Semalam saya berjumpa dengan seorang yang pernah menjadi klien dalam sesi kaunseling. Masih segar dalam ingatan saya tentang kes klien ini. Beliau menemui saya untuk berbincang tentang anak lelakinya yang baru berusia 15 tahun. Anaknya bersikap panas baran dan suka memberontak kerana menentang perkahwinan si ibu. Kes klien ini telah saya tulis dalam blog beberapa bulan lepas.
Saya bertanya khabar anaknya. "Emmm, tak tahulah cikgu.. lepas saya bawa jumpa cikgu dulu, dia mengamuk sakan di rumah. Dia marah kerana saya bercerita kesnya kepada cikgu. Teruk saya dimarahnya. Sebulan lepas tu, dia berubah menjadi tenang dan baik. Saya suka sangat. Tetapi sekarang sikap panas barannya timbul balik!", terang ibu ini dengan panjang lebar. Saya katakan bahawa saya sanggup berjumpa semula dengan anaknya.
Saya percaya semua orang yang terlibat dalam kerjaya 'penolong' ini akan bertemu dengan situasi yang sama. Kadang-kadang ekspektasi manusia terlalu tinggi. Mereka lupa bukan mudah ingin merubah sikap dan pegangan manusia. Seandainya mereka faham tentang psikologi remaja, faham tentang konsep perubahan manusia... tentu saja mereka akan faham tentang limitasi kemampuan insan-insan yang bergelar 'kaunselor'. Remaja dan kanak-kanak memang terkenal dengan sikap 'yoyo'nya. Mereka boleh berubah pada bila-bila masa sahaja. Sekejap mereka ok, dan sekejap mereka ko! Remaja yang sentiasa o.k. sepenuhnya jarang ditemui. Jika ada, tentu mereka ditunjangi oleh sokongan ibubapa yang berkualiti dan komited.
CATATAN :
1. Seorang kaunselor BUKAN HARRY POTTER yang mempunyai TONGKAT SAKTI yang mampu merubah seseorang dalam sekelip mata.
2. 'MEMANUSIAKAN MANUSIA' adalah suatu proses panjang dan memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.
3. Lihat betapa sedihnya Nabi S.A.W. kerana tidak berjaya mengIslamkan Abu Talib, bapa saudara tercinta!
4. Siapalah kita mahu mengubah manusia KECUALI dengan HIDAYAH ALLAH jua....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment