Saya telah sebutkan betapa sukarnya nak membantu pelajar yang bertanya tentang masalahnya hanya melalui sms... bagaimanapun saya sedar pelajar ini memang sangat perlukan pandangan dan bimbingan. Saya bertanggungjawab untuk 'melayan' dan cuba membantu dengan sedaya upaya.
Saya katakan kepada pelajar itu bahawa memilikki rasa cinta tidak salah, cuma bercinta ketika berada di tingkatan 5 itu yang silapnya! Persoalan di sini ialah pelajar ini memang silap kerana bercinta pada waktu dan ketika yang tidak sepatutnya. Di saat pelajar-pelajar lain sedang bertungkus lumus dan berhempas pulas belajar untuk menghadapi SPM, dia memilih untuk bercinta. Inilah saya cuba katakan kepada pelajar berkenaan bahawa akan tiba waktunya sesuai untuk bercinta, tetapi bukannya sekarang!
Sekarang ialah waktu untuk berfikir dengan serius tentang SPM dan tentang masa depan. Para pelajar hanya ada 2 pilihan sahaja. Samaada pelajar memilih untuk berjaya dalam SPM atau gagal. Itu sahaja pilihan yang ada dan terbentang luas di hadapan remaja. Justeru, pilihlah yang mana satu IDAMAN KALBU.
Pesanan untuk remaja lelaki.... KEJARLAH DULU IJAZAH SEBELUM KAMU MENGEJAR AZIZAH!!!!
KEJARLAH DULU IJAZAH SEBELUM MENGEJAR....(Sambungan)
Tuesday, April 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment