Interaksi saya dengan pelajar SMSTMFP hanya berlangsung sekadar kurang lebih 1 jam sahaja. Isu yang saya kongsikan dengan pelajar-pelajar bijak ini ialah isu yang berkaitan dengan dunia remaja yang bergelar pelajar. Saya katakan bahawa sebagai remaja yang diiktiraf sebagai pelajar-pelajar bijak di Malaysia, mereka harus bijak dalam semua aspek. Semua orang bercakap tentang betapa perlunya bijak 'IQ'. Kita dengar juga orang bercakap tentang 'EQ' (walaupun jarang-jarang).
Apa itu 'IQ' dan 'EQ'? Bermacam-macam lah jawapan yang telah diberikan. Biarlah saya kongsikan dengan para pembaca dua 'Q' ini. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa sebilangan ahli masyarakat sering menitikberatkan pembinaan 'IQ'. Tanpa disedari mereka seolah-olah telah mengabaikan kepentingan pembinaan 'EQ'.
'IQ' atau 'intelligent qoutient' merupakan kecerdasan intelek atau kepintaran akal. Apa yang berlaku sekarang ialah kita telah berjaya membina ramai pelajar-pelajar pintar dan bijak sesuai dengan perkembangan pendidikan yang begitu pesat. Pada masa yang sama ramai pelajar bijak ini tidak memiliki 'EQ' atau 'emotion qoutient'!. Akibatnya kita menerima berita dan peristiwa tentang pelajar remaja yang bijak melakukan salah laku disiplin dan salah laku jenayah.
Berita tentang mahasiswa menara gading bersalin dalam tandas, melakukan kesalahan jenayah, melakukan penipuan skala besar seperti menyamar, menyamun, seolah-oleh sudah menjadi biasa dewasa ini. Ini suatu situasi yang membimbangkan. KIta melahirkan remaja pelajar yang bijak otaknya tetapi miskin keseimbangan emosinya. Mereka sudah tidak dapat membezakan yang mana perkara buruk atau baik!
Di Faris, saya menyeru pelajar-pelajarnya menjadi pelajar yang bijak otaknya dan hebat emosinya. Mempunyai kekuatan mental, fizikal dan mampu mengawal emosi supaya mampu berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara.
Pada saya, tidak ada gunanya kita memiliki 'pewaris' negara yang bijak-bijak semuanya tetapi tidak mampu mengawal emosi. Impaknya sangat menggerunkan. Boleh anda bayangkan?
'REMAJA BIJAK, BERFIKIR PUN BIJAK', EMOSI PUN BIJAK!'
Sunday, May 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment