Pada hari Khamis lepas (22 Julai 2010) saya ke sebuah resort terkenal di Semerak, Pasir Puteh. Menerima undangan SMS Tengku Muhammad Faris Petra(SMSTMFP) untuk bercakap kepada para pelajar tingkatan lima. Nampaknya lambat lagi ler untuk berpencen!
Sebelumnya saya difahamkan oleh kaunselor sekolah bahawa pelajar SMSTMFP memerlukan suatu motivasi bertemakan 'PECUTAN AKHIR' untuk menghadapi peperiksaan SPM. Maka saya bersetuju juga untuk menyelitkan juga input persediaan-persediaan menghadapi peperiksaan.
Rata-rata saya dapati isu yang melanda di kebanyakan sekolah yang menjemput saya adalah hampir serupa.
Isunya ialah pelajar tingkatan lima sekarang ini masih belum menampakkan kesungguhan belajar! Masih belum menumpukan perhatian kepada belajar sehingga 'CAWAT KOTE' (Istilah original loghat Kelantan).
Dalam kata lain para pelajar kita masih belum habis-habisan berusaha sebagai persiapan menghadapi SPM.
Setibanya di resort berkenaan, rupa-rupanya program itu turut disertai juga oleh pelajar tingkatan lima daripada Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Pulau Pinang. Merekan akan bermalam dan berbengkel bersama sepanjang dua hari. Tujuannya supaya mereka boleh berkongsi teknik belajar dan bertukar-tukar pengalaman belajar.
Pada saya ini satu kolaborasi yang sangat baik. Menghimpunkan calon-calon SPM yang hebat dari dua buah sekolah berasrama penuh dalam satu program pastinya bakal menghasilkan sesuatu yang hebat nantinya.
Sayang sedikit dewan resort tersebut mengalami kerosakan alat hawa dingin. Hawa panas yang dialami oleh saya dan hampir 200 lebih pelajar menyebabkan kami bermandi peluh dalam dewan berhawa dingin!
Namun inilah kelebihannya bila berhadapan dengan pelajar pintar Malaysia (saya pernah tulis tentang ini dalam tulisan yang lepas). Dalam keadaan yang tidak kondusif, pelajar kedua-dua sekolah berasrama penuh ini tetap menumpukan perhatian yang sangat konsisten kepada saya. Sebenarnya komitmen merekalah yang memberi kekuatan kepada saya. Alhamdulillah.
Catatan :
1. Pelajar-pelajar pintar ini telah mula MEMECUT kudrat mereka demi peperiksaan SPM.
2. Pelajar-pelajar pintar ini adalah remaja yang mempunyai pelbagai impian dan hajat dalam kehidupan mereka sendiri.
3. Pelajar-pelajar ini, walaupun pintar IQnya, mereka tetap memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar yang konsisten untuk keseimbangan EQ mereka.
Petikan pujangga :
"SEORANG MURID YANG BAIK AKAN SENTIASA MENGANGGAP GURUNYA SEORANG YANG HEBAT. MANAKALA SEORANG GURU YANG BAIK SENTIASA MENGHARAPKAN MURID-MURIDNYA MENJADI LEBIH HEBAT DARIPADA DIRINYA"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment