Hari terakhir di Demong Beach Resort, Besut, Terengganu.
Bermesyuarat tujuan untuk membina Modul Realiti Kerjaya untuk Kementerian Pelajaran Malaysia memang memenatkan. Otak bagaikan berasap setiap hari. Menikmati keindahan matahari terbit di ufuk timur suatu nikmat Maha Pencipta yang tidak mampu nak diucapkan dengan kata-kata. Subhanallah...
Ketenangan jiwa kebersihan hati adalah kurniaan Mu jua, ya Allah...
Ketenangan jiwa bakal mencipta kepuasan bekerja, kebahagiaan keluarga. Saya yakin anda pasti setuju dengan saya bahawa segala-galanya berpunca daripada ketenangan jiwa. Jika jiwa penuh ketenangan, segala apa yang diusahakan berjaya. Andai ada usaha tidak berjaya juga, dengan jiwa yang tenang kita tidak akan kecewa. Percayalah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment