SAYANG ANAK (II)

Wednesday, February 24, 2010
Sebenarnya klien saya ini telah melahirkan seorang anak perempuan hasil hubungan terlarang. Apa yang memilukan ialah sebaik sahaja beliau melahirkan, anaknya diserahkan kepada sepasang suami isteri yang tidak mempunyai zuriat sendiri.
Sebelum melahirkan, klien ini telah bersetuju (demi kebaikannya juga) untuk menyerahkan anaknya. Keputusan itu diambil setelah dipersetujui oleh keluarga. Saya diberitahu klien telah berjanji untuk berubah dan ingin meneruskan pelajarannya.
Itulah yang saya ingin sampaikan kepada para pembaca sekelian. Walau senaif mana sekalipun remaja ini, dia masih mempunyai naluri seorang ibu yang sangat kuat! Dia tak mampu meneruskan azam dan janjinya kerana rindu dan kasih kepada anaknya. Berbeza sekali jika dibandingkan dengan 'si pembakar' bayi!! (rujuk tulisan saya yang lepas).
Sesi kaunseling dengan klien ini tidak berlaku seperti yang dirancangkan. Tujuan asalnya saya berharap membantu mengembalikan motivasi klien untuk meneruskan pelajarannya. Seterusnya saya terpaksa membantu klien untuk merasionalkan klien tentang alternatif yang ada di hadapannya.
Setiap insan mempunyai hak untuk membuat pilihan. Sayangnya, bukan insan yang menentukan. Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang menentukan segalanya. Lalu saya katakan kepada klien saya bahawa 'kita tidak akan dapat semua yang kita ingin dan impikan...', kerana kita hambaNya yang banyak kesilapan, kesalahan, kelemahan, dan banyak dosa........

0 comments:

Post a Comment