Pagi tadi (Khamis) terjaga dari tidur bila terdengar bunyi bising. Rupa-rupanya Muhammad Aiman (8) dan Nur Husna (10) lebih dahulu bangun daripada saya. Sejak petang semalam lagi asyik merayu kepada supaya saya kejutkan mereka untuk pada pukul 2 pagi. Saya risau juga kerana Muhammad Aiman pernah demam kerana berjaga tengok bola! Malam tadi dah berniat tak mahu kejutkan mereka... Nampaknya tak berhasil dek kerana 'demam bolasepak' yang melanda mampu membangunkan kanak-kanak ini! Sayangnya pasukan pilihan saya Jerman tewas 1-0 kepada Sepanyol....
Semasa di Maahad Tahfiz Sabtu lalu saya ditanya oleh pelajar. Mengapa kebanyakan mereka masih lagi belum merasai 'kehangatan' atau 'demam peperiksaan' sedangkan SPM semakin hampir.
Jawaban saya :
Untuk mewujudkan suasana atau 'demam peperiksaan' ini, beberapa perkara perlu dilakukan :-
1. Sentiasa ingatkan diri sendiri tentang peperiksaan yang hampir tiba. Contoh: Buatkan 'countdown' sendiri dengan menanda bilangan hari peperiksaan di kalendar atau buku catatan harian.
2. Sentiasa ingatkan kawan-kawan tentang peperiksaan. Contoh: Kurangkan bercakap tentang topik selain daripada topik peperiksaan.
3. Jika tinggal di asrama, selalu menelefon ibubapa dan minta mereka berdoa dan solat hajat untuk persediaan peperiksaan.
4. Tampalkan target peperiksaan sendiri di beberapa sudut atau tempat yang mesti kita lihat setiap hari. Contoh: Di rak buku, pintu bilik utama, meja belajar dan jika perlu di pintu tandas!
Analogi : Jika kita minat sungguh motosikal 'Harley Davidson' yang tersohor itu.. walaupun belum mampu dibeli sekarang, kita tetap cari gambarnya dan kita tampalkan di dinding bilik tidur kita. Mengapa? Kerana itulah motosikal impian kita yang kita inginkan suatu hari nanti. Jadi, mengapa tidak kita ingin dan rindukan SPM lebih daripada itu? Bukankah SPM itu 'Sijil Penentu Masadepan'???
DEMAM BOLA VS DEMAM PEPERIKSAAN
Wednesday, July 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment