Cikgu memang kaya........( I )

Wednesday, February 3, 2010
Salam Sejahtera,
Saya telah pergi ke satu pejabat kerajaan untuk mendapatkan perkhidmatan yang penting. Ramai sungguh pengunjung pejabat penting ini. Melihat pada nombor giliran, saya rasa rimas dan risau kerana mungkin akan dipanggil selepas 30 puluh pelanggan! Saya pula mempunyai urusan penting yang lain di JPN. Ketika saya berfikir untuk berpaling dan mengundur diri, saya terpandang seorang staff di kaunter melambai ke arah saya. Kelihatannya melambai saya tapi tak pasti kerana orang terlalu ramai. Saya berpaling ke belakang saya tidak ada orang yang memberi respon. Lalu saya angkat tangan dan menunjuk ke dada saya. Staf lelaki berkenaan menganggukkan kepalanya. Memang sah staf itu memanggil saya. Hairan juga kerana nombor giliran masih lambat lagi. Saya berjalan ke kaunter staf tersebut. "Assalamualaikum cikgu! Nak buat....... ke? Cikgu tak kenal saya ke? Saya anak murid cikgu semasa di ............... dulu?". Tanpa sempat saya menjawab soalannya, dia terus mengambil dokumen di tangan saya dan minta saya duduk sebentar.
Kotak memori saya memproses laju untuk mengesan murid ini. Tidak lama kemudian murid saya itu memanggil saya ke kaunter. "Dah ingat ke saya, cikgu? Alaaa, dulu saya jahat masa di sekolah. Sebab tu kerja di sini jer...". Berdetup jantung saya mendengar kata-katanya.
"Pembetulan. Awak dulu bukan jahat, cuma nakal sikit jer. Biasa ler remaja sekolah tak berfikir panjang masa tuuu. Ok lah ni. Awak dapat kerja elok. Pakaian smart. Tahniah la. Bukan senang nak dapat kerja ini. Kerja elok-elok, semoga cepat naik pangkat!". Panjang lebar sungguh jawaban saya.
Biasalah tuuu, cikgu memang kaya dengan kata-kata nasihat! cikgu tetap cikgu juga biarpun masa berlalu. "Cikgu, dulu, kini dan selamanya".
Apa yang pasti cikgu-cikgu memang kaya! Ya, kaya dengan murid-muridnya!
Jumpa lagi.

0 comments:

Post a Comment