Saya mewakili Boss ke SKBJ sewaktu keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di umumkan di PPDKK. Beberapa orang rakan menghantar sms minta saya tolong semak keputusan UPSR anak masing-masing. Sedangkan saya sendiri tidak dapat melihat keputusan UPSR anak saya sendiri!
SKBJ mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik melibatkan semua murid dan ibubapa. Bagaikan mesyuarat agung PIBG, SKBJ dipenuhi dengan ibubapa. Memang menarik kerana majlis tersebut diadakan serentak dengan hari pengumuman keputusan UPSR. Guru Besar SKBJ terus mengumumkan kejayaan 3 murid mereka berjaya memperolehi 5A. Kelulusan subjek Sains 100%! Ini satu pencapaian yang memberangsangkan kerana majoriti murid di SKBJ terdiri daripada anak petani dan buruh.
Saat itu teringat sungguh saya kepada anak ke 3 yang sepatutnya turut mengambil keputusan UPSR di sekolahnya. Lucu juga bila fikirkan yang dia bersama guru-guru tahun enam bersama rakan-rakan bertolak ke Kuala Lumpur dan Melaka malam tadi! Khabarnya rombongan lawatan sekolah itu tidak dapat dielakkan kerana segala persiapan dan tempahan bas dan penginapan tidak boleh dibatalkan.
Akhirnya ketika majlis SKBJ di penghujung, saya terima sms dari Boss, "TAHNIAH, KERANA ANAK DAPAT 5A!"..... Alhamdulillah, 'COUNTDOWN UPSR' saya terungkai dengan sms itu!
CATATAN:
1. Saya masih tetap YAKIN DAN PERCAYA bahawa jika saya buat yang terbaik untuk anak orang lain, insyaAllah, anak-anak saya juga akan mendapat yang terbaik daripadaNYA.
2. TAHNIAH ACHIK, kerana kamu berjaya mengekalkan rekod 5A yang dibina oleh Kakak dan Angah sebelum ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment