CIKGU MEMANG KAYA...... ( II )

Sunday, February 7, 2010
Selamat berjumpa kembali,
Berbincang tentang cikgu -cikgu kaya ni, banyak juga pengalaman benar yang saya alami sepanjang bertugas sebagai Pegawai Kaunseling ini.
Kali ini saya nak kongsikan satu jenis lagi cikgu 'kaya'. Cikgu ini dirujuk oleh ketua jabatannya. Prestasi kerja yang ditunjukkan oleh cikgu ini memang menyesakkan nafas guru besarnya. Tidak hadir bertugas tanpa sebab, datang bertugas lewat, tidak akur arahan ketua dan lain-lain (biasalah, cikgu macam ini akan bermacam-macamlah kerenah negatifnya).
Terperanjat besar saya bila semasa berjumpa klien ini. Berambut melebihi kolar dan janggut yang meliar.. Tiba-tiba saya terpandang sesuatu yang dibungkus dengan tuala di hadapan klien saya ini. Saya bertanya, "Apa benda berbungkus elok di sebalik tuala tu, cikgu?". Tanpa menjawab, dia terus membuka 'bungkusan' itu dan menunjukkan kepada saya. Rupa-rupanya yang dibungkus rapi itu ialah sebilah pedang panjang!!!
Saya terus mengucap panjang. "Ini apahal la cikgu dok simpan dan bawa benda ni?', tanya saya.
'Ah, biasa le, boss. Untuk keselamatan diri. Saya selalu bawa ke mana-mana saja termasuk dalam kereta!", selamba saja klien saya menjawab.
"MasyaAllah, bahaya ni cikgu oooiii, kenapa la sampai kena bawak benda ni?", tanya saya sambil cuba sembunyikan perasaan berdebar. Alhamdulillah, selepas itu saya berjaya juga menjalankan sesi kaunseling individu dengannya dengan tidak ada perkara yang tidak diingin berlaku.
Jadi, apa kaitannya dengan cikgu kaya yang menjadi topik perbincangan ini?
Sebenarnya, klien saya ini ialah seorang cikgu yang 'sangat kaya' dengan hutang!! Bermula dengan skim cepat kaya yang disertai beberapa tahun dulu. Dia terpaksa berhutang pula dengan bank untuk melangsaikan hutang kawan-kawan yang menyertai skim itu. Bila skim cepat kaya menjadi 'skim cepat KAYAP', maka ramai pemiutang-pemiutang datang memburu cikgu ini untuk mendapatkan wang mereka kembali.
Akhirnya menderita lah cikgu ini kerana dia memilih untuk 'KAYA DENGAN HUTANG' dan saya cukup yakin tuan-tuan pembaca sekelian lebih tega untuk memilih 'KAYA DENGAN MURID' berbanding 'KAYA DENGAN HUTANG!!!'. 

0 comments:

Post a Comment