KEJARLAH DULU IJAZAH SEBELUM MENGEJAR.......

Monday, April 19, 2010
Salam hormat dan terima kasih kepada pemantau remaja yang sentiasa mengikuti blog saya.Kebelakangan ini saya menerima beberapa sms dari remaja yang saya pasti masih belajar. Mereka bertanyakan pandangan serta pendapat tentang masalah yang berbagai.
Salah satu sms yang agak panjang lebar saya terima beberapa hari lepas. Permasalahan yang ditanyakan ialah tentang isu cinta remaja atau 'coupling' di sekolah. Remaja ini berada di tingkatan lima dan akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Saya tersenyum sendiri membaca sms pelajar ini. Katanya dia tak dapat tumpukan perhatian terhadap pelajaran kerana asyik terkenang dan terbayang 'buah hatinya'. Buah hati pelajar ini sama-sama belajar di sekolah yang sama. Saya katakan sukar untuk saya membantu jika hanya sms menjadi penghubung. Walau bagaimanapun, saya cuba memahami dan cuba membantu juga pelajar ini.
Bermacam-macamlah alasan bila ditanya mengapa dia tega bercinta ketika pelajar lain sibuk belajar... Katanya, dia tertarik dengan sikap 'caring' dan romantik kekasihnya. Yang menariknya, pelajar ini menulis (sms) bahawa dia tidak dapat merasai layanan sedemikian daripada ibubapanya! Sikap 'caring' atau prihatin terhadapnya membuat dia benar-benar jatuh cinta. Saya cuba menyoal balik adakah dia tidak langsung mendapat kasih sayang daripada keluarga terutamanya ibubapa. "Ibubapa saya tidak ada waktu untuk mendengar saya!". Mungkin itu alasan atau kenyataan yang menjadi penyebab pelajar ini mencari alternatif lain untuk mengemis layanan dan kasih sayang???

1 comments:

Unknown said...

bagaimana kalau dikatakan, akar masalah anak-anak dan remaja ialah kekosongan jiwa dan hati mereka disebabkan tandusnya perhatian dan belaian dan ibu bapa?

ibubapa memang sangat menyayangi anak mereka, mereka akan bermati-matian mengatakan mereka sayang anak, tapi mungkin mereka perlu juga memperhalusi bagaimana cara mereka menunjukkan sayang, supaya lebih jelas kelihatan di mata remaja yg masih naif itu dan lebih membekas pada keras hati muda mereka.

zaman sudah berubah...

apalah salah jika ibubapa memesrai anak remaja mereka dengan cara yg lebih sofistikated mengikut alur kemodenan yg disusurinya. jika saban hari bait-bait cinta "i love you so much" .. "miss you, darling" melalui sms dan mms dari seorang remaja lelaki telah begitu mudah mencairkan hati si gadis dan melembutkan sanubarinya, mengapa tidak ibubapa turut bersaing merebut hati anak tersebut dengan cara yg sama?

beradaptasilah dengan perkembangan zaman dan kecanggihan teknologi demi memenangi saingan ke atas gejala cinta monyet yg mampu merosakkan masa depan anak anda kelak!

Post a Comment