Seronok juga berinteraksi dengan ibubapa di sekolah-sekolah pedalaman. Penghormatan dan layanan mesra yang mereka berikan sering membuat saya 'hilang penat' walaupun perjalanannya jauh. Memulakan cara jam 2.30 petang memang meletihkan. Apalagi bercakap di hadapan ibubapa yang sememangnya keletihan setelah menoreh getah atau ke kebun disebelah paginya. Inilah cabaran sebenarnya. Mencari idea dan 'gimik' dalam pengucapan untuk tetap menyegarkan audien yang letih memang mencabar!
Letih benar rasanya setiba di rumah hampir senja.... Berehat sekejap sambil menikmati ISI DURIAN KUNYIT pemberian pihak sekolah. Fuhhhh! Tak terkata... hati mendesis, " PATUT LAH HARGANYA RM10-RM12 SEKILO!". Alhamdulillah, bersyukur dengan rezekiMu, ya Allah.
Semoga "DURIAN KUNYIT" yang dicari dan diusahakan oleh sekolah ini akan berhasil jua... InsyaAllah.
Catatan : "DURIAN KUNYIT = 5A (UPSR) - SUKAR DI PEROLEHI KERANA KUALITINYA TERBAIK! :-))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment