Hari ini saya bersama dengan 38 wira dan wirawati Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN). Pihak PLKN Batu Jong, Kuala Krai dan PPD Kuala Krai telah bekerjasama dalam satu program wajib untuk wira dan wirawati. Program tersebut ialah program khidmat komuniti yang melibatkan agensi-agensi kerajaan.
Berbekalkan modul bertemakan 'KOMPONEN KEMUDAHAN AWAM', saya dan 5 rakan kaunselor dari sekolah mengendalikan pengisian selama 3 jam. Peserta dibahagikan kepada enam kumpulan dan dikendalikan oleh seorang kaunselor kelompok.
Wira dan wirawati PLKN berbincang dan memerah idea berkisar kepada enam topik yang disediakan. Sesi pembentangan adalah sesi yang sangat menghiburkan. Setiap kumpulan membuat pelbagai bentuk pembentangan untuk menyampaikan mesej yang dibincangkan.
Saya sebenarnya begitu teruja melihat kesungguhan, kreativiti dan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua peserta. Pembentangan input berat dan ilmiah dipersembahkan dengan cara yang kreatif dan berbeza! Setiap kumpulan mempersembahkan dikir barat, koir, sketsa, lakonan pendek dalam usaha menyampaikan mesej-mesej global.
Saya kagum kerana masa yang diberikan untuk persiapan pembentangan hanya 30 minit!
Saya teruja kerana saya berhadapan dengan generasi masa depan yang bakal menjadi pemimpin negara.
Saya kagum kerana kumpulan ini menunjukkan kerjasama dan rasa hormat yang tinggi kepada kami.
Saya teringat lirik lagu tradisional yang wira dan wirawati ini nyanyikan sebagai 'hadiah' kepada kami.
"Lemak manis ala amboi amboi, santan kelapa ala amboi amboi...
Ku pandang lah manis ala amboi amboi, anak siapa......
Kalau ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti,
kalau ada silap dan salah, jangan disimpan di dalam hati..."
Semoga anak-anak muda ini akan cemerlang di dunia dan di akhirat.
0 comments:
Post a Comment