PERISTIWA LUCU DI SHENZHEN

Saturday, August 7, 2010
Dek kerana nak merasa pengalaman naik bas di China, maka kami ambil keputusan naik bas ke Bandar Shenzhen. Penumpang bas bersesak-sesak dan kami tak berpeluang langsung untuk duduk. Berderet-deretlah kami berdiri semacam murid sekolah yang bersesak-sesak dalam bas sekolah di Malaysia.
Duduk di bangku sebelah tepi kami bediri ialah seorang penumpang wanita muda yang asyik tunduk sepanjang perjalanan. Kami berbual sesama sendiri dan bercakap tentang wanita berkenaan. "Apahal dia ni? Tunduk jer, demam ke, pening ke?", kata salah seorang dari kami. Seronok sungguh berbual dan mengata. Apa tidaknya, bukannya penumpang lain faham bahasa kami. Malah penumpang lain asyik memandang kami dengan muka penuh tandatanya. Mungkin mereka pun tertanya-tanya tentang kami, "Dari mana la datangnya orang-orang berbahasa pelik ni?!".
Ketika bas hampir memasukki kawasan stesen dan kami bersedia untuk turun.... tiba-tiba penumpang wanita yang sentiasa tunduk itu mengangkat kepalanya. Tanpa amaran maka terhamburlah keluar muntah daripada mulutnya dan 'mendarat' tepat kepada belakang 2-3 orang rakan kami!!! 'Tembakan' muntah yang paling teruk terkena kepada salah seorang rakan kami. Kedua-dua kaki seluar jeansnya tidak dapat diselamatkan lagi! Maka berkejarlah kami membantu menyiram dengan air mineral yang kami ada. Apalagi, terpaksalah terus naik ke kompleks beli belah untuk membeli seluar baru.
Moralnya :
1. Jangan mengumpat (walaupun dalam bahasa yang orang tak faham!) hehehehehe.
2. Mesti peka dengan suasana yang pelik di sekeliling anda.
3. Jauhkan diri jika ada penumpang di sebelah yang tunduk sepanjang perjalanan.
4. Jika melawat China, lebih naik naik teksi! 

1 comments:

Anonymous said...

salam dan selamat berpuasa.

saya seorang muslim, pelajar tahun akhir jurusan ukur bahan di universiti teknologi malaysia, dan saya bercadang untuk ke shenzhen selepas aidilfitri nanti. oleh kerana ini merupakan kali pertama saya travelling melangkaui sempadan malaysia, adalah menjadi satu pertolongan besar buat saya sekiranya saudara penulis dapat memberikan tips persediaan awal, do's & don't dan sebagainya tentang shenzhen bagi melenyapkan ke'ugahan' saya. saya dapat dihubungi dialamat email yang berikut:

mohdsalhan@yahoo.com

terima kasih untuk perhatian yang penulis berikan.

Post a Comment