"Saya tak ada tempat lain nak ngadu, cikgu.. Saya pun tak tahu sebab apa benda macam ni berlaku kepada saya. Saya nak sungguh ko dia. Bila kena tangkap macam ni, saya rasa malu sangat. Saya takut sungguh. Saya dah rayu dah ke Pejabat Agama supaya perkara ni tak di maklum kepada mak dan ayah saya!"
Petikan kata-kata pelajar tingkatan enam atas itu menjadi intro EPISOD CINTA 1. Sebenarnya pelajar ini ialah seorang gadis kampung yang tinggal di asrama. Cita-citanya tinggi untuk melanjutkan pelajarannya hingga ke menara gading. Kebaikan seorang lelaki yang bekerja sebagai buruh pembinaan bangunan sekolah menyebabkan hati pelajar ini cair. Saya tidak berniat untuk bercerita panjang tentang percintaan pelajar ini dengan buruh binaan ini.
Kesudahan cerita cinta ini yang akan saya kongsikan dengan para pembaca. Ketika sedang hanyut di buai asmara, akhirnya pelajar ini ditangkap basah oleh Penguat Kuasa Agama. Maka menangis tak berlagulah si gadis ini. Mengambil kira rayuan di buat, pelajar ini akhirnya bertukar ke daerah lain. Buruh binaan itu dikenakan denda. Beliau membayar denda berkenaan dengan dibantu oleh isterinya yang beranak empat...
Persoalannya di sini, benarkah ini yang dinamakan cinta? Adakah gadis ini benar-benar cinta kepada sang lelaki itu atas nama cinta? Dan adakah sang lelaki beranak empat itu benar-benar mencintai si gadis atau hanya kerana nafsu semata-mata?
Catatan:
1. Pelajar ini berjaya ke universiti akhirnya. Tetapi setahun kemudian saya mendapat kabar dia gagal dalam peperiksaan ekoran 'sibuk' bercinta dengan salah seorang pengawal keselamatan di universiti berkenaan!
2. Wahai anak-anak gadis ku... perlukah ayah mengulas satu persatu kisah ini? Rasanya tidak perlu kerana ayah tahu kamu milikki ilmu dan iman untuk memikirkannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment