PERGINYA SEORANG SAHABAT....

Saturday, October 29, 2011
>"I warded kat hosptal putrajaya. ada jangkitan kuman pd saluran paru-paru. wad 4b" (25 Oktober 20110). "Alhamdulillah. Ct scan semlm tdk menunjukkan apa2 kelainan. so takdelah mild stroke tu." (26 Oktober 2011). SMS jawapan saya, " Alhamdulillah. Semoga U akan sihat walafiat dan cergas seperti dulu. Amin ya Rabbal alamin". (26 Oktober 2011) Petang ini ketika memandu pulang, saya mengucap panjang berkali-kali. Sesak dan perit dada saya mendengar suara tangisan Puan Halawiyah (BPSK), "Jun dah tak ada.. dia dah meninggal! sekejap tadi!". Terhenti seketika di tepi jalan bagaikan tidak percaya dengan apa yang saya dengar. Namun itulah kenyataan. Jun, kawan baik saya sejak 12 tahun dulu telah lebih dahulu dijemput Allah SWT...Teman berkongsi cerita suka dan duka. Nasib saya dan arwah hampir serupa. Menjadi anak yatim sejak usia kecil. Bangkit dan membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. Terlalu banyak yang dilalui demi mengharungi kehidupan. Perjuangannya bermula sebagai seorang guru sekolah rendah. Kemudiannya menyambung ke peringkat diploma dan ijazah. Dia tidak berhenti di situ sahaja malah terus berjaya menyelesaikan pengajian peringkat Sarjana. Sebentar tadi Prof Zuria (UKM) beritahu saya yang arwah baru sahaja berbincang untuk menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah.... Sayangnya dia pergi terlalu awal.. Dengan jelas saya dapat dengar suara sebak Prof Zuria...Banyak sungguh kenangan dan peristiwa yang saya lalui bersama arwah. Dia seorang sahabat dan motivator yang sukar untuk dicari ganti. Seorang yang periang dan mudah mesra dengan kawan-kawan. Sifatnya yang suka membantu kawan-kawan tentunya akan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Hari ini Jun pergi dengan membawa segala cerita dan kisah hidupnya yang penuh dengan liku-liku... Semoga Allah SWT menempatkan rohnya bersama roh orang-orang beriman dan beramal soleh.. Amin ya Rabbal alamin. CATATAN: -Tak dapat saya bayangkan bagaimana anak kecil almarhumah, Iman(6 tahun) menerima kenyataan yang mamanya telah tiada... - Al fatihah untuk almarhumah Puan Junaidah binti Hj Apandi..

KEMAHIRAN MENDENGAR

Friday, October 28, 2011
Saya amat kagum dengan dia. Benar-benar kagum. Seorang anak muda yang berpendirian dan tabah hatinya. Saya tahu bila dia yang baru sahaja saya kenali sanggup mengajak saya bertemu.. saya tahu dia serius. Sebagai anak muda yang celik ICT, kemahuannya mencari info saya melalui internet membuat saya terharu. Hati saya berkata saya mesti berjumpa dengan anak muda ini. Kami bersarapan di warung nasi berlauk di pinggir Bandar KK. Benar, wajah tidak akan berbohong tentang sesuatu. Dia masih sangat muda tetapi wajahnya cukup menggambarkan apa yang terpaksa dialami. Hampir dua jam saya mendengar dan mendengar dia... Sungguh berat ujian dan dugaan yang dihadapi. "Saya tak pernah ceritakan kisah dan masalah yang saya alami ini kepada orang lain", katanya. Saya katakan bahawa saya sangat menghargai kepercayaan yang telah diberikan. Calang-calang remaja yang mampu menghadapi semua ujian dan dugaan perit seperti dia. Silap-silap haribulan tewas di pertengahan jalan. Namun pemuda ini begitu hebat bagi saya. Dia mampu menamatkan pengajiannya di IPT dan IPG untuk menjadi seorang guru. Kali ini saya tidak bersedia untuk berkongsi dengan pembaca ceritanya kerana saya tahu dia juga mula mengikuti blog kecil ini... Sesungguhnya saya tidak banyak pun bantuan yang saya berikan kepada remaja ini. Saya pun tahu kekuatannya terletak pada hati dan dirinya sendiri. Dia tidak berharap masalahnya diselesaikan oleh saya. Dia cuma memerlukan seseorang untuk 'berkongsi' cerita perit yang dialami. Saya pasti dia telah mula membina kekuatan diri untuk bangkit dari kepedihan dan kesedihan yang dialami. Saya puas kerana saya berjaya mendengar seketika.... CATATAN: -HALF OF THE PROBLEMS CAN BE SOLVE BY SHARING.... -ALLAH SWT TIDAK MENGUJI HAMBANYA DI LUAR KEMAMPUAN MEREKA....

BARANG NAIK......

Wednesday, October 26, 2011
>"Penjawat awam belum pun mandapat manfaat gaji naik dan bonus, peniaga dah mula ambil kesempatan...", kata Omar Osman (Presiden Cuepacs). Isteri saya merungut lagi. Katanya setiap kali berbelanja barang keperluan, ada saja barang-barang yang naik harga. Paling terasa bila harga susu tepung 'Superboy' kami pun turut naik. Belum dikira lagi barangan dapur atau barangan mentah keperluan memasak. Maka menyerulah sang Presiden Cuepacs minta para penjawat awam memboikot peniaga yang naikkan harga barang. Cara protesnya ialah dengan mengurangkan kekerapan ke pasar! Bukan maksud saya ingin sentuh tentang cara yang dicadangkan. Relevan atau tidak cadangan itu. Saya cuma ingin berbicara tentang nasib pengguna rakyat marhaen di Malaysia kini. Menghadapi hidup seharian dengan harga barangan keperluan yang tidak berhenti meningkat memang memeritkan. Barangkali derita ini tidak dirasai oleh sang menteri yang sering berkata, "Kita akan pastikan dan kawal supaya harga barangan keperluan tidak akan dinaikkan oleh peniaga..". Itulah ayat klise yang sering kedengaran di media elektronik. Namun ia tak sedikitpun mampu menahan badai kenaikan harga barangan. Persoalannya siapa yang patut dipersalahkan? Sang peniaga kapitalis yang hanya tentang mahu untung semata-mata? Atau sang penguatkuasa di lapangan yang belum cukup usaha dan kerja mengawal kenaikan harga? Ataupun sang penguasa yang milikki kuasa namun bagaikan tidak berbuat apa-apa? Catatan: Apabila para sahabat bertanya kepada Abdul Rahman bin Auf, "Bagaimana kamu mendapat untung berniaga unta sedangkan kamu menjual dengan harga yang sama kamu beli? (Maksudnya tidak ada untung langsung). Jawab Abdul Rahman bin Auf, " Aku hanya mengambil untung daripada jualan tali unta sahaja..". (Abdul Rahman bin Auf adalah salah seorang sahabat Nabi S.A.W. yang kaya raya. Terkenal dengan sifat pemurah sehingga sanggup menyerahkan semua hartanya demi memperjuangkan Islam). SANGAT JAUH BEZANYA DENGAN SIKAP PARA PENIAGA DI MALAYSIA TERCINTA INI, YANG SANGAT TAMAK DAN HALOBA.

DARI JIWA..........

Monday, October 24, 2011
Memang benarlah kata-kata Pak Samad Said, "menulis itu perlu dari hati dan jiwa...". Menulis melalui hati dan jiwa mengalir bagaikan air lancar alirannya. Susah benar saya rasakan untuk menulis di ketika jiwa dihambat kekalutan...hati yang berbalam-balam. Barangkali terlalu banyak yang perlu difikirkan. Atau saya yang kehilangan fokus dalam kembara kehidupan ini... Dia Yang Maha Penyayang... sentiasa memberikan penawar dan kesembuhan. Memandang wajah-wajah suci anak-anak generasi di SMK Kamil dan SMK Alor Pasir sememangnya memberi ketenangan. Semuanya tulus dan ikhlas mendambakan bimbingan dan perkongsian buat bekalan menghadapi SPM dan STPM. Mungkin mereka sudah muak dengan bebelan dan nasihat yang berjela-jela. Pastinya mereka memerlukan motivasi ekstrinsik daripada orang lain seperti saya. Paling penting ialah mengejutkan motivasi intrinsik yang ada dalam hati dan diri mereka. Perubahan sikap manusia perlu bermula dari dalam diri sendiri terlebih dahulu. Itu yang saya cuba lakukan kerana sesetengah pelajar masih belum menemukan motivasi ekstrinsik yang mampu mencetuskan motivasi intrinsik. Jika motivasi intrinsik telah mula wujud, manusia akan mula merubah sikap ke arah yang lebih positif. Secara mudahnya, pelajar (remaja) akan lebih mudah bermotivasi jika keinginan untuk belajar dan berjaya telah wujud dari jiwa....Belajar dari jiwa dan hati yang rela pasti impaknya kejayaan yang berganda. Catatan: Hari ini saya kembali menulis dari jiwa.....

BADAN & HATI..

Monday, October 17, 2011
November ini akan genap setahun saya bertugas di Genting. Penat dan lelah berulang alik setiap minggu bagaikan sudah lali. Gua Musang, Merapuh, Pagar Sasak, Kechau, Benta, Kuala Lipis, Raub, Mempaga, Bentong bla bla bla bla..... Setiap minggu menghafal jarak dan daerah. Menurun ke kampung terasa cepat dan ceria.. Kembali menongkah pergunungan setiap Ahad terasa begitu menyiksakan. Namun ikatan jiwa pada komitmen kerjaya membuat hati masih tetap bertahan dan bertahan... Walaupun runtunan hati menjerit memikirkan keluarga...Sampai bila? Hanya Dia Yang Maha Pengasih dan Penyayang mengetahuinya.

DURIAN...

Thursday, September 29, 2011
Hidung saya dan kawan satu khemah awal pagi itu ditusuk dengan bau durian yang kuat. Sambil menggosok mata saya sempat menyuluh jam tangan...baru pukul 6 pagi. Gelap pekat menyelubungi tapak perkhemahan kaki gunung Tahan ini. "Kau ada bau tak?". "Ada, aku ada bau durian kuat ni!" "Ada pokok durian ke area ni?". "Aku nak gi cari lah".. Lalu kawan saya terus capai lampu suluh dan menghilang dalam kegelapan. Saya biarkan dia pergi sendiri dalam kegelapan Taman Negara dan saya melayan mata yang masih mahu pejam. Dingin pagi di pergunungan membuatkan saya lebih berminat menarik selimut kembali. Tiba-tiba saya dengar bunyi ranting dan daun di tepi khemah iglu kami. Rupa-rupanya kawan saya kembali dari pencariannya. Dua biji durian sederhana besar di tangannya. "Aku dah kata dekat sini ada pokok durian!". Jerit kawan saya agak kuat. Seronok sungguh dia dengan durian Taman Negara. "Wah, boleh makan durian la kita!". Saya senyum kerana saya tahu itupun bakal jadi 'rezeki' saya juga.... Selesai solat subuh, kawan saya tak sabar lagi nak bersarapan dengan durian. Belum sempat durian dikerjakan, tiba-tiba saya terlihat kelibat lelaki menuju ke khemah kami. Jelas kedengaran suara rungutan yang saya tak faham langsung. Kepalanya berpaling kiri dan kanan bagai mencari sesuatu. Kawan saya dengan pantas membaling dua biji durian di depan kami ke dalam semak! Baru saya faham orang asli itu mencari durian. Barangkali dia hairan gila bila tidak ada durian yang gugur pada pagi itu! Kecut perut saya memandang lelaki asli bertubuh sasa dan tak senyum itu. Dia terus memandang saya dan kawan tanpa berkata apa-apa. Nasib baik sungguh kerana dia dia berlalu tetapi suara merungut yang tidak henti-henti. Peristiwa yang dah lama saya alami itu muncul kembali di ingatan saya. Seorang rakan sejawat dari Jerantut mengirimkan durian kepada saya. Terharu sungguh dengan ingatannya. Sayangnya durian itu bukan rezeki saya untuk kali ini. Bukan dimakan oleh orang asli tetapi durian itu menjadi rezeki rakan-rakan yang saya sayangi jua.....kerana saya bertugas di luar pejabat. CATATAN: -Durian bukan ukuran sebuah persahabatan..namun ingatan menjadi ikatan sebuah silaturrahim. Terima kasih Pinah....

AN INSPIRATIONAL...

Saturday, September 24, 2011
Petang tadi saya dan keluarga menonton TV. Satu rancangan baru yang menarik. Idea yang dihidangkan menarik dan patut diberi sokongan. Satu program yang memberi pengikhtirafan dan penghargaan kepada individu dan kanak-kanak yang hebat sebagai ikon negara. Saya tertarik dengan pemilihan Adik Mia Sara, seorang pelakon kanak-kanak yang sangat luar biasa bakat lakonannya. Turut dipilih sebagai 'THE MOST INSPIRATIONAL IDOLS' ialah Datuk Dr. Sheikh Muszaffar (Angkasawan Negara). Dr. Muszaffar seperti lazimnya muncul dengan penuh segak dan kemas serta berhemah, sempat mendukung Mia Sara. Ketokohannya terserlah. Beliau memang layak untuk menerima penghargaan sedemikian. Tumpuan saya terencat seketika apabila sebuah kumpulan penyanyi tiga orang dipilih sebagai "THE MOST INSPIRATIONAL ARTIST". Penampilan mereka dengan pakaian selekeh dengan salah seorang daripada mereka berambut ala 'Mohican' mencacatkan pandangan. Saya tertanya sendiri apakah jenis inspirasi yang boleh diberikan kepada kanak-kanak yang menonton dan anak-anak seluruh Malaysia. Adakah itu idola yang sepatutnya anak-anak Malaysia ikuti? Apakah kriteria istimewa yang mereka ada? Beginikah rupa bentuk individu yang diharapkan untuk mewarisi negara? Sangat menyedihkan.....

NYAWA DI HUJUNG PEDANG...

Friday, September 23, 2011
Sejak kecil saya dengar orang bercerita tentang kisah kekejaman tentera Jepun sewaktu menjajah Tanah Melayu. Gerun hati mendengar kisah begitu. Ketika di bangku sekolah rendah, saya 'bertemu' dengan sebuah novel berjudul 'Nyawa di Hujung Pedang' (saya lupa nama pengarangnya). Kisahnya sarat dengan kisah percintaan di zaman Jepun. Fitnah digunakan untuk mendapatkan cinta yang tidak berbalas. Akhirnya si hero novel itu akhirnya ditangkap Jepun dan dikenakan siksaan-siksaan yang dahsyat. Dipaksa minum air sabun, diikat di pokok kelapa dan dilumurkan kerengga, di pukul badan dengan kayu, diikat dengan tangan ke belakang serta digantung di pokok... memang dahsyat. Seingat saya novel itu berakhir dengan 'happy ending'. Sang heronya di bawa oleh tentera Jepun untuk dipancung kepala di sebuah lubang. Ketika bilah pedang tajam Jepun hampir jatuh ke leher sang hero, berita Jepun menyerah kalah menjadi penyelamat. Akhirnya sang hero itu selamat dengan izin Allah SWT jua akhirnya. Saya menziarahinya pada hari raya ketiga. Uzur benar keadaannya. Syukur dia sedar dan tahu saya yang hadir di situ. Saya ambil pemotong kuku dan potong kuku tangan dan kakinya perlahan-lahan dan cukup berhati-hati. 'Ayah, zul datang ni ayah... Zul mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan, maklumlah Zul kerja jauh loni...'.. Saya lihat airmatanya mengalir di kedua matanya.... Itulah bakti terakhir saya untuknya. Dua hari selepas itu abang sulung arwah ayahanda saya pergi buat selamat-lamanya. Dan dialah satu-satu ahli keluarga saya yang merasai pukulan, siksaan dan hampir dipancung kepalanya oleh tentera Jepun. Dia pergi bersama dengan pengalaman hidup dan ilmu-ilmu yang sungguh tidak ternilai. Sampai kini saya tak pasti adakah ilham novel 'Nyawa di Hujung Pedang' itu di tulis berdasarkan kisahnya.. wallahualam. CATATAN: - Menyedihkan apabila seorang ilmuan sejarah (kononnya) berkata bahawa Malaysia tidak pernah dijajah.. adakah ini kenyataan BODOH ataupun petanda NYANYUK seorang manusia?

SUDU OH SUDU...

Wednesday, September 14, 2011
Sudu
Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung...

Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop)

Pak Pandir : Pening kepala, sakit dada….. doktor.

Doktor : Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari.

Pak Pandir : Terima kasih.

Seminggu kemudian…..

Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak?

Pak Pandir : pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil mengerang…)

Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke?

Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDDDU doktor…….

Doktor : Kenapa dengan sudu?

Pak Pandir : (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor!

Doktor : ???????

UCAPAN HARI RAYA..

Wednesday, August 31, 2011
Kuih paling gangster - LOMPAT TIKAM
Kuih paling sexy - PUTERI MANDI
Kuih paling keji - TAHI ITIK
Kuih bajet cute - CEK MEK MOLEK
Kuih untuk awet muda - SERI MUKA
Kuih paling alim - KUIH KETAYAP
Kuih suka pukul - KUIH LOMPANG
Kuih dalam zoo - BADAK BERENDAM
Kuih nelayan kaya - JALA EMAS
Kuih yang bangun sendiri - KUIH BANGKIT
Kuih orang tak mandi - BAU-LU!!
Kuih paling tenteram - KUIH MAKMUR
Kuih paling lembab - KUIH SIPUT
MAAF ZAHIR DAN BATIN...

SALAM AIDIL FITRI...

Tuesday, August 30, 2011
JIKA HATI SEJERNIH AIR, JANGAN BIARKAN IA KERUH..
JIKA HATI SEPUTIH AWAN, JANGAN BIAR IA MENDUNG...
JIKA HATI SEINDAH BULAN, HIASI IA DENGAN IMAN..
ANDAI HATI TERGURIS, TERHIRIS, TERLUKA,
SUCIKANLAH IA DENGAN KEMAAFAN..
WALAU LANGKAH TAK BERTEMU, TANGAN TAK BERJABAT, UCAPAN TAK DIDENGAR,
MATA TAK BERTENTANG.. NAMUN..
IZINKAN HATI MEMOHON KEMAAFAN ZAHIR DAN JUA BATIN...

PERGINYA RAMADHAN...

Sunday, August 28, 2011
Ramadhan membawa seribu cerita suka dan duka. Permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan penghujungnya kebebasan dari api neraka. Itulah janjiNya. Sungguh benar bahawa Ramadhan itu bulanNya. Kerana Dia yang Maha Mengetahui tentang kebenaran puasa hamba-hambaNya. Hamba-hambaNya juga amat tahu dan pasti sejauh mana kebenaran puasa tahun ini. Samaada KPI puasa menepati SKT (Sasaran Kerja Tahunan)atau tidak, hanya kita juga yang dapat merasainya...
WAHAI ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG..
AMPUNILAH SEGALA DOSA-DOSA KU, KEDUA IBUBAPAKU, DATUK NENEKKU, SAUDARA MARAKU, ORANG-ORANG YANG KU KASIHI DAN CINTAI, MUSLIMIN MUSLIMAT, SAMA ADA YANG MASIH HIDUP ATAU PUN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA...AMIN YA RABBAL ALAMIN....

PENJARA VS MANJA

Friday, August 26, 2011
Salah satu isu hangat di dada media sepanjang bulan ini ialah tentang penjara. Sekumpulan pelajar menengah dan ibubapa tidak puas hati kerana penjara. Segalanya bermula apabila pihak sekolah dan PIBG mengambil daya usaha mencipta program untuk pendidikan anak-anak. Usaha dan niat murni untuk memberikan pendidikan dan pengajaran ini disokong oleh Jabatan Penjara. Semua pihak pastinya bersetuju dengan satu tujuan iaitu mendidik anak-anak generasi. Program seumpama kem motivasi yang menempatkan pelajar-pelajar terpilih di penjara telahpun diadakan sebelumnya. Menjalani kehidupan dalam penjara beberapa hari untuk sekurang-kurangnya guna melembutkan hati remaja. Remaja pelajar yang umumnya bersikap 'rebellius' dan hidup bagaikan berkata "Dunia ini kami yang punya!". Lalu bagaimana cara terbaik untuk melembut dan melunakkan jiwa mereka? Memang tidak ada cara terbaik yang khusus. Namun yang pasti ada kaedah tertentu yang sesuai dan mujarab digunakan kepada individu tertentu. Dengan kata lainnya, usaha untuk mendidik dan membantu remaja bermasalah memerlukan pelbagai pendekatan yang berbeza-beza.
Saya masih ingat ketika masih bertugas di sekolah dahulu. Bermacam-macam idea menarik yang rakan-rakan guru lontarkan untuk menimbulkan 'celik akal' pelajar bermasalah. Salah satu idea menarik ialah membawa pelajar ke kawasan perkuburan di waktu malam! Pelajar-pelajar ditinggalkan di kawasan kubur secara sendirian. Tanpa disedari oleh pelajar berkenaan, guru-guru bertugas ada berhampiran untuk memastikan keselamatan. Beberapa tugasan diberikan kepada pelajar. Menulis perasaan hati, refleksi dan muhasabah diri dalam kelam malam perkuburun tentunya ada impaknya kepada pelajar itu sendiri. Paling menarik keesokan harinya semua pelajar yang terlibat meluahkan rasa insaf dan berkata bahawa program itu sangat memberi kesan mendalam kepada mereka.
Justeru, sebagai seorang pendidik saya merasa kecewa apabila isu ini timbul. Saya ingin bertanya kepada ibubapa yang tidak mahu anaknya dididik.
-Mengapa ibubapa tidak mengajar sendiri anak-anak?
-Mengapa ibubapa sering mengeluh dan bagaikan putus asa dalam usaha mendisiplinkan anak-anak?
-
Jawapannya mudah sahaja... kerana IBUBAPA BUKANLAH PAKAR DALAM SEGALA HAL. Makanya ibubapa perlu bergantung dan berharap kepada orang yang pakar dalam bidangnya iaitu PENDIDIK!
CATATAN:
Saya teringat seorang bapa yang dengan rela hati meminta bantuan Ketua Polis Daerah untuk menangkap anaknya yang semakin liar. Agendanya mudah sahaja. Polis menangkap pelajar itu dan dimasukkan ke dalam lokap polis untuk semalam. Kemudian bapa berkenaan di'hubungi' oleh Polis untuk berurusan. Ketika ziarah itu berlangsung, sang bapa dengan penuh emosi menangis dan mengeluh kerana tak mampu untuk membuat jaminan. Pengalaman semalaman di lokap polis itu amat memberi impak kepada minda sedar dan emosi si anak. Dia berubah serta merta selepas itu. Si bapa mengucapkan terima kasih kepada kerjasama Polis.
INILAH MAKSUD SAYA, BAHAWA MANUSIA ITU UNIK DAN SEMESTINYA KAEDAH YANG UNIK JUGA PERLU DIGUNAKAN. DAN BUKANNYA KAEDAH MEMANJA-MANJA SEHINGGA ANAK-ANAK MENJADI LEMBUT DAN LEMBIK BAGAIKAN SAYUR KANGKUNG DICELUR AIR PANAS!b>

SANI EKSPRES, PUTRAJAYA & ALAMANDA....

Wednesday, August 17, 2011
Liat memang terasa bila sahaja mengambil keputusan menggunakan Sani Ekspres. Risau pun ada bila terkenangkan tragedi dahsyat yang berlaku melibatkan bas. Lebih-lebih lagi bulan puasa begini. Ternyata pengalaman pertama dengan Sani tidak menghampakan. Perjalanan yang lancar dan selesa sepanjang malam. Berhenti bersahur di sebuah restoran tanpa bintang di Ketari. Meriah juga bila melihat penumpang bas berpusu ke arah menu semalam. Terhad selera melihat lauk pauk yang pastinya disediakan sejak awal petang. Menjeling jam hampir 4.35 pagi..entah berapa lama lauk pauk itu menjadi pameran. Tiada pilihan kecuali pilih seketul ayam goreng buat bekalan untuk berpuasa esok. Aduhh... beginilah perantau..
Sang Kenari menanti bersama kepanasan pagi Putrajaya. Saya mengambil keputusan untuk ke Masjid 'Besi' yang tersergam di tepi Tasik Putrajaya. Memang canggih dengan ruang letak kereta yang luas. Nyaman sungguh membersihkan diri dalam kesunyian 'Masjid Besi'. Sangat berbeza berbanding masjid Putra yang penuh dengan pelancong. Kedinginan Masjid Besi menggamit mata saya menjadi berat seketika. Namun apa daya, lawatan ke Bahagian Sekolah bakal bermula jam 9 pagi.
Ramadhan di Alamanda biasa-biasa sahaja. Cuma tak upaya untuk menjamu selera setelah penat berjalan. Di sana sini poster dan iklan jualan murah yang tentunya bertemakan hari raya. Lucunya apa yang saya lihat iklan jualan murah atau 'diskaun' itu akan ada sepanjang waktu! Saya pun hampir tergoda bila seorang Pakistani menawarkan 'diskaun' yang sangat menarik. Satu set catur buatan batu marmar Pakistan yang harganya RM340 ditawarkan RM120 dan kemudiannya menjadi RM90!!! Hanya untuk hari ini sahaja, Tuan!
Saya senyum kepadanya dan ucapkan terima kasih. Dia kata ok, dan tak kisah pun bila saya beredar dari tempat jualannya. Tiba-tiba bau enak menusuk ke hidung ketika melintasi kedai 'roti boy'... Wahai perut, tuan kamu berpuasa hari ini, bersabarlah....
Sani Ekspres yang sama, Putrajaya dan Alamanda tetap yang sama juga...apa yang sangat berbeza ialah Ramadhan.. Berbeza sungguh Ramadhan tahun ini..
Wahai Allah Yang Maha Pengampun...

KEMBALI KE LELUHUR KU....

Thursday, August 11, 2011
Melewati Kota Jembal ke SMK Sering membuakkan rasa sebak dan rindu.. Lepasi SMK Raja Sakti menerbitkan satu rasa rindu kepada leluhur. Wahai leluhur ku... hari ini cicitmu kembali ke tanah bertuah dan berdaulat, Kota Jembal.
Bagaikan tak terasa penat atau letih berpuasa, saya berinteraksi bersama calaon-calon SPM SMK Sering. Sebelunnya saya diberitahu bahawa 120 pelajar tingkatan 5 ini dari kelas hujung. Tiada motivasi dan keyakinan diri, apa lagi kesungguhan untuk menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia hujung tahun ini.
Saya terima permintaan dan cabaran ini. Peluh menitis di belakang dan tengkuk saya. Bercakap dengan nada suara yang lantang berlatarkan suhu dewan yang hangat amat merangsang liang peluh saya. Inilah keberkatan Ramadhan. Saya tidak merasa haus pun. Semangat saya membara kerana di hadapan saya anak-anak bangsa seagama yang suci dan tidak bersalah. Mereka perlukan bimbingan dan pertolongan daripada insan-insan bergelar pendidik. Hampir dua jam, saya tidak melihat seorang pun daripada anak-anak itu tertidur! Alhamdulillah. Mereka menerima saya sebagai seorang pendidik dan pembimbing yang niatnya mahu membantu. Membantu mereka celik akal dan hati bahawa Allah tidak akan mengubah nasib kecuali mereka sendiri yang menngubahnya.
Selamat berjaya wahai anak-anak SMK Sering, anak-anak Kota Jembal.. Saya harus cepat kerana di SM Vokasional, Tanah Merah, telah menunggu 140 insan-insan bergelar guru. Syukur, atas kurniaan kudrat ini... Alhamdulillah.

HILANGKAN NGANTUK SEKETIKA...

Friday, August 5, 2011
MENGGALI PETIKAN KATA-KATA SANG MOTIVATOR.
Seorang Motivator berkata: "Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah istri ku."
Hadirin terkejut dan terpaku...

Ia kemudian menambah , "Ia adalah ibuku."

Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.
Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, ia berkata dengan lantang di depan istrinya di dapur,

"Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan istriku."

Ia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator... Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rwatan akibat siraman air panas...

Moral of the story:
Don't copy, if you can't paste.

----sumbangan: Mamat

TERBANGLAH SAMPAI KAMU LELAH...

Tuesday, August 2, 2011
Teringat saya kepada seorang rakan guru tiga tahun lepas. Dia datang ke pejabat saya bertanyakan pendapat. Dia berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah kedua. Kekangannya pada masa itu ialah keluarga. Bukan calang-calang bagi seorang ibu yang mempunyai anak seramai 9 orang. Saya katakan bahawa kejayaan yang terhasil daripada kepayahan dan keperitan akan lebih berganda kemanisannya. Alhamdulillah, saya dapat berita dia telah berjaya mendapat ijazah sarjananya baru-baru ini.
Semalam seorang rakan yang jauh lebih muda daripada saya menghubungi. Nada ceria memberitahu saya bahawa dia dalam semester 3 pengajian peringkat PhD. Dia yang saya kenal memang hebat dan sentiasa bermotivasi. Berusia awal 30 tahun. Semoga dia berjaya.. itu doa hati kecil saya.
Saya mengharapkan seorang lagi insan yang dekat di hati saya tetap tabah dan gagah. Hanya beberapa langkah sahaja lagi dia bakal menyelesaikan pengajian. Teruskanlah.. terbanglah sampai kamu lelah.. pasti puncak itu akan jadi milikmu..
Saya?...mungkin saya telah lelah.

SALAM RAMADHAN PENUH KEBERKATAN..

Monday, August 1, 2011
Anak saya yang kedua sedikit merungut kerana tarikh peperiksaan percubaan PMRnya datang serentak bersama datangnya Ramadhan. Saya tahu dia bukan merungut tentang Ramadhan. Saya faham hatinya mungkin memikirkan tentang 'dugaan' yang akan di hadapi sempena Ramadhan tahun ini. Tahun ini Angah akan menghadapi peperiksaan PMR. Saya sudah melihat bibit-bibit keresahan dan mungkin stres yang dialami. Perkembangan normal ini mungkin sahaja dialami oleh setiap anak-anak tingkatan tiga. Cuma yang membezakan mereka ialah bagaimana cara dan kemampuan mereka menempuhi situasi ini.
Minggu lepas saya hadir pada majlis penyerahan buku laporan bulanan di sekolahnya. Rata-rata rakan-rakan ibubapa yang mula merasai kerisauan dan mereka sendiri pun stres! Itu juga normal kerana ibubapa juga insan biasa. Insan yang mengharapkan hanya yang terbaik untuk anak-anak. Saya juga risau namun saya cuba sedaya upaya untuk tidak terikut gelombang stres itu. Apa yang penting melayani kerenah dan keupayaan anak dalam usaha membantu mereka menyerap stres yang dialami.
Lapan bulan saya mendaki bukit tujuh dan tanah tinggi Genting yang melelahkan... Ramadhan dengan sejuta rahmat Allah. Ada rahmat yang kelihatan di mata. Ada rahmat yang insan perlu berfikir dan merenung muhasabah. Setelah 2 bulan diberi cuti, saya kembali bertugas. Rahmat Allah datang bersama Ramadhan rupanya.
Angah, ayah akan bersama Angah di sepanjang Ramadhan ini..berjuanglah untuk PMR Oktober ini. Semoga 'quality time' selama sebulan penuh barakah ini akan memberikan kekuatan kepada Angah dan kita sekeluarga.

MENGAPA WANITA BERUBAH HATI?

Monday, July 4, 2011
Anda mungkin banyak dengar tentang lelaki yang berbohong tentang sifat-sifat fizikal mereka. Manakala wanita sering berbohong atas sebab menyembunyikan emosi mereka. Tentunya ada kebenaran tentang kedua-duanya. Berikut adalah pandangan sebenar daripada tinjauan yang dilakukan di kalangan wanita. Mengapa mereka berpaling daripada teman lelaki mereka? Banyak sebab yang mereka berikan. Cuba kita baca pandangan wanita-wanita ini.
1. Tiada keghairahan
Saya mengenali John kira-kira 3 tahun. Dia seorang lelaki yang sangat baik. Saya senang bersamanya. apa yang tidak ada pada John ialah sikap keghairahan atau romantik. Apabila John dinaikkan pangkat, saya terpaksa ke Australia bersama seorang rakan kongsi. Sepanjang perjalanan itu, saya dapat rakan kongsi saya itu begitu romantik dan mengambil berat tentang saya. Saya berasa sangat seronok sepanjang perjalanan saya (yang selama ini tidak pernah saya alami). Setelah pulang, saya memutuskan hubungan saya dengan John.
Stacy, 30. Lexington.
2. Melambatkan perpisahan
Sejurus sebelum saya memutuskan perhubungan dengan teman lelaki (Sean), dia telah meletakkan anjing kesayangannya di tempat tidur saya. Saya menunggu sebulan untuk melihat perubahan yang lebih baik. Malangnya dia pula hilang pekerjaan. Ketika itu saya bertemu dengan seseorang dan saya harus berfikir tentang masa depan. Tanpa beritahu Sean akhirnya saya keluar dengan teman lelaki baru itu.
Tamara, 29. Portland
3. Tiada di sisi membuat hati berubah
Saya dan teman lelaki saya, Geg telah mengambil keputusan untuk sambung belajar kira-kira 200 batu dari tampat tinggal kami. Beberapa bulan berjalan dengan baik. Setelah itu saya menjadi rapat dengan rakan semakmal saya. Kami berhubungan melewati batas-batas fizikal. Setelah beberapa lama, saya rasa bersalah kepada Greg. Tanpa memberitahu Greg saya tidak lagi berhubung dengan rakan semakmal saya itu.
Jen, 28, Oak Park, Il.
4. Berpisah untuk bina yang lebih baik
Dulu saya punya teman lelaki, Ethan. Sikapnya sangat kritikal terhadap saya. Sering mengkritik saya tentang betapa bodohnya saya, betapa selekehnya saya.. Keluarga dan kawan-kawan saya tidak bersetuju dengan pilihan saya itu. Di suatu hari minggu, saya keluar dan bertemu dengan Will. Sifat dan sikapnya sangat berbeza sekali berbanding Ethan. Will seorang yang mesra, baik, manis dan tidak memperlekehkan saya. Pada saya, inilah satu hubungan yang matang. Saya menjalin hubungan bersama Will selama 3 tahun dan kini kami berkahwin.
Allison, 30, New York.
5. Mencari keserasian
Saya berasal dari Florida. Kehidupan saya ialah bot, pantai dan laut. Namun teman lelaki saya Chris seorang ‘budak bandar’. Dia tidak pernah suka cara kehidupan sebegitu. Kami sering bertentangan ketika memilih lokasi untuk bersama. Selalunya Chris akan menang dengan pilihannya. Setelah 8 bulan, saya bersama rakan menyewa sebuah bot untuk bercuti di laut. Pengendali bot itu seorang ‘budak laut’ sejati. Dia begitu mahir dan minat dengan suasana pantai dan laut, seperti saya. Selepas itu saya sering keluar bersama dan menikmati minat yang sama. Saya tidak pernah beritahu Chris tentang itu. Saya juga ‘degil’ seperti Chris. Akhirnya saya membuat keputusan yang ‘budak laut’ itulah pasangan saya.
-Lizze, 32, Chichago.
Chelsea Kaplan is a Senior Editor at The Family Groove. Her blog, “I’m Somebody’s Mother?” can be found at www.rumymother.blogspot.com. For the other side of the story, read Confessions: 8 reasons men cheat.

CATATAN:
1. Bahan petikan yang saya kongsikan ini hanya sebagai bacaan dan renungan tentang manusia semata-mata. Bukan bertujuan untuk bersetuju dengan cara hidup atau nilai-nilai amalan Barat yang amat bertentangan dengan Timur.
2. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

MUARA & LAGUNA, IMPAK MAKSIMA, ICE-CREAM......

Tuesday, June 28, 2011
Saya sering mengimpikan bercuti di lokasi-lokasi indah dan menenangkan jiwa. 'Bercuti' sebulan cara begini dengan tangan bersimen fiber sungguh memeritkan. Ada kawan-kawan yang bertanya khabar dan berkata tentu saya seronok lama bercuti. Saya katakan bukan cuti sebegini yang saya harapkan!! Saya mengharapkan bercuti di muara yang tenang atau di laguna yang tenang airnya...tanpa gangguan dan persoalan tugas yang menanti di pejabat....

Sukar nak saya padamkan memori kemalangan tempoh hari. Ia sering datang bagaikan tayangan filem. Avanza saya yang terbabas dan menghempas longkang besar itu bagaikan satu IMPAK MAKSIMA terhadap tubuh saya. Sebulan lebih telah berlalu namun kesakitan masih terasa hingga kini...

Jemu dan tepu bagaikan gambaran perasaan saya ketika ini. Duduk dan berehat lama begini bukan pilihan saya. Mahu rasanya terus mula bertugas dan melupakan kejemuan ini. Apa daya, kemampuan sangat terbatas dengan tangan bersimen ini. Wahai hati.. bersabarlah..
p.s. Mungkin saya harus nikmati ice-cream yang saya dan anak-anak cukup gemar..lebih-lebih lagi di musim panas ini.

HAPPY FATHER'S DAY TO ME...

Sunday, June 19, 2011
Memang lama sungguh tidak 'ke udara'.... Bukan tandus idea, bukan kering modal!! Maklumlah dengan hanya mampu menaip dengan SATU PUNTUNG JARI TELUNJUK KIRI, saya jadi tidak ghairah untuk menulis. Tangan kanan saya masih bersimen. Terasa sangat tangan saya semakin 'mengecil' dek kerana simen fiber biru yang menyekat pengaliran oksigen dan darah.
Hari ini saya menerima beberapa sms ucapan SELAMAT HARI BAPA. Hari istimewa ini membangkitkan selera untuk saya menulis walau hanya dengan satu puntung jari!!! Memori menayangkan peristiwa 18 tahun dulu...
Segala persiapan telah dibuat. Kumpulan saya akan berlepas ke Pulau Sayak untuk melengkapkan keperluan kursus. Masing-masing teruja dan tak sabar-sabar untuk ke pulau. Tiba-tiba saya dipanggil ke bilik Ketua Jabatan BK, IPDA.
"Tengku, ada panggilan dari Kelantan. Betul ke ayah awak sakit tenat di KK? Atau awak sengaja pakat dengan family supaya awak dikecualikan ke pulau? Awak ingat, ini syarat kursus. Kalau awak tak hadir, awak akan gagal dapat sijil!!!".
Bertalu-talu ayat KJ menerobos telinga saya..."Ayah saya memang selalu sakit, tuan.. cuma saya tak pasti keadaan terkini.. Saya memang nak pergi ke pulau tu.. Saya tahu program tu sangat penting."
"So,, awak fikirlah dan buatlah keputusan. Sama ada awak nak balik kampung atau turut serta dalam program. Beritahu keputusan awak petang ini, ok."
Tak pernah saya ada dilema sebegitu. Balik kampung dan gagal dalam kursus yang dah hampir selesai atau terus ikuti program ke pulau.....?
Tengahari itu saya jumpa dengan Kak Ton (Pensyarah mentor). Ringkas sahaja pandangannya. "Lah, Kak Ton tahu Lah memang komited dalam tugas. Dan Kak Ton pun tahu program di pulau tu memang penting. Cuma Kak Ton nak habaq kat hang, di mana-mana saja atau bila-bila pun... keluarga adalah segala-galanya, apalagi AYAH...jadi Lah pikiaqlah betul-betul.."
Dan akhirnya saya ambil keputusan besar jauh dalam hati..Saya mesti kembali demi ayah saya.
TIGA HARI SAYA BERSAMA AYAH..MENJAGA DAN CUBA MEMENUHI KEPERLUAN DALAM UZURNYA. AKHIRNYA, HARI KEEMPAT AYAH PERGI JUA MENEMUI ILAHI.
DI HARI BAPA INI, HATI SAYA SUNGGUH RINDU.....

ALLAHUAKBAR...

Monday, June 6, 2011
ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! Itu sahaja kalimah yang terlintas di hati dan mulut. Menekan brek bukannya satu tindakan tepat dalam situasi itu. Kereta saya terus senget dan akhirnya terbalik dan terbalik ke kiri jalan. Terasa sesak nafas menahan seluruh berat badan dengan leher dan kepala. Sukar sekali bernafas sambil menahan kesakitan...menunggu dan menunggu...terasa hangat di kepala saya. Rupanya darah memenuhi seluruh ruang muka! Saya tidak boleh bergerak langsung. Leher dan badan tak mampu diangkat sama sekali. Terasa pedih di mata dan mulut. Saya cuba buka mata, terasa cecair hangat memenuhi ruang mata.

NASI ITIK BERMADU....

Perjalanan dari PD tengahari itu bagaikan serba tak kena. Hj Asnil pun hairan bagaimana kami boleh 'lupa' tentang laluan ke KLIA. Sedangkan lebuhraya terbentang di depan tetapi saya memandu melalui Sepang (jalan perbandaran dan berliku-liku). Dari KLIA ke KL pun jadi keliru...rasa aneh juga..
Nasi itik bermadu di Melawati menghilangkan resah. Nampaknya Hj. Asnil sama citarasa dengan saya. Saya tinggalkan Hj. Asnil di Melawati dan teruskan perjalanan. Saya perlu segera. Sekurang-kurangnya saya dapat rehat sehari esoknya. Lusa saya perlu ke Matrikulasi Kuantan. Menghampiri Genting Sempah hati saya berdetik, "Kalau singgah di IAB, dapat bersama rakan-rakan lain..tapi..jam 2.30 petang..lambat lagi ke jam 5 petang.."
Kaki kanan saya terus menekan pedal minyak.
CATATAN:
1. ALLAH SWT sentiasa memberi peringatan dan petunjuk kepada kita..cuma kita yang tidak peka...

RUANG DAN PELUANG

20 MEI 2011......YA ALLAH, AKU INGIN HIDUP............

Monday, May 30, 2011

SELAMAT HARI GURU..

Sunday, May 15, 2011
"GURU YANG SBENAR-BENARNYA GURU ADALAH MEREKA YANG BERJIWA GURU DAN BUKAN BEKERJA GURU (ONCE A TEACHER ALWAYS A TEACHER)."

SELAMAT..........

SELAMAT HARI IBU
Sehari sebelum sambutan hari ibu tahun ini berlaku satu tragedi menyayat hati. Seluruh negara seakan terhenti dan pilu mengikuti berita sedih itu. Seorang ibu muda di Kuala Krai, Kelantan terkorban dalam kebakaran di rumahnya ketika menyelamatkan 3 orang anaknya yang masih kecil. Mengimbas bagaimana dia berjuang dengan api yang membakar tubuhnya cukup memilukan. Apa yang ada dalam hatinya ialah usaha untuk menyelamatkan nyawa ketiga-tiga anak-anaknya. Kemampuan membengkokkan besi jeriji tingkap rumah tidak terjangkau dengan pemikiran biasa. Dari mana seorang wanita memilikki kekuatan sedemikian rupa. Maha Suci Allah yang memungkin segalanya….
Dengan bahagian belakang badannya disambar api, dia masih mampu mengangkat anak-anaknya ke luar tingkap untuk diselamatkan.
Wahai anak-anak, demikianlah kasih ibu…tiada sempadan yang memisahkan. Tiada pengorbanan yang setanding pengorbanan seorang ibu. Tiada susu semahal susu ibu. Tiada syurga tanpa restu seorang ibu.
CATATAN:
1. ‘Bercucuran airmata bila mengenangkan, betapa besar budi ibunda berikan..siang malam menderita hinggalah dewasa, sungguh besar kasih sayang ibunda seorang….’ (Eddy Silitongga)


SELAMAT HARI LAHIR
Lima tahun lepas airmata lelaki saya menitik deras. Keegoan saya luntur seketika. Betapa kerdilnya diri. Membuat keputusan sukar membenarkan doktor membelah kepala bayi comel dan montel berusia 50 hari bukan satu keputusan yang mudah… Saya tidak ada pilihan waktu. Sama ada berserah dan menunggu saat kematiannya atau berusaha selagi terdaya. Masih segar dalam ingatan Dr. Nasir, pakar neuro surgeri meyakinkan saya kejayaan pembedahan itu. Namun saya diperingatkan juga tentang implikasi selepas pembedahan. Maha Suci Allah, 12 Mei 2011 buah hati saya itu masih ada di pangkuan dan pelukan… Ya, implikasi pembedahan itu memang memeritkan untuk diterima. Namun saya pasrah dan redha kerana saya tahu dia bakal menjadi Penghuni Syurga….insyaAllah.
SELAMAT ULANGTAHUN KE 5, MUHAMMAD ASHRAFF!
CATATAN:
1. Sesungguhnya ujianNya datang dalam pelbagai bentuk dan rupa…semoga kesabaran sentiasa menjadi milik kita.
2. Manusia, tak semua impian dan hajatnya akan tercapai..itulah hakikatnya.
SELAMAT BERJAYA
Tidak semua orang memilikki kemahiran membuat keputusan.

DARI PASIR PUTIH KE BATU KURAU...

Monday, May 2, 2011
Minggu lepas saya berjalan jauh ke Batu Kurau, Perak. Hujung minggu lepas diisi dengan perjalanan ke Kampong Semanggol, Perak. Kemudiannya bermalam di Batu Kurau. Pertama kali menjejakkan kaki di tempat orang...oh, rupanya banyak lagi sudut Malaysia ini yang masih belum dikunjungi. Tujuan kunjungan kali ini membawa sejuta harapan membina silaturrahim. Benarlah kata orang tua-tua, 'Ikan di laut, asam di gunung..dalam kuali bertemu jua'. Dan tiga perkara yang tidak mungkin manusia akan tahu tentangnya iaitu jodoh, ajal maut dan tanah kubur.
Saya membawa harapan dan cinta seorang lelaki. Perkenalan selama 5 tahun lebih diikat janji pada Sabtu lepas. Sang peria bertugas di Shah Alam dan pasangannya nun di Batu Kurau. Alhamdulillah, kerana saya menjadi sebahagian daripada 'pembina masjid' penuh berkat dan ganjaran pahala. InsyaAllah kurang lebih 7 bulan lagi, saya pasti dikerah lagi untuk majlis Ijab Qabul mereka.
Catatan:
1. Sesungguhnya cinta dan mencintai memang indah walaupun kesetiaan ternyata memang abstrak....
2. Tahniah Husna dan Raja....

TEMPOH BERTENANG

Beberapa orang 'follower' blog ini bertanya mengapa saya tidak 'update'. Sukar juga nak menjawab. Saya telah menulis awal dulu bahawa kesukaran seseorang blogger ialah 'update' blog mereka. Memang benar kerana itu saya alami sekarang. Bukan tidak mahu menulis dan bukan ketandusan idea. Pak Samad Said (Sasterawan Negara) sering menyebut dulu bahawa kerja menulis memerlukan ketenangan dan kedamaian. Bagaimana mungkin boleh menulis dengan baik jika hati dilanda tsunami yang hebat.....
Kata seorang kawan, lontaran idea yang bernas dan mantap hanya akan terbit dari hati dan emosi yang stabil penuh ketenangan.
Peristiwa demi peristiwa yang dialami memerlukan saya melalui 'TEMPOH BERTENANG'. Semua orang memerlukan tempoh bertenang ini. Ketika jiwa dilanda masalah dan kesulitan, kita perlu untuk bertenang seketika. Kata pujangga, 'Diam itu mutiara'.
Catatan:
1. Lulusan SPM yang 'bertenang' seketika selepas keputusan peperiksaan baru-baru kini mulai bangkit penuh semangat menunggu surat panggilan ke IPT.
2. Hidup mesti dihadapi bukannya ditangisi...

JAUH PERJALANAN...........

Tuesday, April 12, 2011
Jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman...itu kata orang tua-tua. Perjalanan saya selama hampir suku tahun ini memberikan terlalu banyak untuk saya. Meniti hari demi hari, bulan demi bulan di puncak ini sesungguhnya mengajar terlalu banyak pengalamannya. Kalau dahulu sering bertemu orang-orang 'kecil' dalam lingkungan tempurung sendiri...sekarang kerap berjumpa dengan orang-orang 'besar' hingga 'orang paling besar'!. Pada awalnya teruja dan menggelabah bila bertemu dengan 'orang-orang besar' ini, sekarang menjadi semakin biasa.
Puncak ini memberikan peluang yang tidak terbatas bagi setiap pengkaji subjek manusia. Ia menyediakan orang sekecil-kecilnya kepada orang sebesar-besarnya! Berinteraksi dengan manusia dan meneliti personaliti dan tabii mereka menginsafkan diri saya.
Orang kecil yang lagaknya bagaikan orang paling besar, rasanya dunia takkan sunyi tanpa mereka. Sebaliknya bahagia sekali dunia kerana memilikki orang besar yang kecil sungguh keegoannya! Orang yang berbadan kecil tetapi jiwa besarnya memberikan inspirasi. Namun orang yang berbadan kecil tetapi bongkak dengan pangkat besarnya bukan perkara yang membanggakan!
Orang-orang ini adalah bukti kekuasaanNYA...kepelbagaian mereka mewajakan lagi keimanan saya. Kerenah dan kelakuan mereka ada yang melukakan, mendamaikan...

TSUNAMI HATI.......

Tuesday, March 29, 2011
HATI 1
Saya tahu dia kecewa dan sangat sedih dengan keputusan itu. Menggalas harapan yang menggunung tinggi daripada ayah adan ibu. Biarpun wajahnya nampak tenang dan gagah menerima keputusan sebegitu, ada tsunami dalam hatinya. Saya pun kagum melihat bagaimana dia mampu kelihatan tabah menghadapi kekecewaan ini. Dia bukan gagal malah mendapat kepujian dalam semua subjek. Saya katakan padanya bahawa masa depan terbentang luas di hadapan. Hidup belum berakhir. Perjuangan mesti diteruskan jua...

HATI II
Sukar sungguh bila nak berbicara tentang hati. Kata orang, seluruh hidup pun tidak mampu mentafsirkan hati seseorang. Kata seorang teman, "Aku pun tak faham tentang hati aku ni.." Sesetengah orang hatinya hiba dan sedih namun wajahnya tampak ceria. Tidak semua orang begitu. Ada orang yang wajahnya tidak mampu sembunyikan gelojak hati. Jika hatinya sedih, jelas terpapar di wajahnya...

TAHNIAH KAKAK...

Thursday, March 24, 2011
Selasa (23 Mac 2011):
Sebagai seorang ayah, saya gementar sejak awal pagi. Berada di kejauhan Genting ini menanti berita keputusan SPM anak sulung menggetarkan jiwa. Cuba sedaya upaya mengawal diri namun resah tidak mudah untuk disembunyikan. Setiap ibubapa menaruh impian yang menggunung terhadap anak-anak. Begitu juga saya. Bohong jika saya katakan bahawa saya tidak runsing. Itu hakikat yang pasti. Ribuan pelajar telah saya temui. Semuanya membina impian kejayaan. Setiap kali bertemu pelajar-pelajar cemerlang, hati saya membina impian untuk anak-anak saya. Hari ini impian itu termakbul. Hati saya tenang kerana anak saya menerima keputusan SPM nya dengan redha. "Tahniah kakak, kerana berjaya mendapat result yang jauh lebih baik daripada ayah dahulu!".
CATATAN:
1.

LELAKI 'SETIA' MELAYU TERAKHIR......

Saturday, March 19, 2011
LELAKI II:
Bukan mudah menjadi pelajar lelaki terbaik 'top ten' sejak di bangku sekolah menengah. Bukan juga mudah mengawal diri daripada menghadapi dugaan alam remaja. Ketika remaja seusia 'tangkap cintan' di sekolah dengan pasangan masing-masing, dia tetap teguh dan mantap pendirian. Perawakan menarik dengan anugerah bakat olahraga dan bolasepak yang dimiliki menjadi aset 'teruna idaman'!. Kemuncaknya dia berjaya muncul menjadi pelajar terbaik SPM di sekolahnya. Memang menarik kerana dia tidak punya kekasih sepertimana kawan-kawan lain.
Berbekalkan keputusan SPM yang cemerlang, akhirnya dia berjaya melanjutkan pelajarannya ke universiti dalam bidang undang-undang. Akhirnya hati remajanya tewas juga kepada seorang mahasiswi di universiti yang sama. Perkenalan tahun pertama di universiti itu kekal berterusan hingga ke tahun akhir. Empat tahun bukan waktu yang singkat. Namun kesetiaan dia kepada sang kekasih tetap sama dan tidak berubah. Saya cuba bayangkan bagaimana 'lelaki idaman' ini berjaya melalui alam persekolahan dan universiti dengan penuh setia.... Dia kini sudahpun bekerja sebagai peguam di sebuah firma guaman terkemuka. Minggu lepas saya dengar dia sudah bersuara kepada ibunya tentang cincin emas yang bakal dibeli.
CATATAN:
1. Hakikatnya, dunia masih belum kepupusan lelaki setia.....
2. Teringat ungkapan seorang motivator, "KEJARLAH DULU IJAZAH SEBELUM KAMU MENGEJAR AZIZAH"!.

HARITH & HUSNA....

Thursday, March 17, 2011
Proses memanusiakan manusia di zaman ini memerlukan pelbagai pendekatan. Zaman berubah drastik dan mencabar kini menagih ibubapa supaya lebih istiqomah dalam mendidik zuriat. Almarhum ayah sering mengungkap kata-kata, "Nanti bila dah ada anak sendiri, tahulah bagaimana susah dan payahnya menjaga, mendidik anak-anak!". Kata-kata itu muncul ketika saya memprotes sesuatu. Kini saya tahu kebenaran kata-kata Almarhum itu...Bukan senang untuk mendidik anak-anak. Setiap perkara perlu dipertimbangkan. Ingin sahaja mengongkong tetapi bimbang anak akan jadi 'mandom' (loghat Kedah) pula! Nak dilepaskan mengikut naluri anak-anak bimbang terbabas pula! Itulah cabarannya.
Minggu lepas saya mengenali dua anak seawal usia 11 dan 13 tahun. Harith berusia 13 tahun dan Husna 11 tahun. Mereka bukan adik beradik tetapi merekalah pewaris ibu dan bapa. Harith menjadi pilihan Allah untuk merantau jauh ke Mesir untuk mendalami Kalamullah. Ibunya tega dan sabar melepaskan anakanda tercinta untuk berada di Bumi Anbiya' itu demi untuk sebuah impian. Impian untuk memilikki seorang anak yang bakal menjadi penjaga agama kelak.
Husna hanya perlu berpisah dengan keluarga seminggu kerana sedikit kelebihan, bermain ping pong. Mewakili negeri dalam acara yang tidak popular di kalangan Melayu mungkin boleh membanggakan.
Mahu membandingkan Harith yang jauh merantau untuk menuntut ilmu dengan Husna mungkin keterlaluan. Namun semangat Harith menjadi contoh bahawa setiap insan berkualiti memerlukan pengorbanan untuk berjaya. Kejayaan dan kebahagiaan tidak datang bergolek. Ia memerlukan usaha dan pengorbanan yang tidak sedikit.
Walau apapun yang Harith dan Husna lalui dan alami, itu merupakan proses 'MEMANUSIAKAN MANUSIA'... manusia yang hebat tetapi patuh kepada Maha Penciptanya.
CATATAN:
1. Sedih benar bila membaca satu pendedahan minggu lepas...kanak-kanak seawal usia 11 dan 12 tahun ditangkap kerana merokok dan menonton filem lucah.
2. Wahai Ibu Harith...lepaskanlah Harith dengan redha walaupun dengan kesedihan. InsyaAllah kejayaan pasti miliknya...

LELAKI 'SETIA' MELAYU TERAKHIR......

Monday, March 7, 2011
LELAKI 1:
Saya kekok dan segan sungguh bila terpaksa bekerja dalam satu kumpulan dengan pelajar perempuan. itulah kelemahan saya sejak zaman sekolah rendah, menengah malah sehingga belajar di universiti. Justeru, saya tidak ada 'buah hati' atau 'special girlfriend'. Iri juga melihat kawan-kawan lelaki yang ramai 'makwe' masa sekolah menengah dahulu. Namun segalanya berubah sebaik sahaja saya mengikuti Program PLKN. PLKN mempertemukan saya dengan gadis yang pertama kali berjaya mencuri hati saya. Saya pun tak pasti apakah ciri-ciri dirinya yang berjaya menambat hati saya. Gadis kelahiran Perak itu berjaya menjadi cinta pertama saya. Nak di kata cantik, Erra Fazira lebih cantik! Apa yang saya tahu, saya memang sukakan dia. Selesai Program PLKN, kami membawa haluan masing-masing. Saya ke UTHO di Johor dan dia terpilih mengikuti Diploma Kejururawatan. Kami jarang benar bertemu. Dia di Utara dan saya di Selatan. Saya meneruskan pengajian kejuruteraan. Belajar di universiti mempertemukan saya dengan ramai mahasiswi yang menarik. Malah ada juga yang menghampiri hati saya... hairan sungguh... hati saya tetap pada bakal jururawat itu! Barangkali benar kata orang bahawa cinta itu buta. Yang pasti saya tidak buta dan dapat melihat dan menilai dengan jelas pilihan yang dibuat. Sekarang saya telah bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat di Selangor. Gadis itu bertugas sebagai jururawat di Perak. Sampai kini pun kami jarang berjumpa...namun hati saya tetap untuk dia. Noktah.
CATATAN:
1. 'FIRST LOVE CUT DEEP'.....
2. PERKONGSIAN DI ATAS ADALAH PENULISAN SAYA BERDASARKAN KISAH BENAR KLIEN YANG SAYA TEMUI. TUJUAN PERKONGSIAN ADALAH SEBAGAI USAHA PERIBADI BLOG INI DAN TIDAK MENYENTUH SESEORANG SECARA JELAS DAN NYATA.

KUBUR MASING-MASING!

"Biasa laaa.. dah masuk sini mesti kena minum (arak).. tak rugged la kalau masuk sini tak minum-minum!"
"Tak rasa berdosa ke?".
"Eh, aku ada share kubur dengan kau ke? Kubur masing-masing tau!!"

Begitulah dialog seorang anak muda Melayu Islam dengan pemberita TV. Ketika bersiap untuk ke tempat kerja pagi tadi saya sempat menonton berita pagi. Terpegun seketika bila sahaja mendengar lontaran dialog anak muda beragama Islam itu. Terpegun bukan kerana bangga tetapi kecewa yang amat sangat...
Sangat menyedihkan bila itu yang menjadi pegangan anak-anak muda Islam di Kota Raya Kuala Kumpur! Bukan semuanya begitu tetapi segelintir pun sudah cukup menggerunkan. Inilah bakal pewaris negara di Ibu Kota! Tak sanggup membayangkan negara tercinta dipenuhi dengan warga pewaris yang begini coraknya! Berbagai jenis minuman halal boleh diperolehi di alam Malaysia ini...namun 'kencing' syaitan juga menjadi pilihan. Di mana silapnya? Silap ibubapakah? Silap pemerintah kah? Silap peniaga arak kah? Maka lagu lama 'bangau oh bangau' pun berbunyi lagi..
Sayang sungguh pemberita TV itu tidak punyai kemahiran mantik untuk memberi respon kepada jawapan anak muda Islam itu... mungkin boleh saya cadangkan jawapan yang agak sesuai untuk kata-kata tak berakhlak itu.
"MEMANG KUBUR KITA MASING-MASING...TAPI KALAU KUBUR KAU DI SEBELAH KUBUR AKU, NANTI AKU TAK TAHAN DENGAR KAU ASYIK MERAUNG-RAUNG KENA BELASAH DENGAN MALAIKAT MUNGKAR DAN NAKIR!!!!". ( Kadang-kadang kata-kata yang tak berakhlak perlu juga dibalas dengan kata-kata 'kejam' juga....)
CATATAN:
1. Semoga zuriat kita mempunyai jati diri Islam yang mantap untuk menghindari keburukan dan fitnah akhir zaman.

SHAH ALAM OH SHAH ALAM!

Saturday, March 5, 2011
Pada tahun 1985, saya memohon untuk belajar di UITM, SHAH ALAM. Berharap sungguh untuk menjejak kaki ke SHAH ALAM. Tapi sayang ketika itu mungkin keputusan SPM saya tidak layak untuk ke di SHAH ALAM. Lalu SHAH ALAM menjadi impian yang kecewa dalam hati.
Ketentuan takdir saya tidak di SHAH ALAM rupanya. Pulau Mutiara di utara Tanah Air tempat saya menimba ilmu.
Hasrat ke SHAH ALAM berbunga kembali pada tahun 1996 apabila peluang melanjutkan pengajian ke SHAH ALAM. Tup tup! Bukan ke SHAH ALAM rupanya, tetapi ke BANGI!
Ketika hampir melupakan SHAH ALAM, rakan-rakan merancang lawatan akademik ke UITM SHAH ALAM. Berkunjunglah saya ke SHAH ALAM yang sentiasa dalam ingatan... Seronok sungguh.
Berhempar pulas dan naik turun JPN Selangor di SHAH ALAM cukup memeritkan. Jawapan kepada permohonan untuk kembali bertugas ke negeri tetap sama, "Cikgu tak layak lagi untuk balik ke negeri. Sekurang-kurangnya 5 tahun!".
Tahun 2004 menyaksikan SHAH SALAM dikunjungi lagi. Empat hari di Hotel Quality, SHAH ALAM bagaikan merealisasikan impian. "Seronok di SHAH ALAM ni..."
Satu hari pada tahun 2009 saya dikejutkan dengan sepucuk surat dari UITM, SHAH ALAM.
"PANGGILAN TEMUDUGA JAWATAN PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN" di UITM, SHAH ALAM!
"Encik, pada tarikh temuduga tu saya terpaksa ke Sabah atas urusan kerja. Boleh kah ditunda tarkh temuduga saya ni?".
"Maaf Encik, kami hanya adakan temuduga selama 2 hari itu sahaja! Encik datanglah temuduga kerana kami sangat perlukan pensyarah lelaki..."
"Aduhhh, tak ada jodoh sungguh dengan SHAH ALAM ini.."
Tahun 2010 menyaksikan saya akur bahawa Genting Highlands menjadi takdir saya akhirnya. Disember 2010 SHAH ALAM menggamit lagi bila berkunjung ke rumah baru seorang adik ipar. Seronok sungguh anak-anak makan ayam penyet di Seksyen 7 selepas ke ICT, SHAH ALAM.
Petang tadi Nur Husna menunjukkan surat JPN, "Ayah, Na layak bertanding ping pong peringkat sekolah-sekolah Malaysia!".
"Bertanding di mana?".
"Di SHAH ALAM!"
"SHAH ALAM LAGI?!".
SHAH ALAM OH SHAH ALAM.......
CATATAN:
1. Hidup ini memang penuh dengan kebetulan....
2. Tidak semua IMPIAN akan menjadi milik kita.
3. Kita mungkin boleh menjadi perancang yang baik dalam hidup ini namun Allah SWT adalah PERANCANG YANG MAHA BIJAKSANA LAGI MAHA MENGETAHUI (apa yang terbaik untuk kita....)
4. Berharap untuk menyaksikan Husna beraksi di SHAH ALAM nanti...InsyaAllah.
5. Lin, ada berapa kali SHAH ALAM ditulis dalam catatan ini? :-)

SETITIS SUMBANGAN......

Hari ini saya ke Bandar KK. Cuti hari minggu membenarkann saya memilikki 'QUALITY TIME' bersama keluarga. Sepanjang minggu mengikuti slot-slot pembentangan sungguh melelahkan. Bertahun meninggalkann suasana kelas dan kini tercongok lagi berminggu-minggu dengan aksi 'budak sekolah'. Kepenatan fizikal dan mental bercampur baur. Belum pun hilang penat berkereta 6-7 jam setiap Ahad, terpaksa pula mengikuti pelbagai rutin memenatkan minda pula! BUKAN SENANG NAK SENANG..rupanya....
"Assalamualaikumm cikgu!", seseorang menyapa saya.
"Waalaikumusalam..", balas saya.
Seorang gadis berbaju kurung sudah berada dekat di hadapan saya. Tersenyum ke arah saya. Otak saya memproses memori cuba mencari wajah ini. Di mana ye? Saya gagal mengingati gadis ini. Lalu saya berikan senyuman dan menyapanya. Cuba untuk dapatkan maklumat tanpa perlu dia sedar bahawa saya kabur tentang dirinya....
Akhirnya dia menerangkan, " Saya bekas pelajar SMKSYP1 3 tahun lepas, cikgu. Cikgu yang beri ceramah motivasi di sekolah saya dulu. Terima kasih cikgu, saya dah tahun dua di UITM, ambik perakaunan".
Terkedu saya dengan keramahan dan ingatan gadis ini terhadap saya. Tiga tahun terlalu lama untuk saya ingat pelajar yang mengikuti ceramah saya. Dia masih mengingati saya walaupun 3 tahun telah berlalu.
Setelah gadis itu berlalu, saya tersenyum sendiri dan menarik nafas panjang. Berfikir apalah sangat sumbangan saya hingga pelajar itu masih kenal dan menghormati
saya.
CATATAN:
1. Cikgu...dulu, kini dan selamanya.....
2. Menghargai bukan semestinya dengan material. Senyum dan ucapan salam sudah cukup membahagiakan.

SENYUM LAH SIKIT.....

Thursday, March 3, 2011
KISAH 1:
Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi ke sebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik di belakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, "Duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi!".

KISAH 2:
Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.

Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"

Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."

CATATAN :
1. TANGAN YANG MEMBERI ADALAH LEBIH BAIK DARI YANG MENERIMA....

PESAN LUQMAN KEPADA ANAKNYA..

Thursday, February 24, 2011
Pada suatu masa sebelum perjalanan, Luqman berpesan kepada puteranya, "Puteraku, apabila kamu dalam perjalanan.. jangan tidur di atas haiwan tungganganmu. Terlalu banyak tidur di atas haiwan tungganganmu akan menyakiti belakangnya. Sekiranya kamu singgah di atas yang ditumbuhi rumput, maka berilah sebahagian rumput untuk haiwanmu. Berilah makanan dan minuman kepada haiwanmu sebelum kamu sendiri makan dan minum.
Apabila kawasan penduduk masih jauh, kamu sebaiknya berjalan sahaja di malam hari. Apabila ingin singgah, jangan singgah di lubang jalan, kerana lubang adalah tempat yang berpandangan bagus, bertanah gembur dan banyak rumput-rumputnya.
Apabila kamu singgah di suatu tempat, jangan lupa solat dua rakaat sebelum duduk. Lalu berdoalah, "TUHANKU, TEMPATKANLAH AKU PADA TEMPAT YANG DIBERKATI DAN ENGKAU ADALAH SEBAIK-BAIK YANG MEMBERI TEMPAT.." (Surah al-Mukminun, ayat 29)
CATATAN:
1.

DI MANA-MANA SAJA ADA REZEKI....

Wednesday, February 23, 2011
Bermusafir di Daerah Batang Kali sejak sebulan lalu memberikan berbagai pengalaman. Meniti dari sebuah kedai makan ke kedai makan berbeza. Jemu pun ada...kebanyakan masa saya makan kerana tiada pilihan. Teman serumah yang agak cerewet tentang makanan pilihan mengidamkan nasi kerabu resepi Kelantan. Cuba mencari di sekitar pekan Batang Kali. Akhirnya kami temui juga orang menjual nasi kerabu di sebuah pasar malam! Bersorak teman serumah kerana gembira. Beria-ria bercakap dalam loghat Selangor. Si Penjual nasi kerabu menjawab dalam loghat Kelantan! Rupa-rupanya penjual nasi kerabu itu orang Kelantan yang berkelana dan berniaga di sini. Hajat ingin makan nasi kerabu resepi Kelantan tertunai juga. Lalu berazam untuk datang lagi membeli nasi kerabu di minggu depan. Genap seminggu kami terus bersemangat pergi semula mencari di pasar malam tersebut. Setibanya di tapak pasar malam, kami hairan keadaan sunyi sepi. Masing-masing tertanya-tanya betulkah hari ini ada pasar malam? Memang betul kata teman saya. Lalu kami bertanya penduduk setempat. "Dekat sini pasar malam atau pasar minggu hanya 2 minggu sekali!"....."Ooooo..", serentak kami menjawab macam Seniman Bujang Lapok pulak! Maka kecewalah hati nak merasa nasi kerabu resepi Kelantan!
CATATAN:
1. Rezeki ada di mana-mana sahaja bagi orang yang berusaha. Tidak hairan mengapa rakyat Bangladesh dan pakistan mampu hidup mewah kerana bekerja di Malaysia.
2. Lain padang lain belalang....kebolehan menyesuaikan diri di tempat yang berbeza segala aspek amat perlu untuk meneruskan kehidupan.
3. Kata orang, ke mana pergi pun seorang anak... dia tetap mengatakan bahawa masakan paling enak ialah masakan ibunya. Bagi saya yang tidak pernah merasai masakan ibu... ke manapun saya pergi...saya tetap merindukan masakan ringkas isteri!

SELAMAT HARI LAHIR..

Monday, February 21, 2011
Masih tersimpan cermat catatan saya tentang kisah salah seorang klien. Dia seorang guru wanita dan suaminya juga seorang guru. Masih terbayang wajahnya yang murung ketika datang untuk menjalani sesi. Walaupun dia seorang klien yang sukarela kehadirannya, bukan mudah nak mulakan bicara. Saya sangat memahami kerana berkongsi sesuatu yang amat peribadi bukanlah mudah. Dalam situasi ini, kemahiran 'rapport' itu sangat penting. Akhirnya dia membuka cerita dan saya berjaya juga menyelesaikan sesi kaunseling dengannya.
"Semalam adalah hari lahir saya. Saya masak makanan kegemaran suami. Saya mengharapkan suami saya mengingati tarikh lahir saya. Saya beli sebiji kek kerana tahu tak mungkin suami akan membelinya. Selama inipun dia tidak pernah memberikan hadiah sempena hari lahir saya".
Sungguh panjang lebar luahan klien ini di hadapan saya.
"Semalam saya rasa sangat kecewa... dia langsung tak ingat tarikh hari lahir saya!. Saya menunggu sehingga tengah malam tetapi suami saya tidak muncul-muncul! Akhirnya saya tertidur... dan seperti sebelumnya, saya kecewa sekali lagi kerana mengharapkan sepatah ucapan 'SELAMAT HARI LAHIR'.."
CATATAN:
1. Hari ini saya terima mesej seorang teman rapat yang kecewa kerana saya 'terlepas' mengucapkan selamat hari lahir untuknya...
2. Rupanya ucapan dan ingatan terhadap seseorang adalah sangat penting dan bermakna....terutamanya daripada orang yang rapat dengan kita.
3. SELAMAT HARI LAHIR UNTUK TEMAN SAYA ITU! (ITS BETTER LATE THAN NEVER...)

MIMPI VS IMPIAN

Esok (Isnin) keputusan peperiksaan STPM akan di umumkan KPM. Bekas pelajar tingkatan enam atas tentunya berdebar-debar hatinya. Saban tahun saya melihat pelbagai reaksi dan emosi di kalangan mereka. Reaksi paling popular ialah pernyataan kesal kerana tidak tidak belajar bersungguh-sungguh! Namun mimpi-mimpi mereka cukup hebat. Berkongsi mimpi dengan dengan 'boyfriend' dan 'girlfriend' seindah kayangan! Sayangnya usaha mereka tidaklah setinggi mimpi-mimpi yang dikongsikan. Apa yang pasti calon-calon yang istiqomah membina impian dengan usaha akan pasti berjaya dengan cemerlang.
Sayang sungguh kerana tidak ramai pelajar/remaja yang mengerti betapa berbezanya antara MIMPI dan IMPIAN...
CATATAN:
1. Pesanan kepada pembaca blog yang akan mendapat keputusan STPM esok: BIAR APAPUN KEPUTUSANNYA, TERIMALAH DENGAN REDHA DAN SYUKUR...HIDUP MESTI DITERUSKAN! SELAMAT BERJAYA.

'CHICKEN SOUP FOR THE SOUL'

Sunday, February 20, 2011
Berpeluang masuk ke 'syurga' buku MPH di Mid Valley sememangnya buat saya teruja. Tak terasa waktu berlalu. Sedar-sedar sudah menginjak petang. Banyak sungguh buku di sana. Semuanya menarik dan ingin dimilikki. Cuma kadang-kadang terkejut dengan harga buku-buku impot berbahasa Inggeris. Maklumlah perbezaan nilai mata wang Malaysia berbanding Dollar dan Pound. Pegang buku kecil sahaja tetapi harganya mencecah ratusan ringgit Malaysia! Lalu apa yang boleh di buat bacalah sahaja di ruang-ruang yang disediakan. Antara buku yang menarik hati saya ialah siri-siri 'CHICKEN SOUP FOR THE SOUL'. Menarik sungguh dan berhajat sungguh untuk memilikki. Dek kerana harga yang mahal, saya tangguhkan dulu niat itu.
Sabtu lepas 'Yan and Gang'(Kaunselor SMK SYP1) menjemput saya untuk bersama dengan pemimpin pelajar di sekolah. Rasa terharu kerana mereka masih mengingati dan memerlukan kepakaran saya...Kepenatan memandu dari puncak ini hilang seketika demi untuk bertemu pemimpin-pemimpin pelajar di sekolah lama. Bangga kerana berpeluang memberikan input kepada pewaris pemimpin negara.
CATATAN:
1. Terima kasih 'Yan and The Gang' kerana memakbulkan impian saya untuk memilikki 'CHICKEN SOUP FOR THE SOUL'.....
2. Ingatan dan kenangan anda semua menjadi 'CHICKEN SOUP FOR MY SOUL'!

KISAH MAT REMPIT

Thursday, February 17, 2011
Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.
Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.
Bergegas Pak Amin, ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,
Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.
Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.
Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.
Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?
Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

CATATAN:
1. Kisah ini saya petik dari bahan bacaan daripada internet.

2. 'MAT REMPIT' bukannya tak ada otak...tetapi akal fikir mereka yang tidak berfungsi kerana faktor-faktor tertentu.

MAGIC HUG

Wednesday, February 16, 2011
"Ayah, tadi masa di sekolah, Boss PPD peluk Aiman! Dia kata tahniah sebab cikgu pilih jadi pengawas". 'Boss PPD' tu maksudnya Pegawai Pelajaran Daerah. Nampak benar ceria dan gembira di wajah anak lelaki saya ini dengan peristiwa yang di alami itu. Dan saya terbayang wajah serius ala Sarif Dol (Samseng Kampong Dusun) dalam filem P. Ramlee!
Pelukan sedetik oleh seorang VIP dalam majlis memberikan impak yang sangat besar kepada seorang murid tahun 3. Saya teringat tentang pengalaman seorang pelajar yang ditemui. Dia mengeluh dan merengus kerana tidak pernah merasai pelukan seorang ayah. Masih terngiang di telinga saya.."Ayah saya macam rimau!". Begitulah luahan jujur seorang anak yang ternyata kecewa dengan ayahnya. Hasilnya pelajar ini membentuk dirinya menjadi keras hati dan personaliti. Kerap melakukan salah laku disiplin di sekolah. Membantah guru dan bergaduh dengan kawan-kawan menjadi biasa untuknya. Entah mengapa saya terus memeluk dan menggosok bahunya di akhir pertemuan. Tiba-tiba sahaja pelajar itu sebak dan menangis di hadapan saya!. Terkejut juga kerana laporan dan gambaran yang diberikan mengatakan pelajar ini sangat degil.
Bertambah yakin saya bahawa 'SETIAP MANUSIA INGIN DILAYAN SEBAGAI MANUSIA'. Apalagi daripada seseorang yang dihormati....Jelas, dia menghormati saya.
CATATAN:
1. Setiap daripada kita miliki 'The Magic Hug' itu...Selebihnya, samaada kita mahu dan tahu memanafaatkan milik kita itu.
2. Seandainya semua ayah dan ibu mengerti kekuatan 'MAGIC HUG' ini, nescaya berbahagialah setiap anak-anak di bumi ini.
3.
SELAMAT DATANG SELLA1990! TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJENGUK BLOG INI.

SHARING = CARING

Saturday, February 12, 2011
Cemas menyesak dada saya bila mendengar luahan sepupu dan beberapa kawan baik. Saya dapat faham bagaimana perasaan ibu dan ayah yang asyik mengenangkan anak-anak di Mesir. Pergolakan dan huru hara yang berlaku di Lembah Nil itu menyebabkan ramai ibubapa yang tidak lena tidur. Beberapa kali menerima panggilan telefon dari seorang sepupu sudah cukup menceritakan emosinya. Anak sulungnya belajar di Mansoorah tidak dapat dihubungi seketika menambahkan lagi gusar di hatinya sekeluarga. Saya juga, kerana anak sulungnya itu sangat rapat dengan saya sejak kecil. Saya tidak dapat berbuat apa-apapun. Sekadar meminjamkan 'telinga' dan 'hati'....Begitu juga dengan kawan-kawan yang banyak bercerita tentang kebimbangan hati mereka. Saya faham, mata yang memandang tidaklah seberat bahu yang memikul. Namun sekurang-kurangnya perkongsian dan luahan mampu meredakan kegusaran yang melanda hati.
CATATAN:
1. Teringat lirik sebuah lagu lama..'KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA, KASIH AYAH BERKORBAN NYAWA'.
2. Seawal mula berkenalan dengan ilmu kaunseling tahun 90an, seorang 'sifu' kaunseling sering menyebut....'HALF OF THE PROBLEM CAN BE SOLVE BY SHARING'. (Saya sangat yakin tentang itu...)
3. TAHNIAH untuk Lin kerana menjadi seorang ibu yang memiliki kasih dan sayang. Bertuah sungguh anakanda kerana masih punya ibu di sisi. (Saya tidak berpeluang merasai semua itu....)
4. SYUKUR kerana anakanda selamat kembali ke Tanah Air...Alhamdulillah.

JEM TANPA ROTI

Monday, February 7, 2011
Saban tahun saya asyik mendengar rakan-rakan mengalami 'jem' (kesesakan jalanraya) setiap kali pulang berhari raya. Macam-macam cerita daripada mereka. Perjalanan biasa Kelantan ke KL memakan masa 6-7 jam tetapi ada rakan yang 'terperangkap' sehingga 12 jam! Dan saya selalu memberi respon, "Nasib baik la saya tak alami macam tu..Inilah rahmatnya kerana bertugas di tempat sendiri". Kadan-kadang saya tertanya-tanya juga, begitu terukkah kesesakan jalanraya ketika musim hari raya?
Hari Ahad lepas telah memberikan saya pengalaman sebenar suasana 'jem' ini. Perayaan Tahun Baru Cina tahun ini menyaksikan cuti sehingga 7-8 hari. Rupa-rupanya kesempatan cuti diambil sepenuhnya oleh umat Kelantan! Betul kata orang, 'Kelantenes' memang kuat semangat 'balik kampung'.
Jam 2.30 petang Ahad saya memandu ke KL. Ditemani oleh seorang adik dan anak buah. Sepanjang perjalanan melewati setiap bandar utama di Kelantan dan Pahang sesak teruk. Ada kawan daripada KB terpaksa memilih untuk menggunakan laluan Gerik-Tapah untuk ke KL. Saya terpaksa meneruskan laluan GM-KL kerana saya dari KK. Perjalanan yang amat menguji ketahanan fizikal dan mental. Kesabaran diri kadang-kadang tercabar juga bila ada pemandu yang mudahnya memotong di sebelah kiri. Menyirap darah 40an dalam diri. Ye la..penat-penat kita beratur, senang-senang mereka memotong dengan mudah.
Kesesakan paling teruk ialah di lebuhraya Karak-Bentong. Mata dan tubuh saya sudah tidak mampu lagi bertahan. Terpaksa berhenti beberapa kali di tepi lebuhraya. Saya tiba di Putrajaya untuk menghantar adik di Persint 9 pada jam 3.30 pagi. Kemudian tersesat di Cheras(walaupun menggunakan GPS!)kerana mencari taman tempat tinggal anak buah. Akhirnya,jam 5.00 pagi saya tiba di kediaman anak buah. Saat itu letih dan mengantuk menguasai suasana. Saya berhenti di pertengahan jalan ke Genting Highlands dan melelapkan mata seketika. Hampir jam 6.oo pagi saya tiba di IAB. Bagaikan tak sabar lagi saya solat kerana berhajat untuk lena seketika sebelum bekerja. Fuhhhh..nikmat sungguh merebahkan badan di katil asrama. Selepas lena 'sekejap', jantung saya berdebar kencang. Jam ketika itu tepat 8.00 pagi dan saya belum mandi!
CATATAN:
1.

SEKERAP OH SEKERAP!

Tuesday, February 1, 2011
PERISTIWA 1
Ramai sungguh pelanggan bank ini. Tertanya-tanya hati mengapa ramai benar orang hari ini. Oh, hari ini hari Ahad. Seperti biasa Ahad akan ramai pelanggan di mana-mana bank pun. Oleh kerana niat saya mendesak untuk menjual sijil simpanan maka terpaksa lah juga menunggu. Dua tahun sudah saya simpan sijil simpanan bank ini. Kononnya mengharap cabutan hadiah-hadiah bernilai. Usahkan hadiah-hadiah besar, hadiah paling kecil seperti kipas pun tak tak dapat-dapat! Terasa rugi juga simpan sijil simpanan itu. Apa tidaknya, hampir 3 tahun lebih simpan 2K hanya dapat dividen RM15! Kata seorang kawan, lebih beli dan simpan barang emas untungnya pasti akan berlipat ganda daripada itu. Tiba-tiba seorang wanita tua mencuit bahu saya. 'Awang, minta tolong isi borang ni. Makcik nak masuk (simpan) duit.'Saya pun terus mengangguk dan minta buku akaun simpanannya. Saya agak wanita ini dalam lingkungan umur hampir 70 tahun tetapi nampak sihat. Lalu saya ambil borang simpanan di kaunter. Saya pun bertanya, "Makcik nak simpan berapa ni?". "Sikit jer minggu ni.. sebab musim hujan". Dia pun menghulurkan buku akaun bersama wangnya siap berlipat di dalamnya. "Banyak niii..", kata hati saya. Saya pun mula mengira wang itu. "Wah, empat ribu!". Dan saya pun cuba semak jumlah yang tertera dalam buku akaun itu. RM45,000! Hampir ternganga mulut saya bila dengar dia bercerita. Katanya jika cuaca elok pendapatannya mencecah RM5,000 seminggu! Perlahan saya tanya, "Makcik berniaga apa?". Bagaikan berbisik dia menjawab, "Makcik menoreh getah jer...duit tu hasil jual pok getah (getah sekerap)jer..". Saya pun mencongak dalam hati. RM5,000 seminggu.. kalau sebulan??? Ingat kata-kata si Nabil pelawak tu, "LU PIKIR LA SENDIRI!!!!"
CATATAN:
1. Allah Maha Pemurah dan Maha Adil.. suatu ketika dahulu harga 1 kilogram getah hanya 60 sen hingga 70 sen sahaja. Berita terbaru yang saya dengar harga getah ialah RM15 sekilogram!
2. Demikian lah ujian Allah..Dia tidak hanya menguji hambaNYa dengan kesukaran dan kemiskinan tetapi juga dengan kemewahan...

SEMUA ADALAH MILIKNYA....

Wednesday, January 26, 2011
Hari pertama melaporkan diri November lepas mempertemukan saya dengan dia. Orangnya mesra dan mudah senyum. Begitu senang berbicara dan bertukar cerita. Ibu muda yang baru punya anak dua. Berasal dari Bentong dan suaminya bekerja sebagai anggota JPJ. Pada saya keramahan dia memang membuat saya sangat selesa. Warga baru IAB yang meninggalkan keluarga untuk datang sejauh ini tentu sahaja senang dengan layanan mesra sebegitu. Sering di sapa dengan mesra ketika tamat waktu kerja meyakinkan saya bahawa dia memang sesuai bertugas di bahagian hadapan IAB Induk ini.
Hari Khamis lepas saya terserempak dengannya bersama seorang kawan. Namun dia tidak senyum dan menyapa seperti selalu. Saya terus menegurnya. Dia berpaling ke arah saya dan tersenyum tanpa kata. Saya dan dia terus berlalu meneruskan tugas masing-masing.
Awal pagi tadi sebelum memulakan kerja, saya dikejutkan dengan satu berita sedih. Staf yang mudah tersenyum di kaunter hadapan itu meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya di Setiawan.....Al-Fatihah. ( Saya teringat dia asyik bercerita tentang anak dan suaminya kepada saya sebulan lepas.....)
CATATAN:
1. DARIPADA ALLAH KITA DATANG, KEPADANYA JUA KITA KEMBALI..
2. SEANDAINYA SEMUA ORANG MENGERTI BAHAWA SEMUA ADALAH MILIK ALLAH, PASTI TIADA YANG ANGKUH MENONGKAT LANGIT DAN LUPA DIRI....

KG. PEK, KG. TENGAH & KELAWEH

Monday, January 24, 2011
Berbulan sudah saya 'berhenti' daripada menyampaikan ceramah. Mungkin kerana cuti sekolah yang panjang dan juga musim peperiksaan telah selesai. Sebenarnya rindu juga dengan semua itu. Sejak mula bekerja di tempat baru, saya mulai risau juga. Mungkin kemahiran pengucapan awam khasnya keupayaan menyampaikan ceramah akan 'hilang' begitu sahaja! Berbelas tahun menyampaikan ceramah kepada ibubapa, pelajar, dan penjawat awam merupakan pengalaman yang tidak dapat dibeli di mana-mana pun.
Terdetik juga di hati barangkali sudah sampai waktunya 'TENGKU ABDULLAH' menjadi penceramah yang dilupakan!
Dua minggu lepas saya dihubungi oleh tiga pentadbir dan guru sekolah. Saya dijemput untuk menyampaikan ceramah kepimpinan dan kemahiran keibubapaan... Oh, rupanya masih ada yang mengingati saya. Walaupun keletihan, pemimpin pelajar sekolah rendah di SK Kampong Pek dan SK Kampong Tengah telah menyegarkan saya! Berkongsi ilmu dan pengalaman keibubapaan dengan ibubapa di SK Kelaweh memberikan suntikan ajaib kepada saya. Keletihan memandu ke Genting bagaikan hilang. Sabtu dan Ahad lepas menjadikan hati dan jiwa saya menjadi 'segar' kembali.
CATATAN:
1. Saya masih tetap yakin dan percaya bahawa 'MEMBERIKAN YANG TERBAIK KEPADA ORANG LAIN...PASTI SAYA JUGA AKAN DIANUGERAHI YANG TERBAIK'! INSYAALLAH.

KABEL TELEKOM & GETAH SEKERAP

Saturday, January 22, 2011
Ketika bertugas di PPD KK, masih teringat tentang masalah talian telefon yang kerap tidak berfungsi. Pelbagai pihak seperti JPN, jabatan-jabatan lainm malah, KPM sendiri 'merungut' kerana tidak dapat berhubung dengan PPD KK! Masalah dan jawapan yang sama tetap berlaku. Talian telefon tidak berfungsi kerana kabel telekom dicuri! Jenuh para pegawai dan staf menjawab dan memberikan alasan kepada pelbagai pihak yang menghubungi.
Semalam ada dua berita di TV yang menarik perhatian saya. Dua pencuri kabel telekom berjaya ditangkap bersama dengan longgokan kabel yang telah siap dibakar. Barangkali begitulah juga yang kerap berlaku di sekitar PPD KK itu. Satu lagi berita ialah seorang pencuri getah sekerap dibelasah hingga mati di sebuah daerah di Kelantan! Enam lelaki dikatakan telah memukul suspek hingga menemui ajal. Isunya adalah kerana harga getah yang melambung di pasaran sehingga RM15 sekilogram!! Tak pernah kita dengar kes seumpama ini ketika harga getah di Malaysia berharga 70 sen!
CATATAN:
1. Kewarasan fikiran orang yang waras hilang kerana melihat wang adalah segala-galanya. Apatah lagi penagih dadah yang sengaja 'mencabut' kewarasan fikirannya sendiri.
2. Enam orang yang membelasah mati insan lain itu menjadi TIDAK WARAS dek kerana nilai getah sekerap yang melambung! Orang yang tidak waras sahaja yang menganggap GETAH SEKERAP LEBIH MAHAL DARIPADA NYAWA SEORANG MANUSIA!
3. MANUSIA OH MANUSIA! SEMAKIN SUKAR UNTUK MEMANUSIAKAN MANUSIA...WALAUPUN DUNIA SUDAH SEMAKIN TUA!

MAKANAN JIWA

Wednesday, January 19, 2011
Khoja Nasarudin (1208-1284) ialah lelaki bijak yang lahir di Eskisehir, Turki. Gelagatnya yang pernah menjadi khadi Turki itu sering saja membuatkan orang yang berada di sekelilingnya tergelak. Khoja Nasarudin adalah watak lagenda, samalah halnya dengan Abu Nawas (756-814) di Baghdad. Lawak jenaka mereka dikumpul dan diperturunkan dari mulut ke mulut sampailah ke hari ini.
Ya, Jenaka adalah untuk membuat kita ketawa dan menghiburkan hati. Bayangkan apa akan terjadi kalau hidup ini dijalani tanpa ketawa? Jawapannya: Dunia akan jadi membosankan, kaku dan membebankan! Berikut beberapa jenaka klasik Khoja Nasarudin, saya titipkan untuk makanan jiwa.
JENAKA PERTAMA:
Suatu hari seorang lelaki datang menemui Khoja Nasarudin untuk meminjam keldai keldai kesayangannya. Bagaimanapun sahabat itu hampa apabila Khoja mengatakan bahawa keldai itu telah hilang. Semasa mereka berbual-bual, tiba-tiba keldai yang berada di belakang rumah Khoja berbunyi, "Aakk..uukk..uukk!
"Eh, itu ada bunyi keldai. Tadi engkau kata tak ada?" tanya sahabat itu kepada Khoja.
"Cakap siapa yang engkau nak dengar ni? Cakap aku ke atau cakap keldai?", Khoja Nasarudin bertanya kepada sahabat itu pula.
JENAKA KEDUA:
Suatu petang, Khoja dan rakan-rakannya duduk berehat di bawah sebatang pokok berhampiran sungai. Sedang rancak berbual, tiba-tiba seorang rakan Khoja yang terkenal dengan sifat KEDEKUT telah terjatuh ke dalam sungai. Maka kelam kabutlah mereka cuba membantu menariknya ke darat.
Masing-masing menghulurkan tangan untuk membantu sambil berteriak,"Cepat hulurkan tanganmu!"
Seorang lagi rakan Khoja pula berkata "Berikan tanganmu! Biar aku tarik naik." Namun semuanya tidak diendahkan oleh di kedekut itu. Sebaliknya terus terkial-kial berusaha tanpa mahu dibantu.
Melihat si kedekut itu terkial-kial, Khoja tampil ke depan sambil berkata, "NAH, TERIMALAH TANGANKU UNTUK BANTU MU NAIK!." SI KEDEKUT ITU PUN SEGERA MENCAPAI TANGAN KHOJA LALU DITARIK KE TEBING.
CERITA KETIGA:
"NYEEENGGGG...NYEEEENG" Nyaring sekali bunyi biola yang digesek oleh Khoja Nasarudin. Tapi dari pagi sampai malam hanya satu bunyi sahaja, tidak berubah-ubah. Isterinya sakit telinga mendengar bunyi gesekan biola itu.
"Cubalah abang tengok orang lain. Mereka main biola juga tapi jari jemari mereka turun naik, turun naik ke sana ke mari, macam-macam bunyi. Tapi abang buat bunyi yang sama sampai sekarang...sakit telingasaya ni tau!" isterinya membebel dan menutup telinga.
Jawab Khoja Nasarudin, "ALAHHH, MEREKA MAIN MACAM TU SEBAB SEDANG CARI BUNYI YANG ABANG MAIN NI!" Lalu Khoja terus menggesek biolanya lagi.
Sumber: Majalah Al-Islam (Januari 2011)
CATATAN:
1. Kadang-kadang sebagai manusia, kita perlu peka dengan respon atau reaksi orang lain. Memang jelas tanda jika seseorang itu tidak bersetuju atau tidak sudi memberikan sesuatu...jadi faham-faham sajalah!
2. Sayangkan harta atau milik peribadi adalah normal. Namun kedekut dan bakhil akan menggelapkan hati!
3. Dari aspek sosial, ketawa merapatkan hubungan sesama manusia. Dari aspek psikologi, ketawa meredakan tekanan emosi.

TOLONG INGATKAN AKU....

Terpanggil saya menulis sedikit tentang isu hiburan negara. Baru-baru ini berlangsung Anugerah Juara Lagu (AJL) yang penuh glamor dan meriah. Acara yang disiarkan secara langsung di TV itu menjadi medan pertembungan bakat dan kreativiti insan seni. Saya suka ikuti acara itu. Bukan kerana ingin melihat gaya dan fesyen artis/penyanyi yang rata-rata 'tak cukup kain' itu. Saya ikuti kerana saya kagum dengan kebolehan dan bakat insan kurniaan Allah SWT. Pencipta lagu memang insan istimewa kerana mereka mampu menghasilkan lagu yang tidak semua orang memiliki kemahiran itu. Saya kagum dengan Beethoven yang lagunya terus didengar walaupun dicipta ratusan tahun. Saya kagum dengan lagu P Ramlee yang masih enak didengar sampai ke hari ini.
Kali ini pencipta dan penyanyi baru, Ana Rafali yang menjuarai AJL. Menariknya ialah kemenangannya di protes dan di hentam oleh segelintir peminat yang kononnya 'arif' tentang lagu! Malah ada yang membuka akaun facebook sebagai ruang untuk mengumpul peminat yang tidak setuju dengan kemenangan Ana Rafali.
CATATAN:
1. Manusia sering lupa batas kemampuan diri sendiri sehingga sanggup mengkritik sesuatu yang mereka tidak mahir pun. Barangkali dalam hal ini, pengkritik kemenangan lagu itu fikir mereka LEBIH ARIF berbanding Ketua Juri, M NASIR!
2. Ramai orang sering tidak puashati dengan kelebihan orang lain, tetapi tidak cuba untuk melihat kekurangan diri sendiri!
3. ADALAH LEBIH BAIK KITA HORMATI DAN HARGAI KELEBIHAN ORANG LAIN DI SAMPING KITA BINA KEKUATAN DIRI SENDIRI.
4. Ramai orang yang tidak tahu tetapi mengaku tahu menyebabkan mereka TIDAK AKAN BELAJAR APA-APA.

THE LOYAL WIFE!

Tuesday, January 11, 2011
There was a man who had worked all of his life, had saved all of his money, And was a real miser when it came to his money.
Just before he died, he said to his wife, 'When I die, I want you to take all my money and put it in the casket with me. I want to take my money to the 'after-life' with me.'
And so he got his wife to promise him with all of her heart that when he died, She would put all of the money in the casket with him.
Well, he died…. He was stretched out in the casket, his wife was sitting there in black, and her friend was sitting next to her. When they finished the ceremony, just before the undertakers got ready to close the casket, the wife said, 'Wait, just a minute!'
She had a box with her, she came over with the box and put it in the casket.
Then the undertakers locked the casket down, and they rolled it away.
Her friend said, 'I know you weren't fool enough to put all that money in there in the casket with your husband!'
The loyal wife replied, 'Listen, I can't go back on my word. I promised him that I was going to put that money in that casket with him.'
'You mean to tell me you put that money in the casket with him !?'
'I sure did,' said the wife. 'I got all the money together, put it into my account and wrote him a cheque.
If he can cash it, he can spend it.'
Moral of the story: * Women are cleverer than Men!
Send this to a clever women you know, or A man with a good sense of humor
I just did.
man please take note:- instruction must clear and specify when you say something to wife.
regards
KUNALAN A/L KURIAYA
INSTITUT AMINUDDIN BAKI ZON SABAH,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
CATATAN:
1. Bahan ini adalah perkongsian rakan sejawat daripada zon Sabah yang saya titipkan sebagai renungan dan hiburan anda.

LANGIT TAK SELALU CERAH........

Oktober hingga Mac ialah musim sejuk di tanah tinggi ini. Itu kata rakan sejawat senior. Musim ini juga musim untuk rakan sejawat yang telah lama di sini 'merehatkan diri'. Merehatkan diri bukan bermakna tidak bekerja. Merehatkan diri dari tekanan kerja, memperlahankan kadar metabolisme dan seterusnya mengumpul kekuatan untuk melaksanakan tugas dan tanggung jawab. Bertugas di tanah tinggi ini dengan tanggung jawab dan amanah negara yang besar dan berat.... Perlu mengerah kekuatan untuk melaksanakan tanggung jawab besar ini mencabar minda dan semangat diri. Mampukah saya?
Memang nyaman berada di sini namun pasti tugas yang bakal menanti tidak akan akan senyaman hawanya....Hati saya masih lagi mendung sejak di sini. Semoga mendung ini akan berarak lalu dengan segera dan langit cerah yang saya nantikan pasti akan tiba juga...
CATATAN:
1. Seorang teman baik saya baru saja ditamatkan jawatan kontraknya kerana kerenah birokrasi yang memang payah di mengerti. Dan sungguh sedih kerana saya tidak dapat berbuat apa-apa.
2. Begitulah kehidupan...langit tidak selalu cerah namun saya katakan kepadanya, mentari akan pasti muncul juga akhirnya..insyaAllah.

MENEROBOS SEMPADAN DIRI

Saturday, January 8, 2011
Seorang kawan lama menelefon saya setelah sekian lama tidak mendengar khabar berita. Lama juga berbual melalui telefon. Bercerita tentang perkembangan dirinya dan kerjaya. Rupanya kawan saya ini hampir siap pengajian sarjananya. Masih segar di ingatan suatu ketika dahulu. Ketika saya beria-ria mengajaknya menyambung pelajaran peringkat sarjana. Dia menolak dengan alasan belum bersedia. Gembira sungguh hati saya kerana akhirnya dia kuat untuk menyambung pelajaran. Itupun setelah dia berada di perantauan. Benar juga kata-kata, hijrah itu perjuangan dan kejayaan...
Terima kasih kerana berkongsi perkembangan diri. Dan saya rasa bertuah kerana masih diingati.
CATATAN:
1. Sesungguhnya ingatan dan penghormatan adalah 'ANUGERAH'.
2. Tidak semua orang mampu menerobos sempadan diri yang memerlukan kekuatan jiwa dan pengorbanan yang tidak sedikit.
3. Selamat berjaya buat T dan N.

UJIAN PERSAHABATAN

Thursday, January 6, 2011
Mamai dan panik seketika apabila dikejutkan oleh bunyi telefon ketika nyenyak tidur. Terkejut dari tidur memang meresahkan. Apa lagi tika melihat jam yang menunjukkan 12.45 tengah malam! Hujan yang masih tidak berhenti sejak pagi tadi. Panggilan rakan sejawat benar-benar meruntun jiwa saya. Tiga rakan ini dalam perjalanan dari GH untuk pulang ke KB. Dua ayah dan seorang ibu terpaksa berkelana sejauh 470 kilometer saban minggu! Hanya kerana menyahut panggilan kerjaya...demi keluarga tercinta. Nun di sana, isteri, suami, anak-anak setia menanti kepulangan... Empati mencurah-curah bagaikan hujan memenuhi ruang hati. Siapalah yang sanggup berhenti di tengah-tengah hutan jalanraya Gua Musang yang kelam dan sepi?
Di tengah hujan lebat bertemankan Bob (anak buah), saya memandu menghala ke Gua Musang. Sukar sekali perjalanan tengah malam ini. Hujan yang lebat, jalanraya berlubang dan berlopak dalam sungguh menguji cara pemanduan.
Dalam suram cahaya lampu, ketiga-tiga rakan saya terkial-kial dan buntu kerana tidak ada alatan untuk menukar tayar yang sudah hancur! Syukurnya, ada juga seorang hamba Allah yang sudi berhenti bertanya khabar. Namun dia juga tiada alatan untuk membantu. Kehadiran saya benar-benar melegakan!
Selesai menggantikan tayar 'spare' perjalanan diteruskan dengan berhati-hati kerana lopak dalam masih banyak menanti. Ujian datang lagi apabila tayar 'spare' yang baru diganti itupun pecah juga!! MasyaAllah, getus hati saya. Salah seorang rakan mengadu perutnya meragam. Mati kutu rasanya...
Ya Allah, berilah pertolongan Mu...Jam sudah menunjukkan 2 pagi. Saya cadangkan supaya perjalanan diteruskan dengan perlahan ke pekan kecil berhampiran. Jam 3 pagi kami tiba di pekan Laloh. Subhanallah! Doa kami dimakbulkan. Kami tiba di hadapan sebuah kedai tayar dan tuan punya kedai itu berada di hadapan kedainya!!! Jam 3 pagi! Rupanya tuan kedai tayar itu baru sahaja pulang dari KB dan singgah mengambil keretanya di situ.
Ya Allah, bagaikan tidak ada perkataan yang mampu diucapkan dengan 'pertolongan' ini...
CATATAN:
1. Ujian kepada sebuah persahabatan rupanya datang dengan pelbagai situasi dan cara.
2. Setiap pencapaian dan kejayaan datang bersama ujian serta kesabaran.
3. Teringat kata-kata kawan tuan punyai kedai tayar ketika kami ucapkan kesyukuran... "Mungkin encik banyak tolong orang, sebab itu encik dapat pertolongan malam ni..." BERMAKNA SUNGGUH KATA-KATA INSAN INI.......
4. ALHAMDULILLAH..Rakan-rakan saya berjaya juga tiba ke pangkuan keluarga, dan saya LULUS dalam ujian perhabatan ini!

NASI LEMAK DAUN PISANG

Saturday, January 1, 2011
Makanan kegemaran saya ketika berada di sekolah rendah sekitar 70an ialah nasi lemak ikan bilis. Harganya cuma 20 sen tetapi cukup untuk rasa kenyang seharian di sekolah! Hingga saat ini masih dapat saya rasakan betapa enaknya nasi lemak makcik di tepi sekolah itu. Saya pun tak pasti bagaimana nasi lemak berharga 20 sen itu enak sedemikian rupa.. kerana ikan bilisnya kah? Kerana santannya kah? Kerana ramuan cili keringnya kah? Atau kerana dibungkus dengan DAUN PISANG?! Bila di sebut daun pisang, sudah lama saya dengar bahawa daun pisang mampu menyedapkan makanan. Benarkah begitu? Isu ini hanya boleh dijawab oleh suri-suri yang berpengalaman di dapur...
Anak-anak bagaikan tidak percaya bila saya ceritakan bahawa nasi lemak di zaman sekolah ayah mereka cuma berharga 20 sen! Realitinya tidak mungkin mereka dapat beli nasi lemak dengan harga 20 sen sekarang. Wang saku seharian paling kurang RM2.00 setiap anak di sekolah rendah. Jika ada kelas fardu ain atau kegiatan ko kurikulum petang, belanjanya perlu ditambah lagi.....
CATATAN:
1. Perubahan zaman, peningkatan kos sara hidup sesuatu hakikat yang nyata dan pasti tidak dapat dielakkan.
2. Sebagai rakyat biasa, rasa kecil hati menyelinap dalam sanubari... mengapa bila sahaja harga petrol dinaikkan 10 sen, milo naik 10 secawan, roti canai naik 10 sen sekeping! Bila sahaja harga gula naik 30 sekilo, kuih muih naik harga 10 sen sebiji!!! ADILKAH ITU??
3. Kadang-kadang sedih juga, bila sahaja harga petrol dan gula dinaikkan, maka berkatalah orang-orang, "HARGA GULA DAN PETROL DI NEGARA KITA JAUH LEBIH MURAH JIKA DIBANDINGKAN DENGAN NEGARA......BLA BLA BLA!!!" (SUNGGUH KLISE KENYATAAN SEUMPAMA ITU....)
4. DAN SAYA BARU SAJA MENIKMATI NASI LEMAK BERDAUN PISANG BUATAN ISTERI WALAUPUN RASANYA TIDAK SAMA DENGAN NASI LEMAK KEGEMARAN SAYA DAHULU... TERIMA KASIH UMMI...