Saya telah kongsikan dengan anda tentang tips menonton TV untuk anak-anak di rumah. (Sila rujuk tulisan saya 'CUTI DAN TV !!! yang lepas).
Kali ini saya akan perturunkan satu lagi tips atau cara untuk mengurangkan 'ketagihan' menonton TV di kalangan anak-anak. Lazimnya, anak-anak kita tidak mampu menahan diri untuk menonton secara berterusan. Lepas satu rancangan kegemaran yang ditonton, muncul pula rancangan lain yang menarik. Kesudahannya terdapat anak-anak yang terus leka menonton seharian. Tidak ada siapa yang melarang kerana cuti sekolah ataupun kedua-dua ibubapa memang bekerja. Cuba anda bayangkan betapa waktu belajar anak-anak terbuang begitu sahaja. Tips yang akan saya kongsikan ini mungkin pelik atau lucu bagi pembaca. Mungkin ada yang akan menganggap sukar nak melaksanakannya...
Apa-apapun tanggapan pembaca sekelian, saya akan kongsikan juga dan semoga ada ibubapa yang sanggup mencuba.
Petuanya begini :
1. Kenal pasti rumah adik beradik atau saudara dekat yang jaraknya lebih 25 KM dengan rumah ibubapa.
2. Buat perjanjian lisan (MOU) dengan saudara tersebut (Bukan untuk dijual!!).
3. Hantarkan TV anda ke rumah saudara berkenaan untuk tempoh selama 20 hingga 30 hari.
4. Jangan beli TV yang baru.
5. Terangkan dengan cara yang bijaksana kepada ahli keluarga termasuk anak-anak tentang niat suci anda untuk menghilangkan 'ketagihan' TV.
6. Anda (suami isteri) perlu tambahkan tahap kesabaran.
7. Istiqomah dan jangan 'cair ' dengan keluhan dan rayuan anak-anak.
8. Buat MOU dengan anak-anak bahawa TV akan dibawa pulang jika mereka sanggup PATUH jadual pengurusan masa belajar yang anda cadangkan. (Rujuk Tips belajar di rumah yang telah saya berikan).
9. Selepas 20 hingga 30 hari, bawalah pulang TV kesayangan anda ke rumah. (Ingat! Jangan kurang daripada 20 hari.)
10.Tegaskan peraturan menonton TV yang baru digubal oleh anda kepada semua ahli keluarga.
InsyaAllah. Anak-anak anda akan hanya menonton rancangan-rancangan TV tertentu sahaja. Mereka tidak akan 'ketagihan' terhadap TV lagi. Cubalah! Anda tak rugi mencuba petua yang tidak berbayar ini!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment