S.B.T. (SK ZAINAB 2)

Sunday, March 14, 2010
Berada bersama dengan Puan Hajjah Aidah di Sekolah Kebangsaan Zainab 2 memberikan pengalaman yang amat bernilai buat diri saya. Sebagai Guru Besar Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), Puan Hajjah Aidah telah membuka dimensi dan kefahaman baru tentang proses 'Memanusiakan Manusia'.
Seawal menjejakkan kaki ke SK Zainab 2, Kota Bharu (14 Mac 2010), saya disambut penuh mesra oleh seorang guru. Perjalanan menuju ke dewan di warnai dengan pelbagai mural dan kata-kata bermotivasi dihias indah. Suasana sekolah tidak menampakkan bahawa murid-murid sedang bercuti pertengahan semester sekarang! Membalas sapaan assalamualaikum daripada para muridnya membuatkan saya rasa bangga dan teruja. Sapaan murid yang berbeza jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang pernah saya kunjungi. Cara menunduk sedikit dengan tangan menyentuh dada... "Wah! Ini satu kelainan", bisik hati kecil saya.
Penglibatan profesional bersama USM dan jalinan kerjasama dengan sekolah-sekolah luar negara, melangkaui batas negeri dan negara merupakan antara kejayaan yang bukan mudah untuk dicapai. Jelas sekali SK Zainab 2 menyahut seruan negara untuk memperkasakan pendidikan Malaysia bertaraf dunia!
Sempat saya bertanya, "Apakah rahsia kejayaan Puan Hajjah Aidah ini?".
Ringkas sahaja jawapannya, "Saya memilikki satu team guru yang hebat dan sedia bekerja bersama saya".
"Apa yang Puan Hajjah Aidah harapkan untuk mengekal dan menambaikkan pencapaian ini?".
Juga ringkas jawapannya," Saya dan guru-guru saya amat memerlukan 'moral support' daripada PPD dan JPN Kelantan". 
Saya teringat pepatah Cina menyebut, 'Nilai seekor ikan terletak di bahagian kepalanya. Jika sihat dan segar bahagian kepalanya, pasti akan berkualiti bahagian-bahagian lain'.
Pengiktirafan tertinggi sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi dan satu-satunya di Kelantan dan Pantai Timur selayaknya untuk sekolah ini.
Tahniah !

1 comments:

Miss AnisSensuous said...

Salam.. Saya teruja sekali membaca post encik. Untuk pengetahuan, saya merupakan salah seorang daripada bekas pelajar SK Zainab 2 dan saya amat berbangga dengan 'title' tersebut. Banyak kenangan saya di sana. Paling seronok, pengalaman menjadi penyambut tetamu dan membuat persembahan angklung & rekorder sebab dapat makeup lawa-lawa.he. Sekolah ini telah mengajar saya bagaimana untuk menjadi seorang yang berdisiplin, berbudi bahasa, dan tahu menghormati orang lain. Bak kata pepatah, "Melentur buluh biarlah dari rebungnya". Walaupun Konsep 1 Malaysia baru diperkenalkan, saya telah mempraktikkan konsep ini sejak sekoleh rendah lagi (1996-sekarang). Sebut tentang Guru Besar SK Zainab 2, saya dapat rasakan Puan Aidah masih cantik dan aktif seperti dahulu. Harap encik dapat kirimkan salam saya kepada beliau :) Terima kasih..

Post a Comment