TERIMA KASIH TEMAN-TEMAN!

Thursday, December 9, 2010
Sukar nak digambarkan perasaan hari ini. Teman-teman kaunselor menjemput ke majlis ringkas (jika boleh dinamakan majlis)yang diadakan di KK. Teman-teman kaunselor yang telah menjadi sebahagian daripada 'team'. Pasukan yang jelekit dan mesra tetapi tetap komited melaksanakan tugasan masing-masing. Itulah kekuatan insan-insan bernama kaunselor ini! Bermesyuarat membincangkan agenda penting pun tetap ceria dan penuh celoteh gurauan. Namun setiap tugasan atau program berjaya dilaksanakan dengan berkesan. Hubungan kami yang akrab menjadi sebutan di PPD lain. Itulah antara pengalaman dan kenangan manis yang tidak mungkin dapat saya perolehi lagi selepas ini. Sesungguhnya saya terasa amat dihargai.. teringat kepada satu ungkapan dalam bahan bacaan yang pernah di baca.."KE MANAPUN ANDA PERGI, SENTIASALAH CUBA UNTUK MENJADI ORANG YANG MENYAYANGI DAN DISAYANGI"
CATATAN:
1. Terima kasih Abe Wel, Kak Za, Yan, Kamaliah, Adik Ku Lina, Bi, Zam, Sakri, Shook, Abe Zahari, Nazri dan semua kaunselor SM PPDKK.
2. Kenangan terindah ialah ketika bekerja bersama-sama kalian.

1 comments:

Anonymous said...

Tapi sayangnya saya tak dpt hadir tuk memeriahkan lagi majlis itu,walauapapun dari kejauhan saya juga ingin mengucapkan tahniah,selamat maju jaya buat abe KU.KENANG DAKU DALAM DOAMU.
Dari rakan kaunselor :(Siti Mariam, Perak)

Post a Comment