KASIH IBU MEMBAWA KE TONG SAMPAH!

Monday, February 15, 2010
Selamat kembali….
Negara gempar lagi dengan kejadian seorang bayi yang tidak berdosa dibakar dalam tong sampah sehari sebelum Hari Tahun Baru Cina.
Dalam tulisan saya yang lepas saya memperkatakan tentang kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah berkorban nyawa. Dengan berlakunya kejadian kejam ini, saya jadi pilu dan sedih yang amat sangat. Bagaimana makhluk bernama manusia ini sanggup membuang seorang bayi yang tidak berdosa dan membakarnya!!! Layakkah mereka ini digelar manusia?? Meminjam dialog si Kasim Selamat dalam filem Ibu Mertuaku, “Mengapakah kau dilahirkan sebagai manusia?! Lebih baik kau dilahirkan sebagai haiwan!”. Itu cara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee mengutuk perbuatan manusia yang melampaui batas kemanusiaan.
Disaat ramai ibubapa atau pasangan yang telah berkahwin bertahun-tahun tidak mempunyai zuriat, ada manusia yang sanggup melakukan perbuatan kejam dan hina itu… perkataan apakah yang boleh diucapkan lagi kepada manusia seperti ini. Saya tahu manusia seperti itu tidak mungkin membaca tulisan saya ini. Namun sekurang-kurangnya dalam usaha saya membantu ‘memanusiakan manusia’, saya dapat berkongsi kesedaran dan kesedihan tentang peristiwa kejam itu. Sekurang-kurangnya kita dapat menzahirkan bahawa kita tidak redha malah kita mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan kejam itu!
Inilah natijah kepada kebejatan sosial yang melanda negara kita yang tercinta ini. Pergaulan bebas, gejala seks bebas, anak derhaka telah menjadi perkara biasa kerana manusia telah meninggalkan nilai-nilai dan ajaran agama. Berkawan tidak salah. Bercinta juga tidak salah. Namun berkawan dan becinta dengan mngenepikan larangan Yang Maha Pencipta adalah SALAH SAMA SEKALI! Hakikat inilah yang mesti diakui oleh makhluk yang bernama insan. Makhluk yang dikurnia Allah akal fikiran untuk membezakan yang manakah insan dan yang manakah lembu!!!

0 comments:

Post a Comment