Teruja juga saya melihat komen pembaca yang ringkas saja, "tak best". Terima kasih kerana itu bukti jelas bahawa blog 'kecil' saya ini diikuti dan dipantau setiap hari. Alhamdulillah.
Jika pembaca ini sudi berkongsi apa yang 'tak best' itu... tentu lebih sempurna interaksi kita di laman blog ini. Mungkin pembaca baru ini boleh mengirim cadangan dan komen melalui email. Saya akan sangat menghargainya.
Sukar juga nak mencari 'yang best' dan yang 'tak best' untuk memenuhi citarasa semua orang. Walau bagaimanapun, saya akan berusaha sedaya upaya memaparkan isu-isu atau topik yang dikira penting dan bermanfaat untuk dikongsikan. Apa-apa pun, terima kasih sekali lagi kepada pembaca dan pemantau yang sudi mengunjungi laman blog ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment