November datang lagi bersama hujan. Di mana-mana sahaja hujan. Ada tempat hujannya sedikit, yang sederhana dan ada tempat yang hujannya terlebih pula. Minggu lepas dan minggu ini hujan terlebih pula di Kedah dan Perlis hingga menyebabkan banjir yang teruk. Ada orang suka hujan terlebih kerana suka bermain air. Ada yang trauma jika hujan terlebih kerana sering menjadi mangsa banjir yang terpaksa tinggal di pusat pemindahan. Hanya yang pernah menjadi mangsa banjir tahu pengalaman tinggal di pusat pemindahan. Makan, tidur dan mengurus keluarga di dalam dewan sekolah atau dewan orang ramai memang cukup siksa. Sebab itu orang yang pernah jadi mangsa banjir cukup trauma dengan hujan yang terlebih!
Apa-apapun suka saya mengingatkan diri saya supaya sentiasa bersyukur kepada NYA. Bencana banjir sebegini pun memeritkan kita. Apalagi saudara kita di Indonesia yang berhujankan debu panas gunung berapi! Alhamdulillah, syukur dengan segala nikmatMu, Ya Allah.
CATATAN:
1. Biasa dengar insan-insan yang ketika cuaca panas merungut, ketika hujan pun merungut... lupakah dia kepada siapa rungutan itu ditujukan?
2. Wahai hati, ingatlah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan kebaikannya.
3. Semalam, seorang rakan yang lama menyepi menelefon saya. Rupanya ingin meminjam telinga dan hati saya untuk 'mendengar' hujan dan tangisan hatinya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment