1. "Di rantau orang ini baru saya sedar dan tahu mana satu kawan yang benar-benar mengingati saya..."
2. "Siapalah yang ingatkan kita lagi di sini...Mengapa tidak tulis dalam blog tentang bagaimana nak hadapi cabaran hidup di perantauan?"
Dua ayat daripada dua sms yang datangnya dari dua orang teman baik di atas benar-benar membuat saya terharu.... barangkali beginilah perasaannya jika saya sendiri turut merantau di tempat orang! Seorang di Pahang dan seorang lagi di Pulau Mutiara. Kedua-duanya meninggalkan keluarga masing-masing demi menyahut seruan kerjaya. Itu yang membuat mereka sangat istimewa dalam pandangan saya. Hati saya terasa begitu kecil bila teringat yang saya pernah menolak panggilan sebagai pensyarah sebuah IPTA di ibu negeri Selangor tahun lepas. Penolakan itu hanya kerana saya rasa tidak sanggup untuk keluar dari 'ZON SELESA' yang ada sekarang!
Sangat berbeza sekali dengan dua rakan saya ini. Mereka sanggup keluar dari 'ZON SELESA' dan keluarga masing-masing demi peningkatan kerjaya dan kualiti hidup. Mungkin saya sedikit cemburu agaknya... cemburu melihat keberanian dan kecekalan kedua-dua rakan saya ini.
Catatan: Seperti tulisan saya pada bulan Jun lepas, yakin dan percayalah HIJRAH anda akan membawa sejuta rahmat dan kebaikan yang Allah sediakan.
LA TAHZAN! YA ZANA, YA ANN.....
Wednesday, July 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment