Sudah agak lama juga jadual ceramah saya tidak padat seperti hari Khamis lepas. Seawal pagi bertemu dengan pelajar tingkatan lima di SMK Cherang Ruku. Sebelah petangnya berbicara pula dengan pelajar tingkatan lima di SM Teknik Kuala Krai. Program yang menghimpunkan pelajar SM Teknik dan SMUA Darul Salam. Tiga kelompok pelajar yang berbeza sangat dari aspek kognitif dan sahsiahnya. Menarik juga kerana saya dapat melihat berbeza respon dan gelagat mereka. Ada yang agak 'nakal' mulutnya kerana asyik menyampuk percakapan saya. Sekali lagi pengalaman memberi kelebihan kepada saya agar tidak melatah dengan respon-respon begitu. Terfikir juga beginilah tentunya rakan-rakan guru di sekolah melayan kerenah anak-anak didik. Saat ini timbul rasa simpati kepada rakan-rakan guru. Mengapalah anak-anak ini tidak mahu faham peperiksaan adalah PERJUANGAN hidup mereka sendiri!?? Mengapa harus guru-guru yang alami stres kerana fikirkan anak murid yang masih tidak ghairah. Masih belum ghairah untuk menghadapi peperiksaan! Sedangkan guru-guru mereka sudah mula demam, DEMAM PEPERIKSAAN! Pelik sungguh, yang nak mendudukki peperiksaan tak demam pun, tetapi guru-guru pula yang demam!
Catatan : Wahai calon-calon peperiksaan PMR, SPM & STPM, bangkitlah dari tidur mu. Sudah lama kamu tertidur... sudah sampai waktu kamu bangun dan berjuanglah demi masa depan!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment