Saya ucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua para pembaca dan pemantau blog ini. Mohon kemaafan dan keampunan seandainya terdapat kesilapan di pihak saya. Samada yang saya kenal rupa ataupun sekadar kenal di alam siber ini. Tidak terkecuali kerana tulisan juga mampu mengguris perasaan, mencalar emosi....
Aidil Adha kali ini amat sederhana sekali bagi saya dan famili. Kebiasaan dam amalan bertahun-tahun mengunjungi mentua tidak dapat dilakukan kerana mereka berada Tanah Suci. Anak-anak cukup terasa lantaran rutin wajib setiap pagi raya ialah mencium tangan datuk dan nenek mereka. Mengunjungi rumah kosong penuh berdebu di KL (jangan silap faham ye... Kampung Laut, Tumpat!)... menyebabkan saya anak-anak mengeluh panjang. Apa tidaknya terpaksa berpeluh dahulu membersihkan rumah sebelum duduk berehat. Memang benar kata orang, sebuah rumah yang tidak dihuni bagaikan 'mati' dan tidak bermaya!
Kedua-dua mentua cuma ke Mekah untuk mengerjakan haji.. jika mereka pergi untuk selama-lamanya? Tak dapat saya bayangkan keadaan rumah ini. Dan saya memang sudah mangli dengan keadaan ini, menyambut hari raya dengan ingatan yang pilu... rindukan kasih seorang ibu....
CATATAN:
1. Bertuah sungguh bagi masih punya ibubapa.
2. Bertuah sungguh bagi mereka yang sanggup membela ibubapa.
3. Bertuah sungguh bagi mereka yang masih ada waktu untuk berbakti kepada ibubapa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment