Pagi ini saya keluar seawal 6.55 pagi. Tujuannya untuk ke sekolah pendalaman dan singgah ke sebuah kedai nasi pagi di Pahi. Saya pernah makan di sana sekali. Rasa sesuai dengan selera walaupun kedai itu menyediakan nasi berlauk biasa sahaja. Seperti kali pertama saya ke sana meriah sungguh dengan pelanggan. Kedai yang berhampiran dengan sebuah kilang sawit terbesar di KK ini majoriti pelanggan tetapnya adalah pekerja ladang sawit. Seronok juga makan bersama kelompok ini. Mereka makan sambil bercerita dengan lantang sehingga jelas kedengaran pelanggan lain. Pelbagai topik menjadi pilihan.Paling popular ialah topik tentang famili dan kerja mereka seharian. Ada yang mengeluh tentang cuaca, tentang silap faham dengan mandur di tempat kerja dan sebagainya. Biar apapun perbezaan mereka dengan cerita mereka, saya dapat pasti tentang satu persamaan. Mereka sama sahaja dari aspek tabiatnya... TABIAT MEROKOK!
Makan sambil menahan nafas dek kerana kepulan asap rokok pelanggan di sebelah memang menyiksakan!
Memandu ke pejabat dalam cuaca yang lembap sambil merungut dalam hati. "Alamak, kuatnya bau asap rokok!". Memang benar, bau asap rokok menggantikan 'perfume' melekat keras di baju. Selepas pembentangan bajet oleh PM, saya gembira kerana cukai rokok dinaikkan. Seorang kawan beritahu harga sekotak rokok mencecah RM10! Gembira kerana ia mungkin akan jadi perangsang untuk perokok-perokok mula berhenti merokok. Sayangnya senario di kedai makan pagi ini dan di tempat kerja yang tidak putus dengan asap menjelaskan segala-galanya.
CATATAN:
1. Teringat tentang faktwa Majlis Fatwa Kebangsaan Tahun 2003, mengatakan bahawa MEROKOK ADALAH HARAM.
2. Tersenyum teringat kisah benar di Bachok dan Pasir Puteh (kawasan utama penanaman tembakau). Penanam tembakau tidak perlu membina pagar di ladang tembakau. Mengapa? Kerana lembu dan kambing di sana TIDAK PERNAH SUKA MAKAN DAUN TEMBAKAU YANG BERACUN!
GOATS & COWS VS THE TOBBACO!
Saturday, November 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment