Gembira sungguh saya dan tiga orang rakan lain bila Cikgu Wan Suhaimi beritahu yang kami terpilih. Berjaya menjadi peserta lawatan anjuran Pasukan Kadet Polis Kontinjen Kelantan 'round 1 Malaysia' bukan calang-calang peluang tuuu! Megat, Norsyam dan Abdul Aziz dan saya mewakili Pasukan Kadet Polis Kuala Krai. Menyertai pasukan-pasukan kadet dari sekolah-sekolah jauh lebih premier dari dari daerah lain terutamanya Kota Bharu memang mendebarkan hati kami. Inilah peluang untuk saya dan rakan-rakan berkenalan dengan pelajar-pelajar sekolah tersohor seperti Maktab Sultan Ismail (SIC), Sekolah Menengah Ismail Petra (SMIP), Sekolah Menengah Kota Bharu (SMKB) dan satu-satunya Pasukan Kadet Polis perempuan di Kelantan iaitu Sekolah Menengah Zainab (ZS)!
Teruja dan seronok sangat bila jumpa dan dapat bersama dengan pelajar-pelajar Kota Bharu... al maklumlah kami dari Kuala Krai (Ulu Kelantan!). Itulah hakikatnya dengan jiwa yang penuh 'infiority complex'.. berasa kecil dengan diri tanpa mengenali kelebihan diri sendiri!
Lawatan ke seluruh negara itu dengan dua bas PDRM memberi peluang kepada kami melawat tempat-tempat yang sangat menarik dan tidak boleh dilawati oleh orang awam. Di antaranya ialah Pusat maklumat berkomputer Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Berbangga kerana menjadi kelompok pelajar pertama yang diberi kebenaran berada di puncak menara Daya Bumi yang menjadi mercu tanda Kuala Lumpur ketika itu. (KLCC masih belum ada dalam fikiran Dr. M). Program lawatan hampir seminggu itu terlalu banyak memberikan pengalaman berharga kepada saya.
NOSTALGIA : Tersenyum sendiri bila terkenangkan empat orang kadet perempuan ZS asyik bersama dengan kami dalam semua aktiviti sepanjang program. Paling marah dan 'tercabar' ialah kadet-kadet lelaki dari SIC dan SMIP yang cemburu kerana kami dari Ulu Kelantan berjaya 'menawan hati' 4 orang kadet perempuan ZS! Kami pun tak tahu apa sebabnya.... mungkin ketika itu kami lebih 'handsome' kut! Waaaaaa. (FLASHBACK 27 TAHUN YANG LALU...)
CATATAN: 28 JULAI 2010 (RABU)... SAYA KEMBALI BERTEMU GADIS-GADIS 'ZAINAB SCHOOL' YANG MASIH TETAP MENGEKALKAN KEHEBATAN DAN KEPINTARAN MEREKA. SAYA HADIR KE ZAINAB SCHOOL KALI INI BUKAN SEBAGAI MURID LAGI. SAYA HADIR UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH BERTAJUK PENGURUSAN TEKANAN (STRESS MANAGEMENT) KEPADA GADIS-GADISNYA!
MORAL OF THE STORY : Setiap daripada kita ada kelebihan dan kehebatan tersendiri. Merasa kecil bukanlah jalan terbaik untuk meneroka kelebihan diri malah membuka kelemahan diri. Justeru, terokailah kelebihan dan kehebatan diri sendiri. Jika berjaya di temui, yakinlah di situ akan hadir KEYAKINAN DIRI!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment