Kemeriahan dan kegembiraan ibubapa dan para pelajar MRSM jelas kelihatan di wajah masing-masing. Saya telah biasa hadir ke Majlis Graduasi MRSM sebagai tetamu jemputan. Namun kehadiran hari ini amat berbeza sekali berbanding sebelumnya. Saya hadir sebagai bapa yang teruja ingin melihat dan meraikan anak sulungnya bergraduasi. Mungkin pencapaiannya setakat ini tidak se GAH nama MRSM tetapi saya perlu hadir demi meraikan seorang anak. Upacara yang gilang gemilang bagaikan majlis graduasi universiti. Para lulusan tingkatan 3 dan 5 berjubah biru. Pelajar perempuan pula bertudung 'Arianni' berwarna putih(khabarnya itu PERINTAH WAJIB oleh para guru!). Hebat sungguh sekolah ini... Risau juga pencapaiannya nanti tidak sehebat acaranya. Sepatutnya saya tidak perlu risau kerana bukankah pelajar MRSM semuanya lulusan 5A UPSR dan 8A PMR! Manakala nilai tambahnya ialah para guru yang hebat-hebat!
CATATAN:
1. Terima kasih MRSM KK mendidik anak saya selama 2 tahun.
2. Sejambak mawar putih sebagai cenderahati graduasi khas untuk anakanda. Tandanya biar apapun keputusannya nanti... Ayah tahu, kamu telah dan masih cuba buat yang terbaik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment