Bermula hari Rabu lepas, hampir semua topik perbincangan para guru dan ibubapa adalah mengenai UPSR. Keputusan UPSR yang diumumkan ke seluruh negara sedikit sebanyak menimbulkan emosi yang berbagai-bagai di kalangan para guru dan ibubapa. Ada ibubapa yang bagaikan tidak dapat menerima keputusan UPSR anak mereka. Tidak puas hati kerana si anak hanya mendapat 4A 1B. Malah ada yang tidak puashati dan menyalahkan sikap tegas para pengawas peperiksaan!
Guru-guru yang menangis kerana anak didik mereka tidak mampu mencapai apa yang mereka harapkan. Semuanya menggambarkan betap seriusnya ibubapa dan guru-guru tentang UPSR.
CATATAN:
1. UPSR bukan penentu masa depan anak-anak, itu yang pasti.
2. UPSR ialah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (Namanya pun ujian pencapaian....)
3.Ibubapa sentiasa mengharapkan semua 'A' tetapi terlalu beremosi kerana anak tidak berjaya mendapat 5A, itu keterlaluan...
4. TAHNIAH, SK KG TENGAH kerana seramai 19 murid berjaya memperolehi 5A.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment