1. Pastikan anda tahu objektif mengapa sangat perlu belajar dan menguasai Bahasa Inggeris. Jelas tentang apa yang ingin dikuasai sebenarnya.
2. Jadikan belajar BI sebagai tabiat. Cuba belajar sesuatu setiap hari. Lebih baik jika anda belajar membaca, mendengar berita dalam BI atau pun dengar lagu-lagu dalam BI.
3. Paling minima anda perlu belajar BI 10 minit setiap hari atau 2 jam seminggu (Ingat, itu paling minima).
4. Jika anda belajar BI 10 minit setiap hari, BI akan 'hadir' dalam kepala anda. Jangan harap anda akan meningkat dalam BI jika hanya belajar 10 minit seminggu!
5. Carilah kawan belajar dan bercakap dalam BI. Belajar BI bersama kawan akan saling membantu dan memberi motivasi.
6. Pilih untuk membaca atau mendengar bahan-bahan BI yang ada kaitan dengan apa yang anda minati. (Contoh: Jika anda minat bolasepak, bacalah artikel BI tentang perkembangan bolasepak atau bintang bolasepak pujaan anda!)
Bersambung......
TIPS MENGUASAI BAHASA INGGERIS
Thursday, August 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment