Hari ini saya bersama dengan calon-calon peperiksaan SPM (SIJIL PENENTU MASADEPAN) SMK Tengku Indera Petra 2, Gua Musang. Sengaja saya gunakan 'nick-name' SPM itu sebagai Sijil Penentu Masadepan dengan harapan pelajar tingkatan 5 SMK TIP 2 faham dan mengerti tentang kepentingan SPM!
Saya rasa gembira dan berbaloi dapat berinteraksi dengan pelajar seramai hampir 200 itu. Sekalung tahniah kepada Pengetua, para pentadbir terutamanya Puan Umi Mariza yang memberi peluang kepada saya untuk berinteraksi dengan pelajar harapan mereka. Juga kepada Kaunselor-kaunselor pelajar SMK TIP2 yang tidak pernah jemu mengundang saya.
Satu perkara menarik yang saya ingin kongsikan dengan pembaca sekelian. Ketika saya bertanyakan kepada para pelajar tentang cita-cita dan impian mereka, seorang pelajar memberikan jawapan amat jarang saya temui. Seorang pelajar perempuan memberitahu saya bahawa dia bercita-cita ingin menjadi seorang pelukis komik! Seorang dua pelajar yang lain bercita-cita ingin menjadi chef atau tukang masak.
Lazimnya, ramai pelajar akan memberi jawapan jenis kerjaya yang mungkin 'stereotaip'. Contohnya, anggota polis, tentera, guru. Manakala pelajar-pelajar cemerlang dapatlah saya dengar cita-cita sebagai doktor, jurutera, pilot, saintis. Oh ya, seorang pelajar berbangsa Cina beritahu bahawa dia ingin jadi Perdana Menteri!!
Memang unik pelajar-pelajar SMK TIP2 ini. Walaupun mereka suka ketawa tetapi mereka telah menunjukkan sikap yang positif dan menghormati saya. Saya senang berinteraksi dengan mereka.
Saya telah katakan kepada pelajar tersebut bahawa hidup mesti mempunyai cita-cita dan impian. Cita-cita dan impian yang akan membangkitkan motivasi untuk belajar atau bekerja. Seorang bapa akan bekerja bersungguh-sungguh kerana impiannya untuk melihat anak-anak mereka berjaya! Seorang pelajar akan belajar bersungguh-sungguh kerana dia ada impian dan cita-cita yang dicapai dalam hidupnya!
Saya sedar tidak mungkin semua pelajar yang ditemui tadi akan berubah sikapnya..... dua jam tidak mungkin dapat mengubah semuanya! Namun seperkara yang menghilangkan kepenatan saya memandu lebih daripada 200 km tadi.. ialah saya telah menyumbang sesuatu ke arah 'MEMANUSIAKAN MANUSIA'.
TERIMA KASIH SMK TIP 2......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam. Saya bekas pelajar SMKTIP2 berterima kasih atas kaunseling yang telah tuan berikan kepada adik-adik di sana. Sebagai bekas pelajar di situ, saya rasakan bahawa mereka semua masih kurang diberikan motivasi dan amat kurang didedahkan dengan dunia luar. Walaupun mereka mempunyai cita-cita yang tinggi tetapi mereka kurang dari segi tip-tip untuk mencapai matlamat yang diimpikan. Justeru itu, mereka amat memerlukan motivasi dan bimbingan yang sewajarnya agar semangat belajar terus membara sehingga mereka dapat mencapai impian masing-masing.
salam saya juga bekas plajar smktip2 bangga dgan bimbingan yang tuan bagi pada adik2 saya d tip2.....mmg dari zaman saya lagi kami perlukan bimbingan dan nasihat untuk kami berjaya, khehadiran tuan dapat membuka sedikit minda kami untuk lebih maju ke hadapan dalam mengejar impian masing2.......
Post a Comment