Akhir-akhir ini saya menerima jemputan untuk memberikan ceramah tentang persediaan menghadapi peperiksaan. (Minggu ini sahaja saya ke SK Sungai Sok, SK Slow Temiang, SJK(T) Ladang Pasir Gajah, SMK Zainab, SK Kampong Tengah, dan calon-calon PMR PPD Kuala Krai di SMK Manek Urai). Semuanya bertemakan persiapan dan persediaan akhir menghadapi peperiksaan! Sekolah-sekolah menengah dan rendah rancak merancang aktiviti dan program mereka. Semuanya memilih hari dan tarikh sebelum tibanya bulan Ramadhan. Masalahnya, apabila semuanya minta tarikh yang sama sebelum Ramadhan maka tidak semua harapan dan jemputan dapat saya penuhi.
Saya lihat kecenderungan sekolah-sekolah untuk mengadakan program atau motivasi 'PECUTAN AKHIR' begitu ketara. Sempat juga saya berbincang dengan rakan-rakan guru di sekolah yang saya temui. Terdapat beberapa sebab utama yang menyebabkan pihak sekolah rasa amat perlu mengadakan program seumpama itu.
1. Ramai pelajar masih belum kelihatan belajar secara 'all out' lagi walaupun telah berada di bulan Julai.
2. Realitinya pelajar-pelajar masih perlu di dorong dan 'dipaksa' oleh guru sedangkan mereka yang sepatutnya lebih bersungguh-sungguh daripada guru.
3. Ramai pelajar masih belum dapat menentukan dengan jelas hala tuju selepas peperiksaan.
4. Masih ramai pelajar yang tidak belum 'bangkit' dari tidur!
Catatan : Dan saya akan tetap menyumbangkan sedikit ilmu dan kepakaran dalam bidang ini dengan penuh keikhlasan. Semoga Allah tetap memberikan pertolongan dan bantuan kepada anak-anak saya juga... amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment