Lazimnya setiap hari raya semua orang yang bertemu dan berkunjung akan saling bermaaf maafan. Tangan di hulur sambil mulut menyebut "Maaf zahir batin", "maafkan saya", "mohon ampun dan maaf", "halalkan segala makan minum".... dan pelbagai lagi. Saya nak berkongsi tentang kategori orang yang bermaafan ini.
Kategori :
1- Orang yang sentiasa memohon maaf setiap kali berjumpa (walaupun pertama kali berjumpa).
2- Orang yang hanya akan bermaafan apabila tiba hari raya.
3- Orang yang mengelak untuk bertemu dan bermaafan.
4- Orang yang sentiasa memaafkan orang tanpa menunggu hari raya.
5- Orang yang tidak pernah memaafkan orang (walaupun dipinta maafnya).
6- Orang nak sangat orang lain mohon maaf daripadanya (sedangkan dia TIDAK PERNAH mohon maaf daripada orang lain!)
Saya tak pasti mungkin terdapat beberapa kategori lain tentang manusia dan maaf ini. Saya sering berjumpa dengan manusia dalam kategori-kategori di atas. Tentunya pembaca dapat kenalpasti kategori yang positif dan negatif. Saya tertarik untuk berbincang tentang manusia dalam kategori no. 6.
Manusia jenis ini mungkin memiliki ego dan rasa angkuh yang sangat tinggi! Mungkin kerana faktor usia yang lebih tua... atau apa sahaja yang hanya Allah SWT Maha Mengetahui! Apa tidaknya, setiap kali orang bersalam dan memohon maaf daripadanya, tidak terkeluar perkataan MAAF dari mulutnya! Saya tidak pasti masalah sebenarnya manusia ini. Mungkin dia tidak sedar bahawa konsep bermaafan adalah bermaksud SALING MEMOHON DAN MEMBERI KEMAAFAN.
CATATAN :
1. Hikmah supaya setiap umat Islam sentiasa beristighfar setiap waktu adalah supaya suburnya sifat rendah diri dan memohon keampunan Allah SWT.
2. Sempurnakah kita manusia, sehingga tidak sanggup untuk memohon maaf daripada orang lain?
3. Mengapa seorang ayah tidak sanggup mohon maaf daripada anak-anak?, Mengapa seorang abang tidak sanggup mohon maaf daripada adik-adiknya?, Mengapa seorang tua tidak sanggup mohon maaf daripada yang lebih muda?, Mengapa seorang suami tidak sanggup mohon maaf daripada isterinya?
Sebabnya kerana mereka lupa bahawa mereka juga manusia biasa yang tidak sempurna dan tidak suci daripada melakukan kesalahan!
MOHON MAAF : BEBERAPA KATEGORI MANUSIA...
Thursday, November 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment