdosa dibakar dalam tong sampah sehari sebelum Hari Tahun Baru Cina.
Dalam tulisan saya yang lepas saya memperkatakan tentang kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah berkorban nyawa. Dengan berlakunya kejadian kejam ini, saya jadi pilu dan sedih yang amat sangat. Bagaimana makhluk bernama manusia ini sanggup membuang seorang bayi yang tidak berdosa dan membakarnya!!! Layakkah mereka ini digelar manusia?? Meminjam dialog si Kasim Selamat dalam filem Ibu Mertuaku, “Mengapakah kau dilahirkan sebagai manusia?! Lebih baik kau dilahirkan sebagai haiwan!”. Itu cara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee mengutuk perbuatan manusia yang melampaui batas kemanusiaan.
Disaat ramai ibubapa atau pasangan yang telah berkahwin bertahun-tahun tidak mempunyai zuriat, ada manusia yang sanggup melakukan perbuatan kejam dan hina itu… perkataan apakah yang boleh diucapkan lagi kepada manusia seperti ini. Saya tahu manusia seperti itu tidak mungkin membaca tulisan saya ini. Namun sekurang-kurangnya dalam usaha saya membantu ‘memanusiakan manusia’, saya dapat berkongsi kesedaran dan kesedihan tentang peristiwa kejam itu. Sekurang-kurangnya kita dapat menzahirkan bahawa kita tidak redha malah kita mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan kejam itu!
Inilah natijah kepada kebejatan sosial yang melanda negara kita yang tercinta ini. Pergaulan bebas, gejala seks bebas, anak derhaka telah menjadi perkara biasa kerana manusia telah meninggalkan nilai-nilai dan ajaran agama. Berkawan tidak salah. Bercinta juga tidak salah. Namun berkawan dan becinta dengan mngenepikan larangan Yang Maha Pencipta adalah SALAH SAMA SEKALI! Hakikat inilah yang mesti diakui oleh makhluk yang bernama insan. Makhluk yang dikurnia Allah akal fikiran untuk membezakan yang manakah insan dan yang manakah lembu!!!

REMAJA HARAPAN NEGARA
Wednesday, February 10, 2010
Bertemu kembali.
Hari ini saya bersama dengan 38 wira dan wirawati Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN). Pihak PLKN Batu Jong, Kuala Krai dan PPD Kuala Krai telah bekerjasama dalam satu program wajib untuk wira dan wirawati. Program tersebut ialah program khidmat komuniti yang melibatkan agensi-agensi kerajaan.
Berbekalkan modul bertemakan 'KOMPONEN KEMUDAHAN AWAM', saya dan 5 rakan kaunselor dari sekolah mengendalikan pengisian selama 3 jam. Peserta dibahagikan kepada enam kumpulan dan dikendalikan oleh seorang kaunselor kelompok.
Wira dan wirawati PLKN berbincang dan memerah idea berkisar kepada enam topik yang disediakan. Sesi pembentangan adalah sesi yang sangat menghiburkan. Setiap kumpulan membuat pelbagai bentuk pembentangan untuk menyampaikan mesej yang dibincangkan.
Saya sebenarnya begitu teruja melihat kesungguhan, kreativiti dan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua peserta. Pembentangan input berat dan ilmiah dipersembahkan dengan cara yang kreatif dan berbeza! Setiap kumpulan mempersembahkan dikir barat, koir, sketsa, lakonan pendek dalam usaha menyampaikan mesej-mesej global.
Saya kagum kerana masa yang diberikan untuk persiapan pembentangan hanya 30 minit!
Saya teruja kerana saya berhadapan dengan generasi masa depan yang bakal menjadi pemimpin negara.
Saya kagum kerana kumpulan ini menunjukkan kerjasama dan rasa hormat yang tinggi kepada kami.
Saya teringat lirik lagu tradisional yang wira dan wirawati ini nyanyikan sebagai 'hadiah' kepada kami.

"Lemak manis ala amboi amboi, santan kelapa ala amboi amboi...
Ku pandang lah manis ala amboi amboi, anak siapa......
Kalau ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti,
kalau ada silap dan salah, jangan disimpan di dalam hati..."
Semoga anak-anak muda ini akan cemerlang di dunia dan di akhirat.
CIKGU MEMANG KAYA...... ( II )
Sunday, February 7, 2010
Selamat berjumpa kembali,
Berbincang tentang cikgu -cikgu kaya ni, banyak juga pengalaman benar yang saya alami sepanjang bertugas sebagai Pegawai Kaunseling ini.
Kali ini saya nak kongsikan satu jenis lagi cikgu 'kaya'. Cikgu ini dirujuk oleh ketua jabatannya. Prestasi kerja yang ditunjukkan oleh cikgu ini memang menyesakkan nafas guru besarnya. Tidak hadir bertugas tanpa sebab, datang bertugas lewat, tidak akur arahan ketua dan lain-lain (biasalah, cikgu macam ini akan bermacam-macamlah kerenah negatifnya).
Terperanjat besar saya bila semasa berjumpa klien ini. Berambut melebihi kolar dan janggut yang meliar.. Tiba-tiba saya terpandang sesuatu yang dibungkus dengan tuala di hadapan klien saya ini. Saya bertanya, "Apa benda berbungkus elok di sebalik tuala tu, cikgu?". Tanpa menjawab, dia terus membuka 'bungkusan' itu dan menunjukkan kepada saya. Rupa-rupanya yang dibungkus rapi itu ialah sebilah pedang panjang!!!
Saya terus mengucap panjang. "Ini apahal la cikgu dok simpan dan bawa benda ni?', tanya saya.
'Ah, biasa le, boss. Untuk keselamatan diri. Saya selalu bawa ke mana-mana saja termasuk dalam kereta!", selamba saja klien saya menjawab.
"MasyaAllah, bahaya ni cikgu oooiii, kenapa la sampai kena bawak benda ni?", tanya saya sambil cuba sembunyikan perasaan berdebar. Alhamdulillah, selepas itu saya berjaya juga menjalankan sesi kaunseling individu dengannya dengan tidak ada perkara yang tidak diingin berlaku.
Jadi, apa kaitannya dengan cikgu kaya yang menjadi topik perbincangan ini?
Sebenarnya, klien saya ini ialah seorang cikgu yang 'sangat kaya' dengan hutang!! Bermula dengan skim cepat kaya yang disertai beberapa tahun dulu. Dia terpaksa berhutang pula dengan bank untuk melangsaikan hutang kawan-kawan yang menyertai skim itu. Bila skim cepat kaya menjadi 'skim cepat KAYAP', maka ramai pemiutang-pemiutang datang memburu cikgu ini untuk mendapatkan wang mereka kembali.
Akhirnya menderita lah cikgu ini kerana dia memilih untuk 'KAYA DENGAN HUTANG' dan saya cukup yakin tuan-tuan pembaca sekelian lebih tega untuk memilih 'KAYA DENGAN MURID' berbanding 'KAYA DENGAN HUTANG!!!'.

Cikgu memang kaya........( I )
Wednesday, February 3, 2010
Salam Sejahtera,
Saya telah pergi ke satu pejabat kerajaan untuk mendapatkan perkhidmatan yang penting. Ramai sungguh pengunjung pejabat penting ini. Melihat pada nombor giliran, saya rasa rimas dan risau kerana mungkin akan dipanggil selepas 30 puluh pelanggan! Saya pula mempunyai urusan penting yang lain di JPN. Ketika saya berfikir untuk berpaling dan mengundur diri, saya terpandang seorang staff di kaunter melambai ke arah saya. Kelihatannya melambai saya tapi tak pasti kerana orang terlalu ramai. Saya berpaling ke belakang saya tidak ada orang yang memberi respon. Lalu saya angkat tangan dan menunjuk ke dada saya. Staf lelaki berkenaan menganggukkan kepalanya. Memang sah staf itu memanggil saya. Hairan juga kerana nombor giliran masih lambat lagi. Saya berjalan ke kaunter staf tersebut. "Assalamualaikum cikgu! Nak buat....... ke? Cikgu tak kenal saya ke? Saya anak murid cikgu semasa di ............... dulu?". Tanpa sempat saya menjawab soalannya, dia terus mengambil dokumen di tangan saya dan minta saya duduk sebentar.
Kotak memori saya memproses laju untuk mengesan murid ini. Tidak lama kemudian murid saya itu memanggil saya ke kaunter. "Dah ingat ke saya, cikgu? Alaaa, dulu saya jahat masa di sekolah. Sebab tu kerja di sini jer...". Berdetup jantung saya mendengar kata-katanya.
"Pembetulan. Awak dulu bukan jahat, cuma nakal sikit jer. Biasa ler remaja sekolah tak berfikir panjang masa tuuu. Ok lah ni. Awak dapat kerja elok. Pakaian smart. Tahniah la. Bukan senang nak dapat kerja ini. Kerja elok-elok, semoga cepat naik pangkat!". Panjang lebar sungguh jawaban saya.
Biasalah tuuu, cikgu memang kaya dengan kata-kata nasihat! cikgu tetap cikgu juga biarpun masa berlalu. "Cikgu, dulu, kini dan selamanya".
Apa yang pasti cikgu-cikgu memang kaya! Ya, kaya dengan murid-muridnya!
Jumpa lagi.

KASIH IBU (AKHIR)
Tuesday, February 2, 2010
Beberapa orang rakan pembaca terus berharap supaya saya 'bercerita' juga tentang kisah ibu dan anak itu.
Demi untuk dijadikan sebagai teladan dan sempadan, saya cuba teruskan perkongsian ini.
Saya cuba berbincang dengan klien ini (ibu) bahawa menyerahkan anaknya ke sekolah pemulihan akhlak bukanlah satu tindakan yang terbaik. Di situ ada 2 kemungkinan yang bakal terjadi. Pertama, mungkin anaknya akan lebih bercelaru kerana bergaul dengan anak-anak yang pelbagai tingkah laku. Impaknya akan lebih teruk daripada sekarang. Keduanya, mungkin juga anaknya akan bertambah insaf dan menjadi baik. Itupun jika si anak tidak 'mencair' dalam kumpulan anak-anak begitu.
Akhirnya, si ibu ini akur bahawa dia terlalu mengikut emosi dan rasa bimbang dengan tingkah laku anak yang tidak terduga. Saya mencadangkan (setelah diminta) supaya klien memberi peluang dan memberikan lebih perhatian kepada anaknya. Saya katakan bahawa si anak pernah memberitahu saya bahawa ibunya tidak peduli tentang diri dan keperluannya. Si ibu menafikan. Saya juga akur dengan penafian itu.
Sukar sungguh jika kita cuba nak mengubah prinsip dan tingkah laku seseorang. Memang benar, seorang koboi tidak akan mampu 'memaksa' kuda tunggangannya supaya minum air. Kecuali kuda itu sendiri yang merasa haus dan membawa koboi ke pinggir air!!!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)